17
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
dalam Majlis hendaklah terhenti sekiranya seseorang itu gagal untuk menghadiri tiga kali mesyuarat Majlis berturut-turut tanpa kebenaran dari Pengerusi.
• Korum Majlis hendaklah mempunyai enam orang.
11. kuasa dan fungsi majlis
1 Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan penjalanan tujuan-tujuan
Akta ini. 2 Majlis boleh, dan apabila diminta oleh Menteri supaya berbuat demikian hendaklah,
menjalankan penyiasatan dan membuat laporan dan syor kepadanya berkenaan dengan apa-apa perkara berhubungan dengan tujuan-tujuan Akta ini dan, terutamanya, tetapi
tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan di atas, berkenaan dengan—
a perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
b pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
c penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja; d masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
e penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
f penganalisisan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan;
g pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja; h penggalakan pembangunan dan penerima-pakaian melalui undang-undang
tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;
i pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.
• Kuasa dan fungsi Majlis adalah seperti dinyatakan di atas.
12. perlantikan setiausaha kepada majlis
1 Menteri hendaklah melantik seorang pegawai awam daripada pejabat Ketua Pengarah menjadi setiausaha kepada Majlis.
2 Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat perkiraan bagi penggunaan perkhidmatan mana-mana kakitangan atau kemudahan pejabat Ketua Pengarah.
• Sekretariat Majlis adalah ditempatkan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
JD118024 Tek 2 17 92207 12:59:57 PM
18
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
13. Jawatankuasa