ketua pengarah boleh mengarahkan supaya siasatan diadakan

49 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 1967 atau mana-mana penyakit yang disenaraikan di bawah Pengisytiharan Penyakit Pekerjaan 2000, dia dikehendaki untuk melaporkan perkara tersebut kepada Ketua Pengarah. • Di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 terdapat keperluan bagi pengamal perubatan untuk melaporkan keracunan dan penyakit pekerjaan kepada Ketua Pengarah dan menghantar salinan kepada penghuni manakala dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, pengamal perubatan hanya dikehendaki untuk melaporkan perkara tersebut kepada Ketua Pengarah. • Di bawah seksyen ini, pengamal perubatan berdaftar bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 Akta 50. Doktor Kesihatan Pekerjaan adalah pengamal perubatan berdaftar dengan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjalankan program pengawasan perubatan kepada pekerja-pekerja. • Pemberitahuan Penyakit Pekerjaan harus mengandungi maklumat berikut seperti yang dinyatakan dalam seksyen 32, Akta Kilang dan Jentera 1967: • Nama dan lokasi kilang di mana pesakit menyatakan dia sedang atau telah diambil bekerja. • Nama dan alamat penuh pesakit. • Penyakit pekerjaan yang sedang dihidapi pesakit. • Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan yang dicadangkan akan menyediakan garispanduan yang lebih lanjut mengenai pemberitahuan ini.

33. ketua pengarah boleh mengarahkan supaya siasatan diadakan

1 Jika pada pendapat Ketua Pengarah, suatu siasatan patut diadakan mengenai sifat dan punca kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan, dia boleh menyebabkan siasatan sedemikian diadakan oleh seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. • Di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah boleh meminta suatu siasatan dijalankan dan boleh melantik pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk menjalankan siasatan untuk menentukan sifat dan punca kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan. • Bentuk dan tahap siasatan akan ditentukan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan yang dilantik. Ia boleh diadakan di pejabat atau di tapak kemalangan. Tujuan siasatan adalah untuk menyiasat keadaan dan sebab kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan dan bukan untuk menghukum. • Majikan: • Hendaklah diberitahu terlebih dahulu tujuan siasatan. • Hendaklah diberi masa yang cukup untuk siasatan itu. • Hendaklah dibenarkan untuk bercakap. JD118024 Tek 3 49 92207 1:03:33 PM 50 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Secara praktiknya siasatan seharusnya dalam bentuk lisan. 2 Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan sedemikian. • Ketua Pengarah boleh melantik seorang atau lebih daripada seorang yang mempunyai kemahiran atau kepakaran kejuruteraan, perubatan atau kemahiran atau kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan. Walaubagaimanapun, mereka yang dilantik sebagai pengapit hendaklah tidak mempunyai kepentingan peribadi daripada hasil sisatan dan tidak berat sebelah. 3 Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam siasatan itu boleh dibayar elaun pada kadar atau kadar-kadar yang ditentukan oleh Menteri.

34. kuasa pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam siasatan