50
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
• Secara praktiknya siasatan seharusnya dalam bentuk lisan. 2 Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai
kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan
sedemikian.
• Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran
lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan. Walaubagaimanapun, mereka yang dilantik sebagai pengapit hendaklah tidak mempunyai
kepentingan peribadi daripada hasil sisatan dan tidak berat sebelah. 3 Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam
siasatan itu boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.
34. kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam siasatan
Bagi maksud mengadakan suatu siasatan di bawah Akta ini, seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar dan
hendaklah terletakhak dengan kuasa Majistret Kelas Pertama untuk memaksa kehadiran saksi-saksi dan memaksa pengemukaan dokumen-dokumen, memelihara keteraturan dan
selainnya menjalankan siasatan dengan sewajarnya, dan semua orang yang dipanggil untuk menghadiri siasatan itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk hadir.
• Siasatan adalah lebih formal berbanding penyiasatan dan orang yang dilantik untuk menjalankan siasatan mempunyai kuasa untuk mengambil bukti dengan sumpah, untuk
meminta kehadiran saksi-saksi dan pengemukaan dokumen-dokumen, memelihara keteraturan dan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap mana-mana premis yang
berkaitan dengan siasatan. • Di bawah seksyen ini bagi tujuan mengadakan siasatan, seseorang pegawai keselamatan
dan kesihatan pekerjaan mempunyai kuasa Majistret Kelas Pertama untuk memaksa kehadiran saksi-saksi, pengemukaan dokumen-dokumen dan memelihara keteraturan
dalam siasatan. Dia juga mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar.
JD118024 Tek 3 50 92207 1:03:33 PM
51
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Bahagian iX Larangan terhadap penggunaan LoJi atau Bahan
35. kuasa untuk melarang penggunaan loji atau bahan
1 Walau apapun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang penggunaan apa-apa
loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang-orang semasa bekerja.
2 Jika Ketua Pengarah bercadang untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 1 dia hendaklah, sebelum membuat perintah itu, meminta pendapat mana-mana jabatan
Kerajaan atau badan lain yang pada hematnya sesuai. • Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah larangan bagi penggunaan mana-mana loji
atau bahan dengan menerbitkan di dalam warta. Mengikut undang-undang, perintah adalah panduan atau arahan biasa. Ia merupakan peraturan agensi yang menerangkan
atau melaksanakan peruntukan undang-undang. Contohnya ialah Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Larangan Penggunaan Bahan 1999 yang melarang penggunaan
bahan seperti disenaraikan di bawah:
1 2
Butiran Perihalan bahan
Takat yang baginya penggunaan bahan No.
adalah dilarang 1.
4-Aminodifenil; Pengilangan dan penggunaan bagi semua
Benzidina; tujuan termasuk apa-apa proses pengilangan
2-Naftilamina; yang dalamnya sesuatu bahan yang
4-Nitrodifenil; diperihalkan dalam ruang 1 terbentuk,
kecuali bagi tujuan penyelidikan atau analisis
garam bahan-bahan itu; dan apa-apa bahan yang mengandungi
apa-apa sebatian bahan-bahan itu dalam apa-apa bahan lain pada
kepekatan keseluruhan melebihi 0.1 peratus
2. Krosidolit
Semua rujukan kecuali tujuan penyelidikan atau analisis
3. Benzena;
Pembersihan dan penyahgrisan Karbon disulfida;
Karbon tetraklorida and n-Heksana
4. Fosforus putih
Penggunaan dalam pengilangan mancis
JD118024 Tek 3 51 92207 1:03:33 PM
52
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
36. orang terkilan boleh merayu