59
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
a mana-mana orang lain yang diberikuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah; atau
b apa-apa kelengkapan atau benda yang dikehendaki bagi apa-apa maksud yang baginya kuasa untuk masuk dijalankan.
• Pegawai juga boleh membawa mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah seperti seorang pakar dan apa-apa kelengkapan bagi membantunya melaksanakan tugas
tersebut.
40. kemasukan ke dalam premis dengan waran geledah dan kuasa untuk menyita
Dalam tiap-tiap hal jika maklumat diberikan dengan bersumpah kepada seseorang Majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam tempat kerja atau
tempat kediaman terdapat apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya yang telah digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan
untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya
yang menurut kuasanya seseorang pegawai yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu pada bila-bila masa yang munasabah
pada waktu siang atau malam, dan mencari dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu.
• Di dalam seksyen 40 dan seksyen 41, pegawai mestilah memahami perbezaan di antara memasuki premis dengan waran geledah s.40 dan tanpa waran geledah s.41. Waran
ialah satu perintah yang membenarkan seseorang pegawai memasuki sesebuah premis tanpa kebenaran majikan atau penghuni dan seterusnya menggeledah atau menyita.
• Untuk memasuki tempat kerja atau tempat kediaman dengan waran geledah, sesorang pegawai hendaklah mempunyai sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa sesuatu
seperti loji, bahan dan lain-lain di dalam premis telah atau akan digunakan untuk melakukan satu kesalahan. Dalam hal ini, pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
boleh mempunyai sebab untuk mengesyaki jika terdapat aduan daripada jiran-jiran ataupun pekerja-pekerja. Kemudian, beliau hendaklah memberikan maklumat dengan
bersumpah kepada Majistret bagi mendapatkan waran daripada Majistret untuk memasuki tempat kerja atau tempat kediaman. Pegawai mestilah menyediakan maklumat dengan
bersumpah secara bertulis untuk ditandatangani oleh Majistret. Majistret hanya akan mengeluarkan waran berdasarkan maklumat yang mana beliau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa bukti kesalahan boleh di jumpai di tempat itu.
41. kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita