undang-undang yang mengatasi Kata Pengantar Contoh Kata Pengantar - Makalah garispanduan2006bm

5 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Akta ini juga terpakai pada pepasangan luar pesisir seperti yang terkandung di dalam premis sepertimana ditakrifkan di Seksyen 3 1. Akta Perlombongan Petroleum 1966 menyatakan bahawa kawasan luar pesisir bermaksud suatu kawasan pada pelantar benua. Di bawah Seksyen 21 2 Akta Zon Ekonomi 1984, kerajaan mempunyai kuasa perundangan eksklusif ke atas pulau buatan, pepasangan dan struktur di zon tersebut dan di atas pelantar benua, termasuk kuasa perundangan berkaitan kastam, fiskal, kesihatan, keselamaan dan undang-undang imigresen. 3 Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai bagi pekerjaan atas kapal yang dikuasai oleh Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Ord. 7052, Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah Sabah Ord. 1160 atau Sarawak Sarawak Ord. 260 atau angkatan tentera. • Akta ini tidak terpakai pada pekerja yang bekerja di atas kapal melainkan atas kapal yang di kecualikan oleh. Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Ord. 7052, Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah Sabah Ord. 1160 atau Sarawak Sarawak Ord. 260. Kapal merangkumi setiap pengangkutan air yang digunakan untuk pelayaran yang tidak digerakkan oleh dayung. Tempat membaiki kapal, pelabuhan kering awam tidak dilindungi oleh Akta ini kecuali apabila tuan punya kapal atau ketua kapal mengambil kontraktor untuk membuat kerja senggaraan atau pembaikkan. Pelabuhan perdagangan adalah dilindungi oleh Akta ini tetapi tidak di atas kapal yang berlabuh di pelabuhan. Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 menyatakan bahawa Menteri Pengangkutan boleh membuat peraturan mengenai pelabuhan untuk memastikan keselamatan pekerja yang bekerja di pelabuhan dan di atas kapal yang menggunakan pelabuhan. • Menurut Akta ini, angkatan tentera seperti ditakrifkan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 adalah tidak dilindungi. Angkatan tentera merangkumi tentera tetap dan tentera sukarela dan angkatan tentera lain yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sebagai angkatan tentera. Orang awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan adalah dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

2. undang-undang yang mengatasi

1 Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan . • Peruntukan Akta ini adalah tambahan kepada undang-undang lain yang berkenaan keselamatan dan kesihatan. Undang-undang bertulis lain yang merujuk kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuat kuasa. 2 Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan yang JD118024 Tek 2 5 92207 12:59:56 PM 6 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai digantikan. • Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidakseragaman antara peruntukan Akta ini dan peraturannya dengan mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini dan peraturannya adalah mengatasi undang-undang lain. Contoh: • Di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Proses Asbestos 1986 dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Debu Mineral 1989, pengawasan perubatan perlu dilakukan setiap dua tahun tetapi di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000, pengawasan perubatan perlu dilakukan setahun sekali. Pendedahan yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Proses Asbestos 1986 dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Debu Mineral 1989 adalah berbeza daripada peruntukan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000. Dalam kes ini, peruntukan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000 adalah mengatasi. • Keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan adalah berbeza di antara Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. Pada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap majikan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja jika terdapat empat puluh atau lebih pekerja yang bekerja sebaliknya Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Operasi Bangunan dan Kerja Kejuruteraan Binaan Keselamatan 1986 mengkehendaki lima puluh atau lebih pekerja. Dalam kes ini, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah mengatasi. • Dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, seorang majikan hendaklah memaklumkan sebarang kemalangan yang berlaku atau mungkin berlaku di tempat kerja sebaliknya dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, sebarang kemalangan mesti dimaklumkan sekiranya kemalangan itu menghalang seseorang dari mengikuti pekerjaannya secara biasa selama lebih daripada empat hari. Bagaimanapun apabila satu kemalangan terjadi dan cuti sakit kurang daripada 4 hari diberikan, ia masih perlu dilaporkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

3. tafsiran