Pindaan pengubahan atau Pembatalan Fatwa

Berdasarkan Pasal 48 ayat 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan, memberi dan mengumumkan fatwa sebagai berikut: 1. Jubin yang bertulis kalimah Allah adalah diharamkan penggunaannya pada tempat seperti pada lantai-lantai premishotelkediaman dan pejabat, bilik air, tempat letak kereta, tempat laluan pejalan kaki dan sebagainya, juga dimana- mana tempat yang boleh mencemarkan kesucian kalimah tersebut. Justeru, semua pihak yang terlibat peniaga, pembeli, pengedar, pengguna, pengilang dan pengimport hendaklah mengambil tindakan menghentikannya dengan segera dan serta-merta. 2. Cara untuk menghilangkan imej sama ada dengan menukarkan dengan jubin yang lain ataupun dengan cara menghilangkan tulisannya. 73 Contoh-contoh fatwa di atas telah disetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan telah disampaikan kepada pemerintah Negeri Johor untuk disebarkan dan diwartakan sebagai fatwa yang mengikat. 74

2. Pindaan pengubahan atau Pembatalan Fatwa

Jawatankuasa Fatwa dapat mengubah atau membatalkan suatu fatwa yang telah disahkan dalam warta atau dalam Enakmen. Di antara sebab-sebab dilakukannya perubahan atau pembatalan fatwa antara lain ialah: 1. Fatwa yang dikeluarkan tidak kuat, berubah-ubah dan mempunyai kepentingan tertentu; 73 Warta Kerajaan Negeri Johor ,Jilid 52 No. 3 tanggal 11 Rajab 142826 Julai 2007 [JMJ.35040164;PUNJ.BIL.PU215], h. 19 74 Enakmen, Tatacara Pembuatan Fatwa 6, h 32. 2. Fatwa yang tidak bersifat ilmiah karena tidak mempunyai dasar sandaran hukum yang kuat; dan 3. Isi kandungan fatwa terbatas hanya bisa menjawab persoalan tertentu saja dan tidak membawa perubahan yang besar kepada stuktur dan sistem negara. 75 Secara keseluruhan, masyarakat tidak mempermasalahkan fatwa-fatwa tersebut bahwa fatwa yang dikeluarkan adalah sesuai dengan suasana di Johor khususnya dan di Malaysia umumnya. Bagaimanapun terdapat beberapa permasalahan yang tidak dapat dihindari seperti yang penulis paparkan di atas. 3. Qaul muktamad harus dipatuhi Dalam mengeluarkan sebuah fatwa Jawatankuasa Fatwa hendaklah berdasarkan qaul muktamad yaitu pendapat-pendapat yang diterima Madzhab Syafi’i. 76 Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan berdasarkan qaul muktamad Madzhab Syafi’i suatu keadaan yang bertentangan dengan kepentingan umum akan terjadi, Jawatankuasa Fatwa dapat mengambil berdasarkan qaul muktamad Madzhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. 77 Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tidak satu pun qaul muktamad dari empat madzhab tersebut dapat diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang bertentangan dengan kepentingan umum, Jawatankuasa Fatwa dapat membuat fatwa tersebut berdasarkan ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad dari madzhab yang empat itu. 78 Ijtihad tersebut dapat dilakukan dengan mengambil rujukan kitab-kitab di antaranya sebagai berikut: 75 Ahmad Hidayat Buang, Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Syari’ah dan undang- undang Akademi Pengajian Islam Universitas Malaya, 2004, cet. I, h. 114 76 Pasal 54 ayat 1 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 77 Ibid., ayat 2 78 Ibid., ayat 3 a. Kitab Al-Umm, Minhaj al-Talibin, al-Minhaj, Thfat al-Muhtaj bi Syarhi al-Minhaj. b. Kitab Bajiru Marra A’la al-Khatib, Kifayatul Akhyar. 79

B. Fatwa Sebagai Hukum yang Tidak Mengikat