Jawatankuasa rayuan kuasa jawatankuasa rayuan

74 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Bahagian Xiii raYuan

63. Jawatankuasa rayuan

1 Menteri boleh melantik jawatankuasa-jawatankuasa rayuan bagi maksud menimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen 36 atau 50. • Menteri mempunyai kuasa untuk melantik jawatankuasa-jawatankuasa rayuan bagi menimbang rayuan-rayuan di bawah seksyen 36 atau 50. • Seksyen 36 membenarkan seseorang untuk merayu apabila terkilan disebabkan pengumuman oleh Ketua Pengarah tentang larangan terhadap penggunaan sebarang loji atau bahan di bawah seksyen 351. • Seksyen 50 membenarkan seseorang untuk merayu apabila terkilan oleh notis pembaikan atau larangan yang dikeluarkan kepadanya dibawah seksyen 48. 2 Sesuatu jawatankuasa rayuan hendaklah terdiri daripada Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota Majlis dan dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang, pada pendapatnya, mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan hal perkara rayuan itu. 3 Tiap-tiap anggota sesuatu jawatankuasa rayuan boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.

64. kuasa jawatankuasa rayuan

1 Sesuatu jawatankuasa rayuan boleh, selepas mendengar suatu rayuan mengesahkan, membatalkan atau mengubah sesuatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 35, sesuatu keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 501, atau sesuatu notis perbaikan atau larangan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 48. • Setelah mendengar suatu rayuan, jawatankuasa boleh mengesahkan, membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat oleh Ketua Pengarah dibawah seksyen 35 larangan terhadap penggunaan loji atau bahan, subseksyen 501 atau seksyen 58 notis perbaikan dan notis larangan. 2 Sesuatu jawatankuasa rayuan hendaklah memutuskan dan memberitahu keputusannya dengan cepat kepada orang yang membuat rayuan itu. • Mereka hendaklah memberitahu keputusan rayuan secepat mungkin kepada perayu. JD118024 Tek 3 74 92207 1:03:35 PM 75 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

65. keputusan jawatankuasa rayuan