pengawasan perubatan Kata Pengantar Contoh Kata Pengantar - Makalah garispanduan2006bm

39 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Bahagian Vii organisasi keseLamatan dan kesihatan

28. pengawasan perubatan

1 Jika Menteri mendapati bahawa dalam mana-mana industri atau kelas atau jenis industri— a kes-kes penyakit telah terjadi yang dia mempunyai sebab untuk percaya mungkin disebabkan oleh jenis proses atau keadaan lain kerja; b oleh sebab perubahan dalam mana-mana proses atau dalam bahan yang digunakan dalam mana-mana proses atau, oleh sebab pengenalan apa-apa proses baru atau bahan baru bagi kegunaan dalam sesuatu proses, mungkin terdapat risiko kecederaan kepada kesihatan orang-orang yang diambil kerja dalam proses itu; c orang-orang di bawah umur enam belas tahun yang diambil kerja atau yang akan diambil kerja dalam kerja yang boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada kesihatan mereka; atau d mungkin terdapat risiko kecederaan kepada kesihatan orang-orang yang diambil kerja dalam mana-mana pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, atau daripada apa-apa bahan atau benda yang dibawa ke industri itu untuk digunakan atau dikendalikan dalamnya atau daripada apa-apa perubahan keadaan dalam industri itu, dia boleh membuat peraturan-peraturan menghendaki supaya perkiraan munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu dibuat bagi pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, tidak termasuk rawatan perubatan yang bersifat pencegahan, orang-orang atau mana-mana golongan orang yang diambil kerja dalam industri atau kelas atau jenis industri itu. Jadual Ketiga Pekerjaan yang Melibatkan Risiko Khusus kepada Kesihatan 1. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pengendalian, atau pendedahan kepada, wasap, habuk atau wap silika, asbestos, habuk kapas mentah, plumbum, merkuri, arsenik, fosforus, karbon bisulphida, benzene, fosfat organik, wasap nitrus, kadmium, berilium atau racun makhluk perosak. 2. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pengendalian, atau pendedahan kepada, tar, gegala, bitumen, minyak mineral termasuklah paraffin, asid kromat, kromat atau bikromat ammonia, kalium, zink atau natrium. 3. Apa-apa pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada sinar-x, partikel mengion, radium atau bahan radioaktif lain atau bentuk-bentuk lain tenaga sinaran. 4. Apa-apa pekerjaan atau proses yang dijalankan dalam udara termampat. JD118024 Tek 3 39 92207 1:03:32 PM 40 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 • Di bawah seksyen ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan bagi orang dari mana-mana kelas atau jenis industri. Beliau boleh berbuat demikian apabila salah satu daripada keadaan yang disenaraikan di atas berlaku. • Pengawasan perubatan bermaksud pemantauan terhadap orang-orang bagi tujuan mengenalpasti perubahan dalam status kesihatan yang disebabkan oleh pendedahan pekerjaan kepada bahan kimia dan bahan-bahan lain yang berbahaya kepada kesihatan. Ia merupakan komponen bagi pengawasan kesihatan. • Garispanduan bagi pengawasan perubatan telah dibentuk di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000 sebagai panduan dan menerangkan tentang kandungan dan kekerapan pengawasan perubatan yang perlu dijalankan. Kewajipan Doktor Kesihatan Pekerjaan, majikan dan pekerja turut dinyatakan dalam garispanduan itu. • Di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000, pengawasan kesihatan yang dilakukan termasuklah pengawasan perubatan yang dijalankan oleh doktor kesihatan pekerjaan. • Komponen dalam program pengawasan perubatan termasuk: a Pemeriksaan perubatan sebelum pengambilan dan sebelum penempatan kerja. b Pemantauan biologi dan pemantauan kesan biologi. c Pemantauan kesan kesihatan. d Penyiasatan penyakit dan keracunan pekerjaan termasuk pemeriksaan tempat kerja. e Pemberitahuan mengenai penyakit dan keracunan pekerjaan. f Membantu dalam penilaian ketidakupayaan. g Pemeriksaan kembali kerja selepas ‘medical removal protection’ h Penyimpanan laporan dan pemantauan. • Kes Wright v. Dunlop Rubber Co. [1972] 13 KIR 255 ms87 yang diterangkan dalam Lampiran menjelaskan kewajipan untuk menyediakan pengawasan kesihatan. 2 Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghendaki pengawasan perubatan dijalankan oleh orang-orang yang didaftarkan dengan Ketua Pengarah, dan boleh menetapkan kelayakan dan syarat lain yang hendaklah dipenuhi untuk didaftarkan bagi maksud seksyen ini. • Seksyen ini menyatakan bahawa peraturan boleh dibuat bergantung kepada orang-orang yang menjalankan pengawasan perubatan. Di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000, pengawasan perubatan akan dijalankan oleh doktor-doktor yang telah menerima latihan dalam Kesihatan Pekerjaan dan didaftarkan oleh Ketua Pengarah. JD118024 Tek 3 40 92207 1:03:32 PM 41 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 3 Seseorang majikan yang melanggar peruntukan seksyen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

29. pegawai keselamatan dan kesihatan