kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan

23 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Subseksyen ini memerlukan majikan untuk menyediakan dan menyenggara persekitaran kerja persekitaran, keadaan, di tempat kerja agar selamat dan sihat. • Persekitaran kerja termasuklah: • Tempat kerja, contohnya bangunan, struktur, kenderaan. • Persekitaran fizikal seperti pencahayaan, pengudaraan, debu, haba dan bunyi bising. • Persekitaran psikologi, contohnya tekanan mental. • Majikan juga perlu menyediakan kemudahan kebajikan yang mencukupi kepada pekerja di tempat kerja. Contoh: • Persekitaran pekerjaan di tempat kerja termasuklah persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial. Contohnya, di bengkel yang terdapat pekerja Malaysia dan pekerja asing, persekitaran fizikal kebisingan, pencahayaan, pengudaraan dan persekitaran psikososial adalah perlu untuk mewujudkan hubungan yang baik di antara pekerja dari pelbagai negara bagi mengelakkan pertelingkahan antara mereka.Persekitaran pekerjaan mestilah bebas dari apa-apa yang boleh menyebabkan kecederaan, penyakit atau kematian. Persekitaran pekerjaan mestilah disenggarakan dengan cara yang teratur seperti susunatur yang baik. 3 Bagi maksud subseksyen 1 dan 2— a “pekerja” termasuklah seseorang kontraktor bebas yang diguna-khidmat oleh seseorang majikan atau orang yang bekerja sendiri dan mana-mana pekerja kontraktor bebas itu; dan • Kontraktor bebas ialah kontraktor yang bekerja sendiri dan dia dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, seorang kontraktor bagi kerja pengubahsuaian adalah kontraktor bebas. Orang yang diambil bekerja mengecat dan memasang jubin adalah seorang pekerja kepada kontraktor bebas tersebut. b kewajipan seseorang majikan atau orang yang bekerja sendiri di bawah subseksyen 1 dan 2 meliputi seseorang kontraktor bebas dan pekerja kontraktor bebas itu berhubungan dengan perkara-perkara yang baginya majikan atau orang yang bekerja sendiri itu— i mempunyai kawalan; atau ii akan mempunyai kawalan jika tidak kerana apa-apa perjanjian antara majikan atau orang yang bekerja sendiri itu dengan kontraktor bebas itu yang sebaliknya.

16. kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan

Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang JD118024 Tek 2 23 92207 12:59:58 PM 24 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya. • Di bawah seksyen ini, kewajipan untuk merumus polisi keselamatan dan kesihatan adalah dikenakan kepada semua majikan dan orang bekerja sendiri kecuali kepada mereka yang menanggung tidak lebih daripada lima orang pekerja seperti yang telah dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1995. Majikan dikehendaki menyediakan pernyataan bertulis mengenai dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan rancangan untuk melaksanakan dasar itu. • Terdapat tiga komponen dalam dasar ini:- • Pernyataan umum dasar tentang komitmen majikan terhadap keselamatan dan kesihatan yang menggariskan semua falsafah dan tujuan. • Pernyataan organisasi untuk melaksanakan dasar-dalam bentuk struktur pengurusan hirarki- menunjukkan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan dari pengurusan teratas hingga pihak bawahan. Pernyataan ini harus termasuk maklumat mengenai kakitangan yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasinya dan tugasnya dalam organisasi. • Dasar juga mempunyai maklumat tentang perkiraan yang dibuat bagi memastikan dasar itu dilaksanakan. Perkiraan harus termasuk latihan keselamatan dan kesihatan, pemeriksaan, laporan dan penyiasatan kemalangan, sistem kerja selamat, sistem kebenaran kerja dan prosedur kecemasan. • Penglibatan pekerja dalam membuat rumusan dan kajian semula dasar tersebut telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan 1996. • Dasar perlu ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh para pekerja. • Setiap pekerja mesti diberikan satu salinan pernyataan bertulis mengenai dasar dan pekerja baru diberikan setiap salinan ketika menjalani latihan induksi. Latihan keselamatan dan kesihatan yang dikendalikan oleh majikan-majikan mesti mengandungi maklumat tentang dasar tersebut. • Untuk memastikan dasar ini dapat menarik perhatian para pekerja, dasar yang ditulis itu mestilah dipamerkan di tempat-tempat strategik di tempat kerja, contohnya di pintu masuk, papan kenyataan umum, bilik mesyuarat dan sebagainya supaya ia dapat dilihat dan dibaca oleh semua pekerja. • Oleh kerana perubahan akan berlaku dalam organisasi dalam bentuk bahaya, langkah kawalan dan orang yang bertanggungjawab, maka majikan dikehendaki untuk mengkaji semula dasar dalam tempoh tertentu. Ia mesti ditandatangani dan diletakkan tarikh oleh majikan ketua pegawai eksekutif. JD118024 Tek 2 24 92207 12:59:58 PM 25 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Majikan boleh mempunyai dasar SHE yang mengandungi tiga aspek: keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Kesemua dasar ini adalah diterima selama mana maklumat tentang organisasi dan perkiraan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dimasukkan dalam dasar. • Kes Osborne v Bill Taylor of Huyton Ltd [1982] ICR 168 ms81 menyatakan bila dasar keselamatan bertulis perlu disediakan lihat Lampiran.

17. kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain