25
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
• Majikan boleh mempunyai dasar SHE yang mengandungi tiga aspek: keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Kesemua dasar ini adalah diterima selama mana maklumat
tentang organisasi dan perkiraan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dimasukkan dalam dasar.
• Kes Osborne v Bill Taylor of Huyton Ltd [1982] ICR 168 ms81 menyatakan bila dasar keselamatan bertulis perlu disediakan lihat Lampiran.
17. kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain
daripada pekerja mereka
1 Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, yang pekerja setakat
yang praktik, bahawa dia dan orang-orang lain, yang bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau
kesihatan mereka oleh sebab pekerja pengusahaan itu.
• Majikan dan orang yang bekerja sendiri mempunyai kewajipan tambahan bagi memastikan setakat yang praktik, orang lain selain pekerjanya, yang mungkin terjejas tidak terdedah
kepada risiko keselamatan dan kesihatan. • Maka, majikan dan orang yang bekerja sendiri mempunyai kewajipan terhadap orang
selain daripada pekerja mereka yang merangkumi kontraktor, pekerja kepada kontraktor, pekerja sementara majikan yang melawat premis, pelawatpelanggan premis itu, pegawai
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, jurujual, anggota keluarga dan orang awam kumpulan pelajar terutamanya dalam premis dan persekitarannya. Orang-orang
ini adalah orang yang memasuki premis dengan kebenaran majikan. Walaubagaimanapun, penceroboh yang memasuki tanpa kebenaran tidak dilindungi. Contohnya, dalam kes
yang melibatkan seseorang yang terbunuh akibat keruntuhan bangunan dan disebabkan perobohan di jalan raya, syarikat yang mengawal kawasan itu boleh didapati bersalah
di atas kesalahan tadi. Penceroboh boleh dikawal dengan adanya penyediaan pagar, halangan duri, dan notis amaran seperti ‘di larang menceroboh’ atau ‘bahaya’ di setiap
tempat kerja. Dalam kebanyakkan kes, langkah berjaga-jaga yang perlu dilaksanakan bagi tujuan keselamatan ialah seperti mengunci almari stor, pintu utama dan pagar
adalah memadai bagi tujuan keselamatan. • Orang yang diberi kuasa untuk memasuki premis adalah dianggap sebagai pelawat dan
dilindungi oleh Akta ini. Mereka yang memasuki premis tanpa kebenaran di anggap sebagai penceroboh dan tidak dilindungi di bawah seksyen ini. Di bawah undang-
undang Tort, kanak-kanak yang menceroboh adalah dilindungi sekiranya terdapat elemen ‘penarik minat’ di tempat itu.
• Di England “common law” tidak meletakkan sebarang kewajipan ke atas penghuni untuk mengambil berat terhadap keselamatan orang yang menceroboh harta mereka.
JD118024 Tek 2 25 92207 12:59:58 PM
26
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
• Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya dan orang lain yang memasuki premisnya. Umumnya tahap perlindungan
yang dikehendaki kepada pelawat dan orang lain dalam tempat kerja adalah sama seperti yang diberikan kepada pekerja. Contohnya, mesin dan bahan harus digunakan
mengikut satu cara tertentu bagi menjamin keselamatan pekerja-pekerja, dan juga memadai untuk menjamin keselamatan orang lain yang tidak diambil bekerja.
• Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kawalan Kemalangan Utama Industri 1996 telah menyatakan dengan jelas kewajipan majikan atau pemilik terhadap orang
di luarsekitar tempat kerja. Mereka adalah dikehendaki untuk mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan operasi mereka. Selain itu, mereka perlu
mempunyai pelan kecemasan dan menyediakan maklumat seperti disenaraikan di Jadual Ketiga dalam peraturan kepada orang awam.
• Beberapa kes di dalam Lampiran menjelaskan persoalan kewajipan am majikan dan orang bekerja sendiri kepada orang lain selain daripada pekerja.
• R v. Mara [1987] IRLR 154 ms82 • R v. Board of Trustees of the Science Museum [1993] ILR 876 ms82
• Aitchison v Howard Doris Ltd [1979] SLT Notes 22 ms82 • R v Associated Octel Company Ltd [1996] 4 All ER 846 ms83
• RMC Roadstore Products Ltd v Jester [1994] 4 All ER 1037 ms83 Contoh:
• Contoh kewajipan majikan terhadap orang lain selain pekerja adalah termasuk hospital. Terdapat ramai pelawat di hospital. Individu-individu ini adalah berisiko kerana terdedah kepada pesakit yang mengalami
penyakit berjangkit. Pihak hospital perlu mengurangkan pendedahan penyakit serendah mana yang praktik. Mereka perlu mempunyai ‘prosedur bukti yang penuh’ untuk mengawal orang yang memasuki
sesetengah kawasan di hospital, contohnya, bahagian x-ray, dengan menyediakan jalan masuk berisyarat dan sekatan masuk. Cara untuk mengurangkan risiko seperti Tuberculosis TB dan SARS akan berbeza
kerana risiko yang terlibat adalah berbeza.
2 Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri, dalam hal keadaan yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan,
untuk memberi orang-orang, yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh dengan cara dia menjalankan pengusahaannya, maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa
aspek cara dia menjalankan pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan mereka.
• Seksyen ini dalam kes khas menghendaki majikan-majikan dan orang yang bekerja sendiri memberi maklumat dalam bentuk tertentu berkenaan bagaimana aktiviti- aktiviti kerja
boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang selain daripada pekerja. Contohnya Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kawalan Terhadap
Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian 1996 memerlukan maklumat tertentu untuk diberikan kepada orang awam yang mungkin terlibat dalam kemalangan yang
disebabkan oleh aktiviti industri yang berbahaya. Contoh lain adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan operasi letupan di kuari atau pembinaan bangunan perlu
dimaklumkan tentang risiko berkaitan aktiviti mereka.
JD118024 Tek 2 26 92207 12:59:58 PM
27
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
18. kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada