kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan bahan bagi kegunaan semasa

31 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

21. kewajipan am pengilang, dsb. berkenaan dengan bahan bagi kegunaan semasa

bekerja 1 Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merumuskan, mengilang, mengimport atau membekalkan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja— a untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko terhadap kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya; • Subseksyen ini menyatakan kewajipan orang yang merumus, mengilang, mengimport dan membekal sebarang bahan bagi kegunaan di tempat kerja. • Mereka yang merumus, mengilang, mengimport atau membekal mesti memastikan bahan yang digunakan bagi kegunaan kerja adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan, dikendali, diproses, disimpan atau diangkut oleh pekerja. b untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh perenggan a; dan • Subseksyen ini menghendaki bahawa mereka mesti membuat pengaturan bagi ujian atau pemeriksaan bahan-bahan. • Dalam sesetengah kes, sebagai contoh, di mana bahan adalah diproses atau dibungkus semula, pengimport atau pembekal mesti menjalankan ujian tersebut. c untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan bahan itu semasa bekerja maklumat yang memadai mengenai hasil apa-apa ujian yang relevan yang telah dijalankan ke atas atau berkaitan dengan bahan dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya. • Mereka adalah dikehendaki untuk membuat maklumat yang cukup tentang bahan yang dibekalkan oleh mereka kepada pengguna terutamanya tentang sebarang risiko yang boleh berlaku terhadap harta yang dimiliki oleh pengguna. Maklumat mesti mengandungi keputusan ujian yang relevan yang telah dijalankan. Maklumat tentang sebarang keadaan adalah diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa mengendalikan, memproses, menyimpan, mengangkut atau membuang. • Bagi bahan kimia, maklumat seperti ini mesti mengandungi Chemical Safety Data Sheet CSDS. Setiap bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan mesti disediakan bersama CSDS dan pembekal adalah dikehendaki mematuhi peruntukkan di bawah Peraturan Keselamatn dan Kesihatan Pekerjaan Pengkelasan, Pembungkusan dan Penlabelan Bahan Kimia Berbahaya 1996. JD118024 Tek 2 31 92207 12:59:58 PM 32 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Apabila sesuatu barang yang khusus dibekalkan dengan maklumat seperti di atas, ianya tidak diperlukan bagi setiap penghantaran sekiranya maklumat yang dihantar masih terbaru. Sekiranya terdapat risiko yang terbaru, langkah-langkah praktik mesti diambil bagi menasihati pelanggan yang lama dan baru. 2 Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan pengilangan atau pembekalan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan, setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurangkan apa-apa risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh bahan itu. • Subseksyen ini menyatakan kewajipan pengilang dan pembekal untuk mengatur sebarang penyelidikan yang sepatutnya bagi mengetahui dan setakat mana yang praktik untuk menghapuskan dan meminimakan risiko kepada kesihatan atau keselamatan semasa bahan tersebut yang diguna, dikendali, diproses, disimpan atau diangkut.

22. huraian seksyen 20 dan 21