penalti am kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

69 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Bahagian Xii LiaBiLiti Bagi kesaLahan

51. penalti am

Seseorang yang melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti dinyatakan secara nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan. • Seksyen ini memperuntukkan penalti am berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang telah dinyatakan contohnya seksyen 15, 16, 17, 18, 20, 21 dan 48.

52. kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

1 Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu adalah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu dan boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu atau berasingan, dan tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu. • Seksyen ini terpakai kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan. Pertubuhan perbadanan terdiri daripada syarikat persendirian dan syarikat awam yang didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat. • Pertubuhan perbadanan bermaksud apa-apa pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau yang diperbadankan atau yang wujud di Malaysia. • Pertubuhan perbadanan adalah sekumpulan orang yang wujud melalui undang-undang dan hak dan tanggungjawab berasingan dengan orang yang menubuhkannya dari masa ke semasa. Segala urusan penyerahan writ ataupun sebarang urusan boleh dibuat dengan pegawai syarikat itu. Syarikat milik penuh hanya mempunyai seorang pemilik yang mewarisinya. Syarikat yang berkumpulan terdiri daripada beberapa orang. Contohnya syarikat yang diperbadankan dan syarikat munisipal. • Pengarah, pengurus, setiausaha dan pegawai yang lain boleh dituduh secara bersama di dalam prosiding mahkamah yang sama, sebagai badan korporat atau secara berasingan. JD118024 Tek 3 69 92207 1:03:35 PM 70 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 2 Prosiding boleh dimulakan terhadap seseorang dan dia boleh disabitkan di bawah peruntukan subseksyen 1 sama ada atau tidak prosiding telah dimulakan terhadap perbadanan itu atau perbadanan itu telah disabitkan di bawah peruntukan itu.

53. kesalahan yang dilakukan oleh kesatuan sekerja