kuasa untuk menyiasat Kata Pengantar Contoh Kata Pengantar - Makalah garispanduan2006bm

62 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

44. kuasa untuk menyiasat

1 Seseorang pegawai hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. • Seseorang pegawai mempunyai kuasa untuk menyiasat perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini. 2 Seseorang pegawai boleh, berhubungan dengan suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa-kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Prosedur Jenayah bagi mana- mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan olehnya. • Kanun Prosedur Jenayah Akta 593 memperincikan acara jenayah umum. Namun begitu, jika terdapat statut khusus contohnya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 memperuntukkan kaedah perbicaraan dan penyiasatan yang khusus, maka statut yang khusus ini akan mengatasi Kanun Prosedur Jenayah di dalam kesalahan-kesalahan setakat mana kesalahan itu diperuntukkan di bawah statut itu. • Di dalam subseksyen ini, ia telah menyebut bahawa pegawai mempunyai kuasa-kuasa khas yang berkaitan dengan penyiasatan polis kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran. 3 Apabila penyiasatannya selesai, pegawai itu hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. • Setelah selesai menjalankan penyisatan, pegawai tersebut mestilah memberitahu segala maklumat berkenaan dengan kesalahan itu kepada Pegawai penjaga balai polis. Kemudian, pegawai polis itu boleh mengeluarkan satu waran dan menahan sesiapa yang dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut. ‘Pegawai polis’ ialah anggota Polis Di Raja Malaysia yang mana termasuk konstabel, korporal, Penolong Penguasa polis Seksyen 2, Akta Polis 1967.

45. kuasa untuk memeriksa saksi