52
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
36. orang terkilan boleh merayu
Seseorang yang terkilan oleh sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 351 boleh dalam masa tiga puluh hari dari perintah itu, membuat rayuan kepada setiausaha kepada
Majlis yang hendaklah menghantar rayuan itu kepada suatu jawatankuasa rayuan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 63.
• Seksyen ini membenarkan seseorang yang terkilan oleh sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 351 untuk membuat rayuan kepada Majlis. Majlis kemudiannya
akan membawa rayuan itu kepada jawatankuasa rayuan yang telah dilantik oleh Menteri.
JD118024 Tek 3 52 92207 1:03:33 PM
53
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Bahagian X tataamaLan industri
37. kelulusan tataamalan industri
1 Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah, meluluskan tataamalan industri yang terdiri daripada arahan-arahan yang pada hematnya perlu atau patut untuk
panduan orang-orang dalam mematuhi kehendak-kehendak peruntukan Akta ini. • Seksyen ini memperuntukkan tataamalan industri untuk diluluskan oleh Menteri atas
syor Majlis atau Ketua Pengarah. Pengisytiharan tataamalan industri boleh dimulakan oleh industri, kerajaan atau pihak lain yang berminat.
• Tataamalan industri memberi garis panduan secara praktikal tentang bagaimana pematuhan terhadap kehendak perundangan Akta dan Peraturan ini dapat dicapai.
2 Menteri boleh, atas syor Majlis atau Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengkaji semula tataamalan industri itu dengan meminda, memotong, mengubah atau menambah
peruntukan tataamalan industri itu. • Subseksyen ini membolehkan Menteri untuk mengkaji semula tataamalan industri
dari semasa ke semasa. Peruntukan mengenai tataamalan industri perlu dipinda dan dikemaskini selaras dengan perubahan bahaya, kemajuan teknologi dan mengambil
kira obligasi antarabangsa. 3 Suatu tataamalan industri boleh—
a terdiri daripada apa-apa tata, standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukan berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh
Menteri; atau b memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana dokumen yang dirumus
atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak berkuasa yang berkuatkuasa pada masa tataamalan industri itu diluluskan atau sebagaimana yang dipinda,
dirumus atau disiarkan dari semasa ke semasa.
• Tataamalan industri terdiri daripada sebarang tata, standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukan berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diluluskan
oleh Menteri. Tataamalan menyediakan standard dimana kecukupan langkah yang diambil perlu dinilai.
4 Menteri hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta kelulusan sesuatu tataamalan industri dan pemindaan atau pembatalannya.
• Contoh bagi tataamalan industri ialah Tataamalan bagi HIV dan AIDS di tempat kerja. Tataamalan ini yang dihasilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
hanya boleh dianggap sebagai tataamalan industri setelah diwartakan. Pada masa ini, beberapa garispanduan telah dihasilkan seperti kesihatan reproduktif di tempat
JD118024 Tek 3 53 92207 1:03:33 PM
54
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
kerja, berdiri semasa bekerja, ruang terkurung, pertolongan cemas di tempat kerja boleh dianggap sebagai tataamalan. Semua ini apabila dicadangkan oleh Majlis atau
Ketua Pengarah, diluluskan oleh Menteri dan diwartakan boleh menjadi tataamalan industri.
• Dari segi undang-undang, turutannya adalah; Akta, perundangan subsidiari, tataamalan industri dan garispanduan. Bagaimanapun tataamalan industri dan garispanduan tidak
mempunyai kuat kuasa perundangan secara langsung. Ia membantu menerangkan peruntukan yang terkandung di dalam Akta.
• Suatu Akta adalah statut yang diluluskan oleh Parlimen di mana menyatakan fungsi dan tanggungjawab dan ia ditambah dengan peraturan, tataamalan yang diluluskan
dan garispanduan. Peraturan dan Perintah dibuat di bawah Akta dan menerangkan kehendak-kehendak yang diaplikasikan kepada situasi kerja tertentu. Peraturan dan
arahan boleh dikuatkuasakan dan ketidakpatuhan boleh membawa kepada pendakwaan dan denda.
38. penggunaan tataamalan industri dalam prosiding