Sejarah Penubuhan Sejarah Partai Islam Semalaysia PAS

Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, dan Haji Abbas Mohd Taha yang berpusat di Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang. PAS muncul pada tahun 1951 adalah berawal dari kesadaran masyarakat Melayu yang ketika itu melihat dan berharap Islam dapat ditegakkan dan didaulatkan di Malaysia.

B. Sejarah Partai Islam Semalaysia PAS

1. Sejarah Penubuhan

Seperti yang telah disebutkan di atas, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 24 November 1951. 6 PAS atau Partai Islam Se-Malaysia adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Golongan reformasi ini bukan sahaja berhasil menyadarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah Negara Islam, tetapi turut berpendapat bahwa kelemahan umat Umat Islam sebenarnya adalah bermula dari masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan benar sebagaimana terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam usaha mereka menyadarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula pada Islam, seperti mana pada tahun 1906 mereka telah berhasil menerbitkan sebuah majalah di singapura yang diberi nama al-imam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula koran 6 Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951, Baharuddin B Hj. Abdul Latif, Islam Memanggil, Rencana-Renana Sekitar Perjuangan-1951-1987, Pustaka Al- Abrar, Disember 1994 h. xvi edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-ikhwan pada tahun 1926 dan suara pada tahun 1928 bagi membantu menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kembali pada Islam. Idea atau inisiatif penubuhan PAS ini sebetulnya diambil dan diputuskan oleh Perhimpunan ‘alim-ulama’ kali kedua tajaan UMNO yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada hari kamis, 23hb Agustus 1951. 7 Pada persidangan ‘alim ulama’ ini telah diluluskan dua ketetapan penting: Pertama memperbaharui dan meneruskan langkah menubuhkan sebuah Badan Tertinggi Agama Islam peringkat kebangsaan seperti diputuskan dalam persidangan alim ulama’ pertama dulunya di Muar, Johor. Dan kedua pembentukan sebuah Persatuan ‘alim ulama’ dengan nama Persatuan ‘ulama’ se-Malaya, sebuah badan bebas yang tidak ada kaitan dengan sebarang pertubuhan lain. Warta Negara dalam pemberitaannya menyatakan rapat bagi menubuhkan persatuan itu akan dilangsungkan di Pulau Pinang dalam pertengahan bulan Disember berikutnya dan rapat itu nantinya bukanlah di bawah pentadbiran UMNO dan segala perbelanjaan bagi persiapan rapat itu ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan yang menghantar wakil dalam rapat tersebut. 8 Namun, rapat yang direncanakan akan dilakukan pada bulan disember telah dipercepat tiga minggu dari jadual asal dan dihadiri lebih dari 200 orang wakil ‘alim 7 Ibid, Islam memanggil. h xvi 8 Warta Negara 24 Agustus 1951 ulama’, persatuan-persatuan dan badan-badan pertubuhan Islam termasuk kira-kira 20 orang wakil wanita dari seluruh semenanjung dan Singapura. Dari kajian yang telah dibuat, beberapa faktor yang mempengaruhi suasana penubuhan PAS sebelum PAS didirikan diantaranya adalah: a. Keinginan Para Petinggi UMNO untuk mendapatkan dukungan yang lebih berkesan dari orang-orang Melayu di kampung-kampung atau di luar kota melalui ‘alim ulama’ dalam melaksanakan tindakan-tindakan politik mereka, karena ‘alim ulama’ pada waktu itu mempunyai pengaruh yang besar di kalangan orang-orang Melayu Islam khususnya. b. Terdapat keretakan di kalangan pemimpin UMNO, diantaranya golongan yang mendukung Datuk Oon bin Ja’afar dan pihak yang menentangnya yang berpunca dari dasar Datuk Oon yang ingin membawa penyertaan orang-orang bukan Melayu kedalam UMNO. c. Keretakan dan perbedaan pendapat itu memberi kesan dan menimbulkan ketidak puasan di kalangan ‘alim ulama’ yang ada di dalam UMNO, walaupun ianya tidak lahir secara terang-terangan. Dalam suasana dan latar belakang yang seperti inilah persidangan ‘alim ulama’ yang ketiga di Butterwoth telah melahirkan PAS. Walaupun jelas inisiatif mengadakan persidangan ini dimulai oleh UMNO, tetapi semenjak persidangan kedua di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 23 Agustus 1951, terdapat kecenderungan untuk memisahkan kegiatan-kegiatan ‘alim ulama’ dari menjadi satelit kepada UMNO. Terbukti dari ketetapan yang diambil untuk menjadikan persidangan ‘alim ulama’ kali ketiga tidak lagi dibawah UMNO dan perbelanjaan untuk persidangan juga tidak ditanggung oleh UMNO. Namun demikian pengaruh dan bayangan dari UMNO tidaklah dapat dilupakan langsung dari tokoh-tokoh pelaksanaan itu terdiri dari tokoh UMNO seperti almarhum Hj. Ahmad Badawi dan Hj. Ahmad Maliki dan tempat persidangan juga dilakukan di kawasan di mana kegiatan-kegiatan UMNO dijalankan. Seperti yang telah di rencakan, persidangan yang tujuan awalnya untuk menubuhkan sebuah persatuan ‘alim ulama’ dengan jelas berubah kearah pembentukan sebuah badan siasah atau politik yang pada perkembangan terakhirnya membentuk identitinya sendiri dan memainkan peranan tersendiri dalam arena politik di Malaysia. Demikianlah sewaktu perbincangan meluluskan pertubuhan, atas saran dari Encik Mohd Ma’som yang mewakili Jemaah Masjid Telaga Ayer Butterworth, persidangan dengan mayoritas suara setuju dan menerima nama Persatuan Islam SeMalaya menjadi nama bagi persatuan yang baru ditubuhkan itu. Nama itu merupakan di antara tujuh nama lain yang diajukan termasuk satu cadangan yang menamakan dengan nama Perikatan Ulama UMNO seMalaya. Semua nama yang diajukan telah ditolak dan demikian lahirlah PAS, iaitu singkatan dari nama Persatuan Islam SeMalaya. 9

2. Perkembangan PAS