Pengenalan Partai Islam Semalaysia PAS

BAB IV PARTAI ISLAM SE-MALAYSIA PAS

A. Pengenalan Partai Islam Semalaysia PAS

Partai Islam Se-Malaysia atau lebih di kenali dengan nama PAS 1 merupakan sebuah partai politik yang resmi didirikan pada 24 November 1951 dengan no. Registrasi 733 Penang. Pada awalnya ia didirikan dengan nama Persatuan Islam Se- Malaysia dengan No. Registrasi 34 in R. of. S 2652. Dalam fakta sejarah PAS, ada beberapa pendapat tentang kapan sebetulnya ditubuhkan PAS. Seperti ada yang menyebutkan bahwa PAS didirikan pada tanggal 23 ogos 1951. Namun pendapat yang paling kuat adalah pada tanggal 24 November 1951 dalam satu pertemuan alim ulama’, badan-badan dan pertubuhan Islam yang diadakan diperkarangan Kelab Melayu Bagan di Butterwoth Pulau Pinang. 2 Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan Malaysia menggantikan UMNO. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita- cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1 Ejaan Arab-Melayu di Malaysia di kenal sebagai tulisan jawi yaitu gabungan huruf-huruf Hijaiyyah: Faa ف parti, Alif ا Islam, Siin س Se-Malaysia, menjadi : parti Islam Se-Malaysia 2 Hj. Abd Latif, Hj. Baharuddin, islam memanggil, rencana sekitar perjuangan 1951-1987, Pustaka Abrar, Disember 1994, h xvi. 62 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak 3 dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 persen daripada kerusi Parlimen atau 25 persen dari keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik. Partai Islam se-Malaysia PAS yang merupakan sebuah partai politik sekali gus sebuah gerakan da’wah Islam yang menjadikan politik sebagai wadah untuk mendapatkan kuasa memerintah di Malaysia. Dan dalam sejarahnya merupakan Partai Islam yang pertama di Asia yang berjaya membentuk kerajaan negeri melalui proses demokrasi yang memenangi negeri bagian kelantan dan Terengganu pada Pemilihan Umum 1959. 4 Dan PAS pada saat ini dipimpin oleh Presiden partai, Dato’ Seri H. Abdul Hadi Bin Awang. 5 PAS mengimbangi perjuangan Nasionalisme UMNO sebagai sebuah partai oposisi yang mendukung Islam. Tidak dinafikan lagi bahwa semangat perjuangan yang berlandaskan kepada Islam di Negara Malaysia ini telah wujud sejak awal tahun 1906, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah di antaranya termasuk 3 Sekarang di ambil alih kembali pleh pemerintahan UMNO dengan perebutan kuasa 4 Buletin PAS Gombak, Penerangan Menjana Perubahan PAS Gombak Peneragan PAS Gombak, Cet Pertama, April 2007 h. 72 5 Presiden PAS 2003 – sekarang, juga mantan Menteri Besar Gabenor Negara BAgian Terengganu Darul Iman ketika PAS memerintah Negeri Terengganu periode 1999-2004. Beliau merupakan seorang ulama’ lulusan Sarjana Syari’ah Universiti Islam Madinah dan Magister MA Siasah Syar’iyyah Universitas Al-Azhar Mesir. Pernah mendapatkan didikan langsung dari Almarhum syeikh Sa’id Hawwa ketika di Madinah dan dari tokoh Ikhwanul Muslimin ketika belajar di Mesir, bahkan pernah diamanahkan menjadi Murobbi kepada anggota ikhwanul Muslimin Mesir. Pernah juga diangkat sebagai tokoh pidato Asia oleh majalah Asiaweek periode 1984. Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, dan Haji Abbas Mohd Taha yang berpusat di Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang. PAS muncul pada tahun 1951 adalah berawal dari kesadaran masyarakat Melayu yang ketika itu melihat dan berharap Islam dapat ditegakkan dan didaulatkan di Malaysia.

B. Sejarah Partai Islam Semalaysia PAS