Konsep Tatbiq Syariah Menurut PAS

a. Memperjuang wujudnya di dalam Negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang di dalamnya terlaksana nilai-nilai hidup Islami dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. b. Mempertahankan kesucian Islam dan memperjuang kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

C. Konsep Tatbiq Syariah Menurut PAS

Perlaksanaan Syariat Islam merupakan suatu kewajiban utama bagi setiap pemerintahan, khususnya bagi mayoritas yang bermasyarakat Islam. Ini sesuai dengan apa yang ditegaskan oleh Prof Dr. Zulkifli Muhammad selepas negara mencapai kemerdekaan dengan kenyataannya; 11 “Setelah mencapai kemerdekaan sampailah kepada kita peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan. Sebagai sebuah parti politik yang berideologi, kita berazam mengisi kemerdekaan ini dengan ideologi kita sendiri iaitu ideologi Islam atau Islamisme. Kita percaya dengan Islam atau ideologi Islam sahajalah kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Ini bermakna PAS berikhtiar menjadikan negara ini sebagai Islamic State bukan sekadar Muslim Country. Di dalam Negara Islam sahajalah undang-undang dan peraturan Allah dapat dilaksanakan sepenuhnya”. 11 Ucapan Prof Dr. Zulkifli Muhammad, Naib YDP PAS Pusat, 1957 dalam kahbar Harakah keluaran februari 2001. Dan dalam konsep tatbiq syariat Islam, secara keseluruhannya PAS cenderung mendukung penerapan hukum Islam secara syumul. PAS menegaskan bahwa orang- orang non muslim tidak perlu takut akan hukum Islam dan akan terdirinya sebuah negara Islam. Antara materi utama dalam konsep Tatbiq Syariat Islam di Malaysia oleh PAS adalah Enakmen Kanun Jinayah Syariah II 1993 Negeri Kelantan. Namun proses pelaksanaan enakmen ini di negeri bagian Kelantan sebagai eksperimen dan perintis utama sebelum dilaksanakan sepenuhnya di tingkat nasional ternyata bertentangan dengan perkara 41 Perlembagaan Persekutuan yang jelas meletakkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan apa-apa yang bertentangan dengannya terbatal setakat mana ia bertentangan itu. Perkara 75 perlembagaan pula memperuntukkan bahwa undang-undang negeri yang bertentangan dengan undang- undang persekutuan adalah terbatal satakat mana bertentangan dan undang-undang persekutuan terpakai di atas pertentangan itu. Dengan itu, jelas dasar yang diperjuangkan PAS ialah Islam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi mencapai tujuan dan misi perjuangan tersebut, beberapa usaha telah PAS tetapkan, di antaranya; 1 Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasululNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. 2 Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai- nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. 3 Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalalangan rakyat bagi memelihara kehidupa politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. 4 Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. 5 Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susuna serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. 6 Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selamanya ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. 7 Mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam prakteknya, disamping itu juga berusaha mengembangkan bahasa Al-Quran. 8 Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 9 Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungajawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggung jawab mewujudkan keharmonisan antara kaum dalam negara. 10 Menyertai dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa bersatu serta badan- badan lain yang sah untuk mengekalkan keamanan dan menjamin segala kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. 11 Melakukan segala usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara untuk mencapai semua tujuan-tujuan PAS di dalam dan luar. Fasal 6 menyebut:- Usaha-usaha: a Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan, pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan. Diperkuatkan lagi dengan perlembagaan PAS di dalam fasal 3 telah menjelaskan dasar partai ialah memperjuangkan Islam. Tujuan utama PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat, dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam, dan hukum- hakamnya untuk menggapai keredhaan Allah. Rujukan tertinggi dalam partai PAS ialah Al-Quran, As-Sunnah Hadis, Ijma’ Ulama’, dan Qias yang terang dan nyata. Inilah ketegasan daripada PAS secara jelas dari dahulu hingga kini dalam usaha memartabatkan syariat Islam di dalam negara Malaysia. Bahkan PAS secara jelas mencantumkan Islam sebagai asas atau dasar partainya untuk menerapkan syariat Islam di Malaysia. Sebagai sebuah organisasi siyasah Islamiyyah yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, dengan jelas termaktub di dalam perlembagaan Partai Islam Semalaysia. 12 12 Fadzil Mohd. Noor, Siri fikrah Pimpinan: Masyarakat Madani Alaf Baru. Alor Setar, Pustaka Mahabbah, 2003 h. 14.

BAB V STUDY PERBANDINGAN ANTARA PKS DAN PAS

A. Perbandingan Ideologi pemikiran PKS dan PAS

1. Ideologi dan pemikiran

Terjadi satu kesamaan diantara Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Islam Semalaysia PAS, terutamanya dalam ideologi yang berlandaskan Islam dan pemikiran mereka yang di ambil dari model pemikiran Ikhwanul Muslimin yang ada di Mesir, yaitu sama-sama ingin menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar di pemerintahannya. Demi terealisasinya apa yang diimpikan, mereka melakukan konsep pentarbiyahan kepada kader-kadernya dengan meteri-materi khusus yang telah disediakan. Bagi PKS sendiri, mereka sangat menekankan sistem perkaderan karena telah terbukti dengan apa yang telah mereka lalui pada pemilu-pemilu yang telah lalu sehingga menamakan partai mereka sebagai partai dakwah. PKS mengambil sumber inspirasi ideologi dan organisasi utamanya dari luar dan menjadikan pemikiran Ikhwanul Muslimin di mesir sebagai model acuan. Secara struktural, PKS bukanlah perpanjangan tangan dari Ikhwanul Muslimun, namun PKS lebih kepada terkena imbas dari riak Ikhwanul Muslimun. Dan tidak dinafikan kalau pemikiran Hasan Al-Banna yang pernah diterapkan pada Ikhwanul Muslimun menjadi inspirasi bagi para aktivis PKS. Titik temu yang paling kuat diantara PKS dan pemikiran Hasan Al-Banna adalah dalam konteks konsep Tarbiahnya. 75