tujuan akta Kata Pengantar Contoh Kata Pengantar - Makalah garispanduan2006bm

10 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Untuk mentakrifkan tempat kerja bagi pekerja adalah penting untuk merujuk kepada premis yang kebiasaannya menjadi tempat kerja kepada pekerja, contohnya: • Posmen–pejabat pos, motosikal dan pejabat atau rumah di mana surat dihantarkan. • Pemandu teksi - stesen teksi, perhentian teksi, teksi. • Budak penghantar pizza- restoran pizza, motosikal, rumah atau pejabat pelanggan. • Pembaca meter- kenderaan, rumah atau pejabat. • Jalan yang digunakan untuk perjalanan pekerja juga termasuk sebagai tempat kerja. 2 Bagi maksud Akta ini, risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaitan dengan cara suatu pengusahaan dijalankan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana- mana bahagiannya. 3 Bagi maksud Akta ini— a “kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri; b seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya tetapi tidak selainnya; dan c orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang ditumpukannya kepada kerja sebagai seorang yang bekerja sendiri.

4. tujuan akta

Tujuan Akta ini adalah— a untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja; • Terdapat empat tujuan Akta ini iaitu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja. • Tujuan petama adalah untuk melindungi orang-orang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan dan kesihatan. • Terma keselamatan, kesihatan dan kebajikan boleh ditakrifkan seperti berikut: • Keselamatan ke atas ketidakwujudan risiko kepada kecederaan. • Kesihatan ialah keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik dan ia bukan hanya dengan ketiadaan penyakit. • Kebajikan pekerja adalah termasuk peruntukan peti kecemasan, air minuman, kantin, kemudahan membasuh dan tandas untuk lelaki dan perempuan. JD118024 Tek 2 10 92207 12:59:57 PM 11 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 b untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja; • Tujuan kedua adalah untuk melindungi orang selain daripada orang yang sedang bekerja yang menghadapi risiko keselamatan dan kesihatan. Orang lain selain pekerja termasuklah pelanggan, pelawat dan orang awam. c untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka; • Tujuan ketiga adalah untuk menggalakkan suasana kerja yang sesuai yang dapat memenuhi setiap keperluan orang-orang yang sedang bekerja. Ia juga bertujuan untuk menyesuaikan proses dan stesen kerja dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka. Persekitaran tempat kerja mestilah sesuai dengan fisiologi manusia contohnya bekerja di persekitaran haba memerlukan rejim kerja-rehat yang sesuai; troli untuk membantu membawa beban berat yang melebihi kemampuan individu. Ia juga mestilah memenuhi keperluan psikologi pekerja contohnya pekerja tidak sepatutnya diberikan kerja yang berlebihan atau terlalu kurang; tahap stressor yang sesuai yang dapat memaksimakan produktiviti tetapi tidak menyebabkan pekerja menghadapi stress. Gangguan seksual boleh dianggap sebagai bahaya psikososial di tempat kerja. d untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan. • Tujuan akhir adalah untuk memperuntukkan cara yang menurut perundangan keselamatan dan kesihatan yang berkaitan boleh digantikan dengan peraturan dan tataamalan industri dengan cara bergabung dengan peruntukan Akta ini. Ia bertujuan untuk memansuhkan pendekatan tradisi yang ketat dan kurang fleksibel dengan suatu undang-undang yang fleksibel dan mampu menghadapi perubahan teknologi yang pesat. JD118024 Tek 2 11 92207 12:59:57 PM 12 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Bahagian ii perLantikan pegaWai

5. perlantikan pegawai