pembelaan pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja boleh didenda pembantuan dan persubahatan

71 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

55. pembelaan

Adalah menjadi suatu pembelaan dalam mana-mana prosiding terhadap seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika dipuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa kebenarannya atau pembiarannya dan dia menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan sifat fungsinya dalam keupayaan itu dan pada semua keadaan. • Di bawah seksyen ini, seseorang yang didakwa perlu memuaskan hati mahkamah bahawa dia melakukan kesalahan itu tanpa kerelaan. Sebagai orang yang didakwa, beliau mestilah mampu menunjukkan bahawa beliau telah menunjukkan ketekunan yang wajar untuk mencegah perkara itu daripada terjadi. Intipati utama pembelaan ketekunan yang wajar ialah defendan telah mengambil langkah-langkah yang munasabah dan boleh dipraktikkan untuk mengelak kesalahan itu daripada berlaku dan mahkamah pula mestilah menyimpulkan bahawa kesalahan itu bukanlah satu kecuaian atau kesalahan. Dalam hal ini, perlu dibuktikan bahawa pemikiran defendan telah menumpukan kepada risiko yang mungkin akan terjadi; langkah berjaga-jaga secara umum adalah tidak mencukupi.

56. pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja boleh didenda

Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan atau kesatuan sekerja, ia hanya dikenakan apa-apa hukuman denda yang diperuntukkan terhadapnya. • Hanya hukuman denda akan dikenakan kepada badan korporat dan kesatuan sekerja.

57. pembantuan dan persubahatan

Seseorang yang membantu atau bersubahat pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. • Bantu dan subahat bermaksud menolong atau mendorong. Membantu dan bersubahat di dalam undang-undang jenayah ialah menolong di dalam perkara jenayah walaupun tanpa penglibatan secara nyata didalam kesalahan itu. Tertuduh yang menolong dan bersubahat mestilah dibuktikan terdapat satu hubungan tujuan dengan orang yang sebenarnya terlibat dengan kesalahan itu. Segala perkataan dan perlakuan defendan mestilah mendorong dan menyebabkan perlakuan jenayah.

58. perlindungan terhadap liabiliti persendirian lanjut