PENDAHULUAN A. KEBIJAKAN MONETER DALAM ISLAM A. PENUTUP A. Pada bab ini, penulis memulai dengan pendahuluan yang terdiri dari: Dalam bab ini, penulis menjelaskan tinjauan umum tentang kebijakan Pada bagian ini, penulis membahas sekil

DAFTAR ISI KATA PENGATAR i DAFTAR ISI vi DAFTAR TABEL viii

BAB I PENDAHULUAN A.

Latar Belakang Masalah 1 B. Pembatasan dan Perumusan Masalah 6 C. Tujuan Penelitian dan Manfaat Penelitian 7 D. Review Studi Terdahulu 8 E. Metode Penelitian 9 F. Sistematika Penulisan 10

BAB II KEBIJAKAN MONETER DALAM ISLAM A.

Pengertian Kebijakan Moneter Dalam Islam 13 B. Macam-macam Kebijakan Moneter Dalam Islam 20 C. Fungsi dan Tujuan Kebijakan Moneter Dalam Islam 23 D. Instrumen Kebijakan Moneter Dalam Islam 28 BAB III EKSISTENSI DAN KEBIJAKAN EKONOMI MAHATHIR MOHAMAD DALAM PEMERINTAHAN MALAYSIA TAHUN 1997-1998 A. Sosiologi Ekonomi Politik di Malaysia 44 B. Biografi Mahathir Mohamad 46 C. Kondisi Ekonomi Malaysia Pada Masa Pemerintahan Mahathir Mohamad 53 D. Strategi Mahathir Mohamad dalam Mengatasi Krisis Ekonomi Malaysia 67 E. Analisis Terhadap Kebijakan Mahathir Mohamad 86

BAB IV PENUTUP A.

Kesimpulan 101

B. Saran-saran

102 DAFTAR PUSTAKA 104 DAFTAR TABEL 1. Tabel 1 Angka Pertumbuhan GDP Negara-negara ASEAN 1991-1996 58 2. Tabel 2 Pertumbuhan KDNK Benar 1996-2005 74 3. Tabel 3 Nilai Tukar RM AS Januari 1996-Desember 2000 76 4. Tabel 4 Kebijakan Mahathir Dalam Mengatasi Krisis Moneter 78

BAB I PENDAHULUAN

A. Latar Belakang Masalah Sebelum krisis ekonomi melanda, negara-negara Asia Timur, negara-negara seperti Korea, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Taiwan, Singapura dan Thailand telah dikagumi oleh negara luar kerana pencapaian ekonomi mereka dari segi pertumbuhan pesat, inflasi yang rendah, kestabilan makro ekonomi dan kekuatan kedudukan fiskal, kadar simpanan yang tinggi, keterbukaan ekonomi serta perkembangan sektor pengeksportan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berkekalan itu telah menyebabkan pencapaian kualitas hidup yang mengkagumkan. Selama lebih tiga dekade, sebagian besar Asia Timur menjadi model pembangunan ekonomi yang ingin dicapai oleh negara- negara membangun. Pendapatan per kapita meningkat secara keseluruhan antara empat hingga enam peratus setahun dalam tiga dekade yang lalu. Hal ini adalah tiga kali ganda berbanding Amerika Selatan dan Asia Selatan dan lima kali ganda berbanding Afrika. 1 Isu krisis ekonomi menjadi perbualan hangat yang sering diperkatakan umum sejak isu itu melanda rantau Asia pada pertengahan tahun 1997. Krisis ekonomi ini dikatakan telah mendatangkan pelbagai implikasi buruk ke atas negara-negara Asia, tidak terkecuali Malaysia. Walaupun ekonomi Malaysia sebelum ini tersenarai diantara ekonomi dunia yang paling aktif dan berdaya saing, serta mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh, namun Malaysia tidak terlepas daripada menerima padah kemelesetan ekonomi serantau. 1 Nor Aini Haji Idris,dkk, Kegawatan Ekonomi Impak Terhadap Golongan Berpendapatan Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, h. 11 Krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada bulan Juli 1997 didorong oleh beberapa faktor yang menyebabkan Malaysia mengalami tekanan yang amat berat sekali. Krisis ekonomi ini amat berkait rapat dengan kejatuhan nilai mata uang. Walaupun Malaysia diakui oleh banyak pakar ekonomi termasuk dari Barat, mempunyai asas ekonomi yang kukuh, namun kekukuhan itu masih belum cukup untuk menjamin negara ini terlepas dengan masalah besar yang dihadapi oleh semua negara ASEAN, yaitu kejatuhan nilai mata uang yang melampau. Pada umumnya, punca sebenar krisis ekonomi ini masih belum dapat kenal pasti. Namun begitu, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan bahwa krisis ekonomi ini berlaku akibat daripada kelemahan sistem keuangan dan dasar perekonomian negara itu sendiri dan juga faktor luaran. 2 Jelas bahwa pemicu utama terjadinya krisis ekonomi adalah krisis di sektor moneter. Kekacauan di sektor ini mengakibatkan kekacauan disektor riil produksi, perdagangan dan jasa. Harga-harga barang dan jasa naik bukan karena hukum permintaan dan penawaran, tetapi karena suku bunga perbankan naik, juga karena terjadinya depresiasi Ringgit yang melewati batas kewajaran. Salah satu kebijakan pemerintah Malaysia adalah dengan mengambil tindakan awal untuk memulihkan krisis ekonomi ialah dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara MTEN yang bertanggungjawab menyediakan Perencanaan Pemulihan Ekonomi Negara PPEN. Selain daripada matlamat menstabilkan nilai Ringgit, memulihkan keyakinan pasar, mengekalkan kestabilan pasar uang, 2 Ibid., h. 67 mengukuhkan asas ekonomi dan pemulihan sektor-sektor yang terjejas, sasaran PPEN adalah meneruskan agenda ekuiti dan sosioekonomi 3 . Di Malaysia usaha memartabatkan perbankan Islam menunjukkan kejayaan yang terbatas. Ia dimulai dengan penggubalan Akta Perbankan Islam 1983 yang menubuhkan bank Islam hinggalah kepada beberapa pindaan akta-akta berkaitan bagi membolehkan bank-bank konvensional turut membuka kaunter yang menawarkan jasa perbankan dan keuangan Islam. Di samping itu, pelbagai kemudahan sokongan kepada industri perbankan Islam turut diperkenalkan seperti penubuhan perusahaan takaful dan mewujudkan pasaran modal Islam. Krisis ekonomi dan keuangan yang melanda negara- negara Asia semenjak tahun 1997 telah membuka jalan kearah peluang memperkenal dan memperluaskan sistem ekonomi Islam dengan lebih berkesan. Ini karena masyarakat dunia kiat mencari alternatif baru bagi menangani krisis yang berpontensi mencetuskan krisis baru yang lebih parah yaitu kemelesetan ekonomi sedunia, sekiranya masalah masa kini tidak di atasi secara global. 4 Dalam konteks keresahan inilah sebarang alternatif baru itu akan menerima perhatian yang kritis dan sokongan sekiranya terbukti berkesan. Dan sekiranya ekonomi Islam itu ditonjolkan secara ilmiah dan pragmatik, maka tidak mungkin ia akan diabaikan oleh mereka yang rasional lagi profesional. Penyusunan ekonomi juga bermakna bagaimana manusia itu menyelesaikan masalah asas ekonomi berpandukan 3 Berita Harian Online, Pelan Pemulihan Diumumkan, artikel diakses pada 08 April 2008 dari http:161.139.39.251akhbareconomic.conditions1998bh98724.htm 4 Nik Mustapha Nik Hassan, Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia Kuala Lumpur: IKIM, 2002, h. 18 nilai-nilai yang mereka percayai. Nilai-nilai ini menentukan sama ada penysunan ekonomi itu berupaya menepati sasaran pembangunan ekonomi. 5 Malaysia di bawah kepemimpinan Mahathir Mohamad telah memacu ke tahap sebuah negara perindustrian maju menjelang tahun 2020, sebuah negara Islam contoh, sederhana tetapi dan progresif yang menjadi rujukan kepada negara-negara Islam lain. Keadaan itu berlaku karena sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya keadaan politik adalah stabil, sistem pendidikan yang mantap, ekonomi yang berkembang pesat, perpaduan kaum yang utuh manakala hutang luar negara pula tidaklah sampai membebankan negara. 6 Malaysia telah mencapai kemajuan pesat setanding dengan negara maju Barat hasil pandangan jauh, kebijaksanaan dan kemampuan Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Pencapaian dan kemajuan ini adalah natijah daripada sains atau ilmu ketamadunan yang diperkenal dan dilaksanakan di dalam pemerintahan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sepanjang pemerintahan beliau. Salah satu ide atau pandangan beliau dalam mengatasi krisis ekonomi adalah dengan mencadangkan supaya dinar Islam yang diperbuat daripada emas dan bukannya kertas, digunakan sebagai mata uang umat Islam di seluruh dunia. Di samping itu ia juga membuka pintu penyelesaian kepada kemelut umat Islam yang sudah terlalu lama bergumpal dan bergelumang dengan riba, terutamanya dalam hal-hal berkaitan keuangan dan perniagaan. 5 Ibid., h. 19 6 Mohd. Shah Abdullah, Mahathir ibarat Ibnu Khaldun, artikel diakses pada 03 April 2008 dari http: mohdshahabdullah.blog.com MAHATHIR +IBARAT+IBNU+KHALDUN Beliau juga melihat, untuk melindungi diri daripada menjadi ratahan globalisasi, umat Islam memerlukan pasaran yang menggunakan satu mata uang untuk memanfaatkan kekayaan yang dianugerahi kepada wilayah-wilayah Islam. Lebih penting lagi, pelaksanaan penggunaan dinar Islam itu dengan sendirinya akan mewujudkan blok perdagangan Islam yang pastinya mencetuskan kerangka baru pasaran Islam dan keuangan Islam di peringkat dunia. 7 Dalam skripsi ini dibahas komparasi kebijakan Mahathir Mohamad dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia dan pandangan beliau terhadap ekonomi Islam. Kefahaman beliau mengenai kepentingan mata uang dan sistem ekonomi dunia sudah pun mekar dalam minda dan hatinya sejak awal tahun 1980-an lagi dan tentunya krisis mata uang Asia 1997 menjadi pemangkin kepada kebenaran kefahaman beliau. Bedasarkan pertimbangan, penulis merasa sangat perlu untuk membahas komparasi kebijakan Mahathir Mohamad tentang kebijakannya dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia 1997-1998 dalam persepktif ekonomi Islam. Pembahasan ini dituangkan dalam sebuah skripsi yang berjudul : “Kebijakan Moneter Dalam Ekonomi Islam Analisis Kebijakan Moneter Mahathir Mohamad Dalam Mengatasi Krisis Ekonomi Malaysia Tahun 1997-1998”.

B. Pembatasan dan Perumusan Masalah 1. Pembatasan Masalah

7 Khalid Noorshah, Dinar Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif, artikel diakses pada 03 April 2008 dari http: www.usm.mydinararticleGDRG20Dinar20Islam.htm Skripsi ini membahas tentang kebijakan ekonomi Mahathir Mohamad dalam mengatasi krisis ekonomi yang melanda Malaysia, karena luasnya masalah krisis ekonomi ini maka penulis membatasi pembahasan pada kebijakan moneter Mahathir Mohamad dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998.

2. Perumusan Masalah

Dalam uraian latar belakang dan pembatasan masalah tersebut, maka yang dikaji penulis dalam skripsi ini dirumuskan dalam pertanyaan sebagai berikut : 1. Bagaimana konsep kebijakan moneter dalam Islam ? 2. Bagaimana kebijakan moneter yang digunakan Mahathir dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998 ? 3. Bagaimana kesesuaian kebijakan moneter Mahathir dengan konsep kebijakan moneter dalam Islam ?

C. Tujuan dan Manfaat Penelitian 1. Tujuan Penelitian :

a Untuk mengetahui sambil meneliti dan mengkaji kebijakan Mahathir Mohamad dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia terutama dalam perspektif ekonomi Islam. b Menganalisa dan mencari tahu bagaimana strategi atau sistem yang digunakan dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia. c Untuk mengetahui perkembangan ekonomi Islam di Malaysia pada saat ini.

2. Manfaat Penelitian :

a Idelogi dan pemikiran Mahathir Mohamad dalam ekonomi Islam boleh dikatakan satu tindakan yang brilian dalam menyatupadukan seluruh umat Islam dan menangani krisis keuangan yang dicetuskan oleh para “perampok mata uang”. b Agar dapat memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang kebijakan pemerintah dalam mengatasi jatuh bangunnya ekonomi di Malaysia demi kemajuan serta membangun negara. c Manfaat penelitian ini diharapkan menjadi salah satu solusi terhadap permasalahan moneter di Malaysia, selain itu sebagai salah satu sarana sosialisasi sistem ekonomi Islam kepada masyarakat luas d Dalam tatanan praktis, penulis mengharapkan agar dapat menambah referensi atau pengetahuan bagi para mahasiswa syariah dan seluruh umat Islam di Indonesia dan Malaysia

D. Review Studi terdahulu

Berikut berapa anotasi dari beberapa Skripsi yang terkait dengan tema penulis yang didapatkan dari Perpustakaan Fakultas Syariah dan Hukum Universitas Islam Negeri UIN Syarif Hidayatullah Jakarta: 1. Penelitian pertama adalah penelitian yang dilakukan oleh Cepi Cahyana Mahasiswa Perbankan Syariah UIN yang berjudul Arah Kebijakan Moneter Sebelum Reshufle Kabinet Indonesia Bersatu. Penelitian yang dilaksanakan pada tahun 2006 ini fokus pada penjelasan mengenai cara mencapai tujuan strategis komprehensif negara selain dari berusaha mencapai distribusi dan kesejahteraan yang wajar. Dari sisi metode penelitian, penelitian yang dilakukan Cepi Cahayana menggunakan kajian kepustakaan Penelitian yang dibuat oleh Cepi Cahayana jelas berbeda dengan penelitian yang penulis bahas. Perbedaan tersebut terletak salah satunya pada objek penelitian. Objek penelitian penulis adalah pemikiran kebijakan Moneter Mahathir Mohamad Dalam Mengatasi Krsisi Ekonomi Malaysia. 2. Penelitian kedua adalah penelitian yang dilakukan oleh Jalalluddin Mahasiswa Perbankan Syariah UIN yang berjudul Dinar dan Dirham; Mengasas Standarisasi Sistem Moneter Negara Islam. Penelitian yang dilaksanakan pada tahun 2003 ini mempunyai berfokus pada penjelasan mengenai konsep uang dalam Islam, standar mata uang universal yang layak menurut Islam. Dari sisi metode penelitian, penelitian yang dilakukan Jalalluddin menggunakan kajian kepustakaan. Penelitian yang dibuat oleh Jalalluddin jelas berbeda dengan penelitian yang penulis bahas. Perbedaan tersebut terletak pada salah satunya objek penelitian. Objek penelitian penulis adalah pemikiran Mahathir Mohamad tetapi yang dibahas adalah dinar dan dirham, namun konsep uang yang diutarakan bisa membantu penulis sebagai salah satu sumber data. 3. Penelitian ketiga adalah penelitian yang dilakukan oleh Wina Tresa Rahayu Mahasiswa Perbankan Syariah UIN yang berjudul Otoritas Moneter Masa Abbasiyah Kajian Pemikiran Moneter Ibnu Khaldun . Penelitian yang dilaksanakan pada tahun 2002 ini fokus pada masa peralihan khalifah Abbasiyah kekuasaan Dinasti Moghul dengan merujuk pada pemikiran Ibnu Khaldun. Dari sisi metode penelitian, penelitian yang dilakukan adalah dengan kajian kepustakaan. Penelitian yang dibuat oleh Wina jelas berbeda dengan penelitian yang penulis bahas. Perbedaan tersebut terletak pada salah satunya objek penelitian. Objek penelitian penulis adalah kebijakan Mahathir Mohamad dalam Mengatasi Krisis Ekonomi Malaysia.

E. Metode Penelitian

Untuk menyelesaikan penelitian ini, maka penulis menggunakan metode-metode berikut:

1. Penentuan Jenis Data

Dalam penelitian ini data yang diteliti adalah data yang berhubungan dengan topik, yaitu mengenai kebijakan moneter dalam ekonomi Islam serta pandangan dan kebijakan Mahathir Mohamad dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia tahun 1997- 1998.

2. Sumber Data

Sumber sekunder, adapun alasannya karena ada kesulitan dalam memperoleh data langsung dari sumber primer yaitu Mahathir Mohamad sendiri.

3. Pengumpulan Data

Skripsi ini berupa penelitian kepustakaan library research dengan data dan cara analisa kualitatif, cara mendeskripsikan dan menganalisa objek penelitian, yaitu membaca dan menelaah berbagai sumber yang berkaitan dengan topik, untuk kemudian dilakukan analisa dan akhirnya mengambil kesimpulan yang akan dituangkan dalam bentuk laporan tertulis. Pendekatan yang digunakan dalam penelitian ini adalah pendekatan kualitatif, karena dalam penelitian ini akan menemukan sebuah pandangan atau idelogi yang mana itu akan menjadi sebuah kebijakan pemerintah Malaysia dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia. Teknik pengumpulan data melalui studi pustaka dan melayari internet di web site-web site yaitu dengan cara menelusuri karya-karya Mahathir Mohamad dan karya-karya lain yang menceritakan tentang Mahathir Mohamad yang berkaitan dengan pandangan beliau dan strategi beliau semasa memerintah Malaysia. Selain itu, penulis juga membuat studi lapangan dengan mewawancara terhadap dosen dan pakar ekonomi yang kompeten.

F. Sistematika Pembahasan

Untuk lebih memudahkan penulisan dalam pembahasan skripsi ini, maka penulis menuangkannya dalam sistematika penulisan sebagai berikut:

BAB I Pada bab ini, penulis memulai dengan pendahuluan yang terdiri dari:

Latar Belakang Masalah, Perumusan dan Pembatasan Masalah, Tujuan Penelitian dan Manfaat Penelitian, Langkah-langkah atau Metode Penelitian, dan Sistematika Pembahasan.

BAB II Dalam bab ini, penulis menjelaskan tinjauan umum tentang kebijakan

moneter yang terdiri dari: pengertian kebijakan moneter, macam-macam kebijakan moneter, fungsi kebijakan moneter, instrument kebijakan moneter dan kebijakan moneter dalam perspektif ekonomi Islam.

BAB III Pada bagian ini, penulis membahas sekilas tentang eksestensi Mahathir

Mohamad dalam pemerintahan Malaysia. Selain itu, akan dikupas juga secara singkat tentang biografi Mahathir Mohamad. Bab ini juga akan membahas tentang kondisi ekonomi Malaysia sepanjang pemerintahan beliau. Di dalam bab ini juga, penulis membahas kebijakan moneter dalam ekonomi Islam; Mahathir Mohamad dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia tahun 1997-1998 yang mana akan dibahas tentang strategi beliau dalam mengatasi krisis ekonomi Malaysia, apakah pandangan serta idelogi beliau dalam ekonomi Islam, keunggulan dan kelemahan dalam pemerintahan beliau. Analisa penulis dalam bab ini juga akan membahas tentang strategi tersebut sama ada cocok atau tidak dengan sistem ekonomi Malaysia.

BAB IV Pada bab terakhir ini, penulis menarik suatu kesimpulan yang merupakan