ini seolah-olah merupakan “celaan” terhadap kebudayaan dan prinsip-prinsip agama kita. Dengan beranggapan semua produk-produk pemikiran barat itu
betul dan mana-mana pemikiran yang bertentangan dengannya adalah salah. Selagi ada dakwaan bahawa barat selalu benar berarti penjajahan yang
dibuat oleh barat ke atas umat Islam adalah suatu penjajahan terhadap jiwa dan pemikiran umat Islam yang amat besar kesannya. Apa yang dikhuatiri jika
intelektual Islam dan ulama mencari dalil dan hujah untuk membenarkan keseluruhan pemikiran barat dan sistemnya nescaya, mereka akan meletakkan
dalil bukan pada tempatnya.
99
b. Masalah-masalah dalam Penyediaan Fatwa
Daripada kajian yang telah dibuat didapati ada beberapa masalah yang telah dikenal pasti dalam proses pengeluaran fatwa, di antaranya:
1 Rujukan perlu dilakukan ke atas mazhab lain
2 Terpaksa menggunakan ijtihad karena masalah yang dihadapi tidak disebut di
dalam kitab. 3
Kakitangan tidak berkelayakan dalam bidang hukum syarak 4
Kekurangan bahan rujukan 5
Jangkamasa yang diberikan bagi menyiapkan fatwa agak pendek 6
Soalan tidak jelas atau menerangkan fakta secara lengkap 7
Tiada bantuan dalam mengadakan penyelidikan 8
Terikat dengan madzhab Masalah bersama yang selalu dihadapi oleh Mufti dan pegawai mufti ialah
kekurangan bahan rujukan dan tempoh masa kajian yang terlalu pendek. Manakala masalah tersendiri yang dihadapi oleh Mufti pula ialah soalan yang dikemukakan
99
Ibid., h.199
tidak jelas dan tidak lengkap. Bagi pegawai pula, masalah tersendiri yang mereka hadapi ialah terpaksa menjawab soalan yang tidak disebut di dalam kitab. Perkara-
perkara ini boleh menjejaskan ketepatan dalam menyediakan jawaban bagi soalan yang dikemukakan.
100
100
Ahmad Hidayat Buang, Penyediaan dan Pengeluaran Fatwa, h.103
BAB IV POSISI MUFTI DI NEGERI JOHOR
A. Pembentukan, fungsi dan wewenang Jabatan Mufti
Menurut sejarah, Badan Jabatan Mufti di Negeri Johor telah lama ada yaitu sejak zaman kesultanan Melayu Johor Riau. Dalam pemerintahan Johor Moderen, Badan
Jabatan Mufti telah berkembang pesat di mana Sohibu as- Samahah Mufti telah menjadi pegawai negeri yang penting yaitu sebagai Penasihat Agama Islam dan Pegawai Istana
kepada Duli Yang Maha Mulia DYMM
101
Sultan Johor. Keterlibatan Mufti dalam pemerintahan kerajaan telah dicatat sebagai bukti kemasyhuran Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor oleh DYMM Sultan pada 24 Rabiul Awal 1313 Hijrah atau 14 September 1895.
102
Sebelum tanggal 1 Januari 2000, Badan Jabatan Mufti adalah bagian dari Jabatan Agama Johor. Segala urusan pemerintahan, keuangan, polisi, fungsi dan objektif jabatan
adalah berada di bawah kewenangan Pengarah Jabatan Agama. Pengarah Jabatan Agama adalah Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal. Dengan persetujuan Kerajaan, mulai 1
Januari 2000 Bagian Mufti telah dipisahkan dari Jabatan Agama Johor dan dibentuk Jabatan Mufti Negeri Johor. Ini adalah sesuai dengan Organisasi Jabatan Mufti seluruh
Malaysia. Yang demikian Sohibu as- Samahah Mufti berfungsi sebagai Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal kepada Jabatan Mufti Negeri Johor. Pemisahan ini telah memposisikan
Sohibu as- Samahah Mufti di tempat yang sewajarnya berdasarkan undang-undang syara
di samping mengukuhkan dan menguatkan institusi Mufti itu sendiri.
101
Gelar ini khusus untuk sultan atau raja di Malaysia.
102
http:www.Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Johor–Latar Belakang Jabatan Mufti Johor, diakses pada Sabtu, 15 November 2008, pukul 17.23 WIB.