Latar Belakang Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

10. Jika perkara yang diajukan kepada Jawatankuasa Fatwa untuk fatwa itu tidak menyentuh maslahah umum dan kepentingan negara, atau telah diketahui umum dan kepentingan negara, atau telah diketahui umum akan hukumnya, Mufti dapat mengeluarkan fatwa dan memberitahukan fatwa tersebut kepada orang yang memohon fatwa itu dan fatwa yang diberikan kepada orang yang memohon itu tidak perlu diwartakan tetapi mengikat untuk dipatuhi.

C. Hubungan Jabatan Mufti dengan Majelis Fatwa Kebangsaan

1. Latar Belakang Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan

Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah dibentuk pada awal tahun 1970 berdasarkan Pasal 11a Peraturan Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia MKI. MKI diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan merupakan badan penyelaras fatwa di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majelis Raja-Raja pada Maret 1968. 109 Menurut Pasal 14 Peraturan Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia, peran jawatankuasa fatwa ini adalah untuk memutuskan tentang pelaksanaan fatwa seperti hukum-hakam agama Islam yang dirujuk kepada Majelis Raja-Raja. Jawatankuasa ini mengajukan pandangan kepada MKI yang kemudian membawa perkara tersebut kepada Majelis Raja-Raja. 110 Badan Jawatankuasa Fatwa dianggotai oleh: a. Ketua Badan Jawatankuasa dilantik oleh MKI dari anggota-anggotanya; b. Mufti tiap-tiap Negara Bagian yang mewakili negaranya dalam hal ehwal Islam; c. Lima orang alim ulama’ yang dipilih oleh Majelis Raja-Raja; dan 109 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM, Kedudukan Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia : Kuala Lumpur: JAKIM, t.th, h.1 110 Ibid. d. Seorang anggota beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang- undang atau daripada pakar undang-undang yang dipilih oleh Majelis Raja-Raja. 111 Jawatankuasa ini dikepalai oleh seorang ulama’ dan para professional yang intelektual. Di antaranya ada yang pernah menjabat sebagai kepala Jawatankuasa Fatwa adalah seperti di bawah ini: a. Yang Berbahagia Tan Sri Prof.Dr.Abdul Jalil bin Hassan; b. Yang Berbahagia Dato’Syeikh Abdul Halim bin Othman; c. Yang Berbahagia Dato’.Mursyid Diraja Dato’Syeikh Tajuddin bin Abdul Rahman; dan d. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail bin Hj. Ibrahim. 112

2. Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Malaysia dan Perannya Jawatankuasa Fatwa Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia MKBHEUIM adalah sebuah badan pelaksana terhadap Jawatankuasa Fatwa negara bagian khususnya dalam menangani kasus-kasus besar yang melibatkan persoalan negara atau aqidah umat Islam yang perlu diselesaikan segera. Pada saat ini, Jawatankuasa Fatwa MKBHEUIM dikepalai oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Abdul Syukor bin Hj. Husin yang dianggotai sebanyak 22 orang anggota. 113 Permohonan untuk mendapatkan fatwa hendaklah dikemukakan kepada sekretaris Jawatankuasa Fatwa MKBHEUIM. Apabila satu masalah dirujuk kepada Majelis tersebut, maka akan dipertimbangkan, didiskusikan atau dibahas dan dibuat saran atau nasihat. Selanjutnya akan dibawa kepada Majelis Raja-Raja untuk 111 Ibid., h. 2 112 Ibid. 113 Peraturan Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia MKBHEUIM,, Peraturan 6, h. 2 dipertimbangkan. Setelah dipertimbangkan, biasanya Majelis Raja-Raja akan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengkaji dan memutuskan kemudian mengeluarkan fatwa yang berhubungan dengan masalah yang diajukan tersebut. 114 Satu keputusan fatwa yang telah disetujui oleh Majelis Raja-Raja tidak boleh diubah oleh negara bagian tanpa mendapat persetujuan dari Majelis Raja-Raja terlebih dahulu. 115 Disinilah fungsi penyamaan yang dilakukan oleh Majelis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Walaubagai-manapun, untuk menjadikan satu fatwa itu terlaksana di negara bagian fatwa tersebut harus dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa negara bagian tersebut yang selanjutnya disiarkan ke dalam warta negara bagian masing-masing. 116 Jelasnya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dibentuk ini sebenar-nya berfungsi sebagai badan penyeragaman terhadap Jawatankuasa Fatwa negara-negara bagian khususnya dalam menangani kasus-kasus besar dan bersifat segera, melibatkan persoalan negara ataupun aqidah umat Islam. Di antara kasus yang pernah diputuskan ialah misalnya halal atau haram Amanah Saham Nasional, pegangan al- Arqam, golongan anti Hadits dan sebagainya. 117 Walau bagaimanapun, berdasarkan analisa terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat kecenderungan negara bagian menukar teks fatwa tersebut setelah dibawa pulang ke negara bagian dan kemudian diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negara bagian tersebut walaupun keputusan fatwa yang dibuat ditingkat Kebangsaan itu merupakan keputusan 114 Ibi.d., Peraturan 8, h. 3 115 Ibid., Peraturan 9 116 Ibid., Peraturan 10 117 Ibid., peraturan 11 mayoritas atau pun keputusan bersama para mufti yang menjadi anggota, namun perubahan masih berlaku apabila ia dibincang semula diperingkat negara bagian. 118 Sementara itu, tidak semua keputusan Jawatankuasa Fatwa boleh disiarkan kepada umum. Bahkan ada di antaranya yang dikategorikan sebagai dokumen rahasia, yang diberikan kepada pihak yang meminta fatwa atau pihak-pihak tertentu saja. 119

3. Hubungan Jabatan Mufti Johor dengan Majelis Jawatankuasa Fatwa