tafsiran Kata Pengantar Contoh Kata Pengantar - Makalah garispanduan2006bm

6 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai digantikan. • Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidakseragaman antara peruntukan Akta ini dan peraturannya dengan mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini dan peraturannya adalah mengatasi undang-undang lain. Contoh: • Di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Proses Asbestos 1986 dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Debu Mineral 1989, pengawasan perubatan perlu dilakukan setiap dua tahun tetapi di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000, pengawasan perubatan perlu dilakukan setahun sekali. Pendedahan yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Proses Asbestos 1986 dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Debu Mineral 1989 adalah berbeza daripada peruntukan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000. Dalam kes ini, peruntukan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000 adalah mengatasi. • Keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan adalah berbeza di antara Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967. Pada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap majikan hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja jika terdapat empat puluh atau lebih pekerja yang bekerja sebaliknya Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera Operasi Bangunan dan Kerja Kejuruteraan Binaan Keselamatan 1986 mengkehendaki lima puluh atau lebih pekerja. Dalam kes ini, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah mengatasi. • Dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, seorang majikan hendaklah memaklumkan sebarang kemalangan yang berlaku atau mungkin berlaku di tempat kerja sebaliknya dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, sebarang kemalangan mesti dimaklumkan sekiranya kemalangan itu menghalang seseorang dari mengikuti pekerjaannya secara biasa selama lebih daripada empat hari. Bagaimanapun apabila satu kemalangan terjadi dan cuti sakit kurang daripada 4 hari diberikan, ia masih perlu dilaporkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

3. tafsiran

1 Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bahan” ertinya apa-apa bahan semula jadi atau buatan, sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya; • Contoh bahan termasuk bahan semulajadi seperti bakteria, virus, kulat dan bahan kimia seperti plumbum, merkuri dan arsenik. Bahan tiruan termasuk DDT dan asid hidroklorik. Contohnya bahan seperti plumbum boleh wujud dalam bentuk pepejal jongkong plumbum, cecair plumbum cair dan bentuk wap wap plumbum. “bahan bagi kegunaan semasa bekerja” ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-orang semasa bekerja; JD118024 Tek 2 6 92207 12:59:56 PM 7 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 “boleh dipraktikkan” ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira— a. teruknya bahaya atau risiko yang terlibat; b. keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; c. ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; dan d. kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan; “industri” ertinya perkhidmatan awam, pihak-pihak berkuasa berkanun atau mana-mana aktiviti ekonomi yang disenaraikan dalam Jadual Pertama; “kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu Negeri atau kerajaan tempatan; “kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959 Akta 262; “kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja dan termasuklah suatu kontrak perantisan; • Kontrak perkhidmatan ialah kontrak di antara dua pihak di mana seorang itu bersetuju untuk menggaji seorang yang lain sebagai pekerja untuk memberikan perkhidmatan atau kerja atau operasi. Kontrak perkhidmatan tidak semestinya berbentuk tulisan untuk dikuatkuasakan, tetapi ia adalah lebih mudah untuk membuktikan perjanjian yang dipersetujui sekiranya wujud bukti bertulis. Hubungan antara majikan dan pekerja wujud. Rujuk kes Ready Mixed Concrete South East Ltd. v. Minister of Pensions and National Insurance [1968] 2 QB 497 ms79 dalam Lampiran. Sila rujuk Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. “loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan, disambungkan atau diperlengkapkan padanya; “majikan” ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya; • Majikan di bawah Akta Kerja 1955 bermakna seseorang yang telah memasuki kontrak perkhidmatan untuk menggaji orang lain sebagai pekerja. • Seseorang majikan termasuk majikan langsung atau majikan utama atau kedua- duanya. “majikan langsung”, berhubungan dengan pekerja yang diambil khidmat oleh atau melaluinya, ertinya seseorang yang telah mengakujanji untuk melaksanakan, di tempat kerja di mana JD118024 Tek 2 7 92207 12:59:56 PM 8 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 majikan utama menjalankan perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencariannya di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya, kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian majikan utama itu atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud mana-mana perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian itu dan termasuklah seseorang yang olehnya perkhidmatan seseorang pekerja yang telah membuat kontrak perkhidmatan dengannya dipinjamkan atau disewakan untuk sementara kepada majikan utama; • Contoh seseorang majikan langsung di dalam sektor swasta termasuk kontraktor pekerja dalam tempat kerja. Dalam sektor awam, ketua jabatan dalam jabatan kerajaan atau badan berkanun, bergantung kepada fakta setiap kes boleh di anggap sebagai majikan langsung. “majikan utama” ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan dan termasuklah— a. pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja; b. penghuni sesuatu tempat kerja; c. wakil di sisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia; dan d. Mana-mana kerajaan di Malaysia, jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun; • Majikan utama bermaksud pemilik industri atau orang yang mana pekerja telah memasuki kontrak perkhidmatan dengannya. • Majikan utama termasuk pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab atas pembayaran gaji atau upah kepada pekerja. Agen adalah seorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak seseorang lain di dalam menjalankan perniagaan dll. Di dalam sektor awam, kerajaan Malaysia adalah boleh di anggap sebagai majikan utama. “Majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8; “orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau ganjaran selain daripada di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil kerja orang lain; • Contoh orang yang bekerja sendiri termasuklah penjaja, tukang masak dalam restorannya sendiri, mekanik dalam bengkelnya sendiri dan pengamal perubatan yang berdaftar yang mengusahakan klinik sendiri. “pegawai” ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 52 dan termasuklah Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; JD118024 Tek 2 8 92207 12:59:57 PM 9 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 “pekerja” ertinya seseorang yang diambil kerja dengan diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang baginya Akta ini terpakai dan— a yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa kerja industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi atau yang berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu di tempat kerja atau di tempat lain; b yang diambil kerja oleh atau melalui seseorang majikan langsung di tempat kerja industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya mengenai kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri itu, atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud industri itu: atau c yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan; • Para pekerja adalah buruh yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama atau melalui seseorang majikan langsung di tempat kerja atau perkhidmatan yang disewakan di bawah kontrak perkhidmatan. • Berkenaan dengan para pelatih, “Health and Safety at Work Act 1974” UK melalui “The Health and Safety Training for Employment Regulations 1990” telah menyatakan seorang pelatih adalah dianggap sebagai pekerja. Di Malaysia perantis adalah dianggap sebagai pekerja. Tiada kenyataan dibuat berhubung dengan pelatih. Oleh itu pelatih boleh dianggap sebagai orang lain di tempat kerja. “pembekalan”, berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain; “penghuni”, berhubungan dengan tempat kerja, ertinya seseorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja; “premis” termasuklah— a mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan; b mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara; c apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atas mana-mana air; dan d mana-mana khemah atau struktur boleh alih; “setiausaha” ertinya setiausaha yang dilantik di bawah subseksyen 121; “tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan. JD118024 Tek 2 9 92207 12:59:57 PM 10 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Untuk mentakrifkan tempat kerja bagi pekerja adalah penting untuk merujuk kepada premis yang kebiasaannya menjadi tempat kerja kepada pekerja, contohnya: • Posmen–pejabat pos, motosikal dan pejabat atau rumah di mana surat dihantarkan. • Pemandu teksi - stesen teksi, perhentian teksi, teksi. • Budak penghantar pizza- restoran pizza, motosikal, rumah atau pejabat pelanggan. • Pembaca meter- kenderaan, rumah atau pejabat. • Jalan yang digunakan untuk perjalanan pekerja juga termasuk sebagai tempat kerja. 2 Bagi maksud Akta ini, risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaitan dengan cara suatu pengusahaan dijalankan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana- mana bahagiannya. 3 Bagi maksud Akta ini— a “kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri; b seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya tetapi tidak selainnya; dan c orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang ditumpukannya kepada kerja sebagai seorang yang bekerja sendiri.

4. tujuan akta