Hubungan Antara Ijtihad dan Fatwa

dunia yang tidak kekal sedang Allah menghendaki untuk kamu pahala akhirat. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” QS. Al- Anfal8: 67 Ini memperlihatkan bahawa baginda Rasulullah SAW melakukan ijtihad dalam perkara yang wahyu tidak diturunkan. Menurut pendapat yang rajih dikalangan fuqaha’, baginda juga dapat berijtihad dalam perkara yang ada wahyu dalam hukum-hukum syarak. Contoh di atas menjelaskan bahwa sebahagian sahabat melakukan ijtihad pada zaman Rasulullah SAW mereka menjatuhi hukum dalam pertikaian dan perselisihan. Mereka ini melakukannya semata-mata untuk melaksanakan hukum-hakam dalam penghakiman dan ifta’.

1. Hubungan Antara Ijtihad dan Fatwa

Hadis yang selalu dijadikan hujah sebagai dalil membenarkan ijtihad adalah hadis Mu’az bin Jabal. 37 Lalu baginda membenarkan Mu’az berijtihad apabila telah berusaha mencari jawaban dari nash al-Quran dan as-Sunnah tidak berhasil, maka diizinkan ijtihad. Dalam hadits tersebut dikisahkan: . C7E F ﺹ F E . . H3 ی I 3 C ; J K L : I M 0 N O :; P J C ; :;. Q 6Rﺏ F C ; J S T Q 6L F P J C ; 1 U C7E F ﺹ F E C ; J S T 1 E C7E F ﺹ F E D Q 6L F P J C ; V6ﺝ. ی. D 7 X , D +;. V6ﺝ 4 Q : C7E F ﺹ F E -ﺹ C ; J = F YZ [ C7E C7E F ﺽ ی C7E F 38 D Artiny: “Bahwasanya Rasulullah SAW ketika hendak mengutus Mu’az ke Yaman bersabda: Bagaimana engkau menghukum jika dihadapkan kepadamu sesuatu masalah? Mu’az menjawab: Saya akan menghukum berdasarkan Kitabullah. Baginda bertanya lagi: jika engkau tidak menemukannya di dalam Kitabullah? Jawab Mu’az: saya akan menghukum dengan Sunnah Rasulullah. Baginda bertanya lagi: Jika engkau tidak menemukannya di 37 Ahmad Syalabi, Sejarah Perundangan Islam, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd., 1986, cet. I, h. 179 38 Sulaiman bin al-‘Asy’ats Abu Daud al-Sijistani, Sunan Abi Daud, T.Tp: Dar al-Fikr, t.th., juz II, h. 327 hadits nomor 3592 dalam sunnah Rasulullah?. Jawab Mu’az: Saya akan berijtihad. Rasulullah SAW menepuk dadanya sambil bersabda: Syukur kepada Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah kearah yang diridhai oleh Rasulullah”. HR. Abu Daud. Ijtihad Nabi dalam hukum-hakam adalah jawaban dari perselisihan atau pertanyaan tentang sesuatu permasalaan dan mendapatkan fatwa. Ada pendapat mengatakan baginda menjadikan ijtihad sebagai sumber ketiga hukum. 39 Tujuan Nabi membenarkan ijtihad adalah sebagai petunjuk dan penjelasan kepada sahabat dan fuqaha’ cara istinbat hukum. Ulama usul fiqh menerima fatwa sahabat sebagai salah satu sumber perundangan Islam, bagaimanapun mereka berbeda pendapat tentang status otoritas fatwa tersebut. berdasarkan pendapat jumhur fuqaha’ sunni, fatwa sahabat merupakan hujah setelah nash al-Quran dan as-Sunnah. Ini disebabkan beberapa perkara, diantaranya fatwa sahabat dikeluarkan setelah mereka mendengar dari Rasulullah SAW, mereka lebih memahami Al-Quran dan juga mereka lebih memahami bahasa dan maksud yang jelas berkenaan dengan keadaan dan persekitaran pada zaman Rasulullah SAW. 40 Ada pendapat mengatakan terdapat lebih daripada 130 orang sahabat Rasulullah SAW lelaki dan perempuan yang pernah mengeluarkan fatwa. 41 Khulafa’ al-Rasyidun adalah mereka yang terdiri daripada kalangan sahabat-sahabat, ketika memimpin negara dan apabila tidak terdapat hukum mengenai sesuatu masalah dalam al-Quran dan al-Hadis, mereka berijtihad dan mengeluarkan fatwa dan fatwa itu menjadi hukum yang diikuti. Umar ibn al-Khattab adalah khalifah yang banyak 39 Abdul Munir Yaacob, Kepelbagaian Fatwa: Kekuatan Atau Kelemahan?, Kuala Lumpur, t.p, 2006, h.193. 40 Osman Ishak, Fatwa Dalam Sistem Pemerintahan dan Kehakiman dalam Mufti dan Fatwa, Kula Lumpur: IKIM, 1998, h. 10 41 Abdul Monir Yaakob, Kepelbagaian Fatwa: Kekuatan Atau Kelemahan?, h.193. mengeluarkan fatwa. Adakalanya fatwa yang dikeluarkan oleh beliau berbeda dengan pendapat sahabat yang lain. 42 Sebagai contoh apabila negara Iraq dan Syam telah dibuka oleh tentara Islam dan kemudian timbul persoalan tentang apa yang hendak dilakukan terhadap tanah tersebut ada pendapat yang mengatakan tanah tersebut harus dibagikan seperti hukum ghanimah. 43 Bagaimanapun Umar dan beberapa orang sahabat berpendirian agar ditetapkan kepemilikannya kepada pemilik asal dengan mengeluarkan pajak kharaj. 44 Abdullah bin Abbas r.a. memberi fatwa bahwa sah nikah mut’ah ketika darurat, Ali dan Jabir berpendapat ia tetap tidak sah. Sebab perselisihan adalah karena Nabi memberi rukhsah sebelum Khaibar dan melarangnya sebelum fath Makkah. Setelah itu diberi rukhsah dalam peperangan Awtas, selepas itu dilarang seperti semula, mengikut Ibn Abbas diberi rukhsah ketika darurat dan dilarang apabila tidak ada darurat. 45 Usman r.a memberi fatwa bahwa perempuan yang dikhuluk tidak ada iddah, dan cukup dengan suci sekali haid. Sahabat yang lain berpendapat khuluk adalah talak. Maka diharuskan beriddah seperti perempuan yang ditalak. 46 Hubungannya antara ijtihad dengan fatwa adalah fatwa yang dikeluarkan oleh para sahabat disimpan dalam ingatan dan disampaikan kepada sahabat yang muda dan tabiin. Apabila mereka mengeluarkan fatwa, mereka berfatwa dengannya. Apabila fatwa dikeluarkan oleh sahabat dalam perkara yang boleh diijtihad maka ulama sepakat mengatakan bahawa fatwa itu tidak menjadi hujjah ke atas sahabat-sahabat 42 Ibid., h. 194 43 Sayid sabiq, Fiqih Sunnah, Jilid IV, h. 51 44 Hj.Abdul Samat Musa dkk, Prinsip dan Pengurusan Fatwa di Negara-Negara Asean,Negeri Sembilan: INFAD, 2006, h. 4 45 Sayid sabiq, Fiqih Sunnah, Ibid. 46 Sayyid Sabiq, Fiqih Sunnah, Jilid III, h. 199 yang mujtahid karena ijma’ sahabat membolehkan perbedaan dikalangan mereka. Adapun fatwa dari selain sahabat, menurut Imam Syafi’i dan jumhur ulama ushul, ia bukan hujjah yang wajib beramal dengannya. 47 Dalam membicarakan tentang kedudukan mufti ada baiknya penulis menyebut nama-nama mereka yang pernah menjadi mufti dalam sejarah Islam. Mufti dari penduduk Madinah ialah ummul mukminin Aisyah binti Abu Bakar as-Shiddiq, Abdullah bin Umar bin al-Khattab al-A’dawi al-Quraisyi, Abu Hurairah Abdur Rahman bin Shakhr al-Dausi, Sa’id al-Musayab al-Makhzumi, Urwah bin Zubair bin Awwam al-Asadi, Abu Bakar bin Abdur Rahman bin Harith bin Hisyam al- Makhzumi, Ali bin Husain bin Ali bin Abu Thalib al-Hasyimi, Ubaidullah bin Abdillah bin Uthbah bin Mas’ud, Salim bin Abdullah bin Umar, Sulaiman bin Yassar, Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, Muhammad bin Muslim yang terkenal dengan Ibnu Syihab az-Zuhri, Abu Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Husain yang terkenal dengan al-Baqir, Abu Zunad Abdullah bin Dzakwan, Yahya bin Sa’id al-Bushiri, Rabi’ah bin Abdur Rahman Faruh. 48 Sedangkan mufti dari penduduk Mekah adalah Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib, Mujahid bin Jabr, Ikrimah maula Ibnu Abbas, Atha’ bin Abu Rabah dan Abu Zubir Muhammad bin Muslim bin Tadarus. Mufti dari penduduk Kufah, Al- Qamah bin Qais an-Nakha’i, Masruq bin Ajda’ al-Hamdani, Ubaidah bin as-Silmani al-Muradi, al-Aswad bin Yazid an-Nakha’i, Syuraih bin Harith al-Kindi, Ibrahim bin Yazid an-Nakha’i, Sa’id bin Jubair dan Amir bin Syarahil asy-Sya’bi. 49 47 Ibid, h. 195 48 Hudhari Bik, Tarîkh al-Tasyri’ al-Islami, Penerjemah Mohamad Zuhri, Sejarah Pembinaan hukum Islam , Indonesia:Darul Ihya’,t.th, h. 301 49 Ibid., h. 315 Mufti dari kalangan penduduk Basrah, Anas bin Malik al-Asy’ari, Abu ‘Aliyah Rafi’ bin Mahram ar-Rayani, Hasan bin Hasan Yassar, Abu Sya’tsa bin Zaid, Muhammad bin Sirin dan Qatadah bin Di’amah ad-Dausi. Seterusnya mufti dari penduduk Syam, Abdur Rahman bin Ghunmin al-Asy’ari, Abu Idris al-Khulani ‘Aidzullah bin Abdullah, Qabishah bin Dzuaib, Makhul bin Abi Muslim, Raja’ bin Hayah al-Kindi, Umar bin Abdul Aziz bin Marwan. Mufti dari penduduk Mesir, Abdullah bin Amr bin Ash, Abul Khir Martsad bin Abdullah al-Yazini, Yazid bin Abu Habib maula al-Azdi. 50 Dari penduduk Yaman, Thawus bin Kaisan al-Jundi dari Abna’, Wahab bin Munabbih ash-Shan’ani, Yahya bin Abu Kathir maula Thayi’. 51

C. Syarat-syarat Keahlian Mufti dalam Ketatanegaraan Islam