kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita kuasa untuk masuk secara paksa dan penyampaian kepada penghuni salinan

59 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 a mana-mana orang lain yang diberikuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah; atau b apa-apa kelengkapan atau benda yang dikehendaki bagi apa-apa maksud yang baginya kuasa untuk masuk dijalankan. • Pegawai juga boleh membawa mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah seperti seorang pakar dan apa-apa kelengkapan bagi membantunya melaksanakan tugas tersebut.

40. kemasukan ke dalam premis dengan waran geledah dan kuasa untuk menyita

Dalam tiap-tiap hal jika maklumat diberikan dengan bersumpah kepada seseorang Majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam tempat kerja atau tempat kediaman terdapat apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya yang telah digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasanya seseorang pegawai yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan mencari dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu. • Di dalam seksyen 40 dan seksyen 41, pegawai mestilah memahami perbezaan di antara memasuki premis dengan waran geledah s.40 dan tanpa waran geledah s.41. Waran ialah satu perintah yang membenarkan seseorang pegawai memasuki sesebuah premis tanpa kebenaran majikan atau penghuni dan seterusnya menggeledah atau menyita. • Untuk memasuki tempat kerja atau tempat kediaman dengan waran geledah, sesorang pegawai hendaklah mempunyai sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa sesuatu seperti loji, bahan dan lain-lain di dalam premis telah atau akan digunakan untuk melakukan satu kesalahan. Dalam hal ini, pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan boleh mempunyai sebab untuk mengesyaki jika terdapat aduan daripada jiran-jiran ataupun pekerja-pekerja. Kemudian, beliau hendaklah memberikan maklumat dengan bersumpah kepada Majistret bagi mendapatkan waran daripada Majistret untuk memasuki tempat kerja atau tempat kediaman. Pegawai mestilah menyediakan maklumat dengan bersumpah secara bertulis untuk ditandatangani oleh Majistret. Majistret hanya akan mengeluarkan waran berdasarkan maklumat yang mana beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa bukti kesalahan boleh di jumpai di tempat itu.

41. kemasukan ke dalam premis tanpa waran geledah dan kuasa untuk menyita

Jika seseorang pegawai berpuas hati berdasarkan maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya dalam tempat kerja atau tempat kediaman yang digunakan untuk melakukan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di JD118024 Tek 3 59 92207 1:03:34 PM 60 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tempat kerja atau tempat kediaman itu tanpa waran dan menyita atau mengelak artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya itu yang dijumpai dalamnya: Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak sedemikian atau mengalihkan mana- mana artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagian itu atau cuba berbuat demikian. • Seorang pegawai boleh memasuki sebuah premis tanpa waran geledah apabila beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa artikel, loji, bahan dll. yang mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan sebelum waran diperolehi. Pegawai juga boleh memasuki tanpa waran apabila beliau mempercayai bahawa kesalahan serius telah berlaku.

42. kuasa untuk masuk secara paksa dan penyampaian kepada penghuni salinan

bertandatangan senarai benda yang disita dari premis 1 Seseorang pegawai boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 40 atau 41, jika perlu untuk berbuat demikian— a memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja atau tempat kediaman dan memasukinya; b dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya; c dengan menggunakan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan d menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu digeledah. • Subseksyen ini bertujuan membenarkan kemasukan secara paksa oleh pegawai dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 40 atau 41. • Kuasa untuk masuk secara paksa ini boleh dilakukan apabila pegawai mempunyai waran sebagaimana yang disebut di dalam seksyen 40 atau apabila beliau mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa kesalahan di bawah Akta ini atau Peraturan- peraturan telah atau akan berlaku. • Di bawah perenggan 421d, pegawai-pegawai boleh menahan setiap orang yang ditemui di dalam tempat itu sehingga tempat itu selesai digeledah. Namun begitu, penahanan ini bukanlah satu tangkapan. • Kuasa penahanan hanya wujud semasa proses penggeledahan. 2 Pegawai yang menyita apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, loji, bahan, pepasangan atau bahagiannya di bawah seksyen 40 atau 41 hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, JD118024 Tek 3 60 92207 1:03:34 PM 61 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pengkhidmatnya yang berada di premis itu, dan jika premis itu tidak dihuni, pegawai itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita di premis itu.

43. peruntukan lanjut berhubungan dengan pemeriksaan