kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada

27 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

18. kewajipan seseorang penghuni tempat kerja kepada orang-orang selain daripada

pekerjanya 1 Seseorang penghuni premis bukan domestik yang telah disediakan untuk orang-orang, yang bukan pekerjanya, sebagai suatu tempat kerja, atau sebagai suatu tempat mereka boleh menggunakan loji atau bahan yang diadakan bagi kegunaan mereka di sana, hendaklah mengambil apa-apa langkah yang praktik untuk memastikan bahawa premis itu, semua cara masuk ke dalamnya dan keluar darinya yang ada bagi kegunaan orang- orang yang menggunakan premis itu, dan apa-apa loji atau bahan dalam premis itu atau yang diadakan bagi kegunaan di sana, adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. • Dalam Akta ini, penghuni tempat kerja, bermaksud orang yang mempunyai pengurusan atau kawalan terhadap tempat kerja. Merujuk kepada Kamus Undang-Undang Osborn, seorang penghuni bermaksud orang yang mempunyai kawalan fizikal atau pemilikan suatu tanah dan orang yang mempunyai kuasa penggunaan tanah. • Di bawah subseksyen ini, kewajipan tuan tanah atau orang lain yang memajak dan menyewa, premis bukan domestik sebagai tempat kerja, atau sebagai tempat di nama mereka menggunakan loji atau bahan di tapak itu dibincangkan. Kewajipan ini adalah dilakukan kepada orang yang bukan pekerjanya tetapi orang yang masuk premis sebagai tempat kerja atau menggunakan loji atau bahan yang disediakan bagi kegunaan di sana. Dalam kebanyakan kes, majikan juga adalah penghuni tempat kerja. 2 Seseorang yang mempunyai, oleh sebab suatu kontrak atau pajakan atau selainnya, suatu obligasi sehingga apa-apa takat berhubungan dengan— a penyenggaraan atau pembaikan tempat kerja atau apa-apa cara masuk ke dalamnya atau keluar darinya; atau b pencegahan risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang mungkin timbul daripada penggunaan mana-mana loji atau bahan dalam tempat kerja itu, hendaklah bagi maksud subseksyen 1 disifatkan mempunyai kawalan ke atas perkara- perkara yang diliputi oleh obligasinya. • Subseksyen ini menyatakan lebih daripada seorang boleh mempunyai sesuatu tahap kawalan tertentu terhadap premis pada satu masa. Apabila seorang penghuni menjadikan premis sebagai kegunaan kepada orang lain, contohnya seorang penyewa atau pemajak, langkah yang perlu diambil oleh penghuni ialah berdasarkan kepada penggunaan yang diramalkan bagi premis yang digunakan. ‘Orang-orang lain’ ini mesti memastikan tempat kerja dan jalan masuk dan keluar adalah disenggarakan. Jika sebarang loji atau bahan yang digunakan di tempat kerja yang boleh membawa risiko kepada keselamatan dan kesihatan, ia mestilah dihalang. • Perbezaan yang utama di antara seksyen 17 dan 18 ialah, seksyen 17 menyatakan kewajipan majikan dan orang bekerja sendiri tetapi seksyen 18 menyatakan kewajipan penghuni sesuatu tempat kerja. Seksyen 18 tidak merujuk kepada majikan, tetapi kepada penghuni yang menjadi pengawal premis-premis, serta menjadikan premis JD118024 Tek 2 27 92207 12:59:58 PM 28 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bukan domestik sebagai tempat kerja kepada mereka yang tidak diambil berkerja oleh mereka. Kedua seksyen ini menyatakan kewajipan terhadap orang selain pekerja. • Terdapat dua kes yang dinyatakan di dalam Appendik menunjukkan kewajipan seorang penghuni di tempat kerja. • Westminster CC v. Select Managements [1985] 1All ER 897 ms83 • Austin Rover Ltd v Inspector of Factories [1990] 1 AC 619 ms83 Contoh • Kewajipan seorang penghuni boleh dilihat secara jelas dalam contoh seorang operator dalam restoran makanan ringan yang mempunyai kawasan permainan di dalam pusat membeli belah. Operator restoran makanan ringan penghuni mempunyai tanggungjawab untuk membuat tanda isyarat bagi keperluan orang dewasa menemani kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan. Majikan juga perlu menjelaskan kepada pekerja tentang aktiviti yang akan dijalankan di kawasan permainan. Penyelenggaraan harian di kawasan itu adalah perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelawat. Sekiranya pekerja tidak melakukan apa-apa dan kemalangan terjadi, pekerja itu akan bertanggungjawab. • Contoh lain ialah seorang penghuni yang mempunyai blok apartmen dengan premis domestik. Premis domestik adalah premis yang dimiliki sebagai kediaman persendirian termasuk taman, garaj, halaman yang mana tidak digunakan bagi kebiasaan penghuni yang lebih daripada satu kediaman. Premis bukan domestik adalah bukan jenis premis seperti di atas. Suatu lif di dalam blok rumah pangsa, koridor and tangga adalah termasuk di bawah definasi premis bukan domestik kerana ia digunakan kebiasaanya oleh penghuni yang lebih dari satu kediaman persendirian. Maka, penghuni adalah bertanggungjawab di atas keselamatan tempat itu.

19. penalti bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 17 atau 18