BAB III KEDUDUKAN FATWA SEBAGAI SUMBER HUKUM DI JOHOR
A. Fatwa Sebagai Kekuatan yang Mengikat
1. Fatwa yang diwartakan disahkan adalah mengikat
Apabila suatu fatwa telah diwartakan, maka fatwa itu dapat mengikat semua orang Islam yang berada di Negeri Johor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah
menjadi kewajibannya terhadap agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika ia telah mendapat pengecualian oleh Jawatankuasa Fatwa
berdasarkan hukum syarak.
68
Suatu fatwa hendaklah diakui oleh semua Mahkamah di Negeri Johor tentang semua perkara yang dinyatakan di dalamnya
69
adalah mengikat dan dapat ditindak pidana atas orang yang melanggarnya melalui Mahkamah Negeri Johor. Setiap
hukuman tergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Berikut ini terdapat beberapa contoh fatwa-fatwa yang diwartakan oleh
Jawatan Fatwa Negeri Johor sebagai hukum yang mengikat: a.
Fatwa tentang pengharaman kepercayaan terhadap angka 786 sebagai angka bertuah
Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 Pasal 48 ayat 6 bahwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, dengan perintah Duli Yang Maha
Mulia baginda Tuanku Sultan, memberi dan meng-umumkan fatwa sebagai berikut:
67
Abdul Monir Yaacob, Kepelbagaian Fatwa: Kekuatan Atau Kelemahan?, h 203.
68
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor, Pasal 49
69
Ibid, Pasal 49 ayat 2
1 Kepercayaan terhadap angka 786 bermakna Bismillahirrahmanirrhim yang
diyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib baik adalah suatu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan akidah Ahli as-Sunnah Wal-
Jamaah dan syari’at serta akhlak Islam. 2
Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsir-kan Al- Quran berdasarkan hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan kaidah-
kaidahnya serta tidak mendapat hidayat Allah SWT 3
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini serta merta.
4 Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli,
menggunakan, menyimpan,
memperlihatkan, menjadikan
perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat semua benda atau barang yang
mengandung angka 786 tersebut.
70
b. Fatwa tentang pengharaman ajaran sesat Ayah Pin
Berdasarkan Pasal 48 ayat 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, dengan
perintah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan, memberi dan mengumumkam fatwa sebagai berikut:
1. Bahwasanya kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangan Ariffin bin Mohd
Ayah Pin adalah karut, palsu, sesat lagi menyesatkan, menyeleweng, bertentangan dengan akidah, syariat, dan akhlak Islam serta boleh membawa
ancaman kepada ummah, Negara dan ketenteraman orang awam karena anta kepercayaan, ajaran, amalan, dan pegangannya:
1.1. Menghina Allah SWT, Rasulullah s.a.w. dan umat Islam;
70
Warta Kerajaan Negeri Johor, tertanggal 11 Rajab 142812 Julai 2007 [JMJ.351 040163;PUNJ.BIL.PU21539], h. 9.
1.2. Menghina dan mempersenda Rukun Iman dan Rukun Islam;
1.3. Kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangannya mengandungi unsur
kesatuan agama sekaligus boleh diertikan mengiktiraf kebenaran agama selain Islam;
1.4. Mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib yaitu perkara-perkara yang
hanya diketahui hakikatnya oleh Allah SWT seperti syurga dan neraka; 1.5.
Mendakwa kiamat tidak akan berlaku; 1.6.
Mendakwa bahawa al-Quran adalah usaha ciptaan daripada Nabi Muhammad SAW yang dicantumkan daripada kitab Zabur, Taurat, dan
Injil; 1.7.
Memuji-muji Ayah Pin dengan bersyair atau bernazam lebih afdhal daripada berzikir dan sholat;
1.8. Sholat lima waku tidak wajib dan mengerjakan amalan haji adalah sesuatu
yang sia-sia. 2.
Orang Islam negeri ini, dilarang melibatkan diri dengan kepercayaan, ajaran, amalan dan pegangan Arifin bin Mohd Ayah Pin samada dengan cara:
2.1.1. Mempercayai atau mengamalkannya atau mengajarkannya kepada
orang lain, atau 2.1.2.
Menyimpan atau mencetak atau menyalin atau mempamer atau menjual atau membeli atau memgambil gambar atau menerima dan
memberi hadiah atau menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan kepercayaan, ajaran, amalan, pegangan dan kegiatannya sama ada
melalui media cetak atau media elektronik atau; 2.1.3.
Menjalankan upacara, membuat lawatan atau kunjungan, mengundang atau menerima kehadirannya atau pengikut-pengikutnya, memberikan
sokongan moral atau material atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan keperca-yaan, ajaran, amalan dan pegangannya.
71
c. Fatwa tentang pengharaman terhadap kelompok Black Metal
Berdasarkan Pasal 48 ayat 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, dengan
perintah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan, memberi dan mengumumkan fatwa sebagai berikut:
1. Bahwasanya kumpulan ‘Black Metal” dengan segala kepercayaan, ajaran,
aktivitas, perlakuan dan amalannya adalah sesat lagi menyesat-kan, bercanggah dengan ajaran Islam, aqidah, syariat dan akhlak, bertentangan
dengan naluri kemanusiaan sejagat dan adat resam orang Melayu Islam, malahan menghina kesucian agama Islam.
2. Semua umat Islam dilarang melibatkan diri dengan kumpulan “Black Metal”
ini secara langsung atau secara tidak langsung atau secara tidak langsung sama ada mengamal, menjadi ahli, mencetak, menulis, menyiar, menerbit, menyebar,
merekam, menggunakan lambang-lambang, menjalankan upacara, membuat lawatan atau kunjungan, mengundang atau menerima kunjungan ahli-ahlinya;
memberikan sokongan moral atau material atau kedua-duanya sekali kepada sesiapa yang terlibat dengan kumpulan ini, atau apa-apa cara yang dikaitkan
dengan kumpulan atau ajaran ini.
72
d. Fatwa tentang pengharaman pemakaian Jubin keramik yang bertuliskan kalimat
Allah
71
Warta Kerajaan Negeri Johor, Jilid 52 No. 3tertanggal 11 Rajab 1428 26 Julai 2007 [JMJ.35040168;PUNJ.BIL.PU215]
72
Warta Kerajaan Negeri Johor ,Jilid 52 No. 3 tanggal 11 Rajab 142826 Julai 2007 [JMJ.35040164;PUNJ.BIL.PU215], h. 15
Berdasarkan Pasal 48 ayat 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, atas
perintah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan, memberi dan mengumumkan fatwa sebagai berikut:
1. Jubin yang bertulis kalimah Allah adalah diharamkan penggunaannya pada
tempat seperti pada lantai-lantai premishotelkediaman dan pejabat, bilik air, tempat letak kereta, tempat laluan pejalan kaki dan sebagainya, juga dimana-
mana tempat yang boleh mencemarkan kesucian kalimah tersebut. Justeru, semua pihak yang terlibat peniaga, pembeli, pengedar, pengguna, pengilang
dan pengimport hendaklah mengambil tindakan menghentikannya dengan segera dan serta-merta.
2. Cara untuk menghilangkan imej sama ada dengan menukarkan dengan jubin
yang lain ataupun dengan cara menghilangkan tulisannya.
73
Contoh-contoh fatwa di atas telah disetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan telah disampaikan kepada pemerintah Negeri Johor untuk disebarkan dan
diwartakan sebagai fatwa yang mengikat.
74
2. Pindaan pengubahan atau Pembatalan Fatwa