13
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
untuk menyiasat kemalangan besar dan memberikan pandangan pakar atau melakukan pengawasan perubatan.
2 Seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen
1 hendaklah dibayar apa-apa elaun, fee atau bayaran ganti yang ditentukan oleh Menteri.
3 Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 52 dan seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen 1 hendaklah tertakluk
kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
4 Ketua Pengarah dan semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 52, dan
seseorang atau sesuatu badan pemeriksaan bebas yang dilantik di bawah subseksyen 1, hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan.
• Orang yang dilantik di subseksyen 52 hendaklah di anggap sebagai kakitangan awam seperti yang dinyatakan oleh seksyen 21 Kanun Keseksaan Akta 574.
7. perakuan pemberikuasaan
1 Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah Akta; ini suatu perakuan pemberikuasaan yang hendaklah ditunjukkan apabila
diminta kepada penghuni atau; mana-mana orang yang menjaga sesuatu tempat kerja yang pegawai itu berhasrat untuk memasuki menurut Akta ini.
• Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah Akta ini adalah diberikan suatu perakuan pemberian kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Kebiasaannya, pegawai
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah diberi dokumen pemberian kuasa. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang pertikaian dan untuk memudahkan
kerjasama dengan pegawai apabila aktiviti penguatkuasaan dilakukan. 2 Dalam hal Ketua Pengarah, perakuan pemberikuasaannya hendaklah dikeluarkan oleh
Menteri.
JD118024 Tek 2 13 92207 12:59:57 PM
14
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Bahagian iii maJLis negara Bagi keseLamatan dan kesihatan pekerJaan
8. penubuhan majlis
Maka hendaklah ditubuhkan suatu majlis yang dikenali sebagai “Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”.
9. keanggotaan majlis
1 Majlis hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua belas dan tidak lebih daripada lima belas anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri, dan daripadanya—
a tiga orang hendaklah daripada organisasi yang mewakili majikan; b tiga orang hendaklah daripada organisasi yang mewakili pekerja;
c tiga orang atau lebih hendaklah daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan; dan d tiga orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang hendaklah
wanita, hendaklah daripada organisasi atau badan profesional yang aktiviti anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
dan yang, pada pendapat Menteri, boleh menyumbang kepada kerja Majlis.
• Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adalah ditubuhkan di bawah Akta ini. Pada masa ini keanggotaan ahli Majlis Negara adalah seperti berikut:
• Majikan yang diwakili oleh Malaysian Employers Federation, Federation of Malaysian Manufacturer dan Malaysian Agricultures Producers Association MAPA;
• Pekerja yang diwakili oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS dan Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC;
• Wakil kerajaan termasuk Timbalan Menteri dari Kementerian Sumber Manusia sebagai Pengerusi Majlis Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, seorang
wakil dari Kementerian Kesihatan, seorang wakil dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan seorang wakil dari Jabatan Pertanian.
• Pertubuhan bukan kerajaan diwakili oleh seorang wakil dari Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia MSOSH, Universiti dan Persatuan Perubatan
Malaysia. 2 Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi Majlis
daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen 1. • Pada masa ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia dilantik sebagai Pengerusi.
JD118024 Tek 2 14 92207 12:59:57 PM
15
Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
10. Jadual kedua adalah terpakai