Karir Politik BIOGRAFI MAHATHIR MOHAMAD 1. Latar Belakang Mahathir

rawatan langsung ke rumah pasiennya. 64 Pada masa inilah beliau dikenali sebagai Dr. Mahathir. 65

3. Karir Politik

Keikutsertaan Mahatir dalam politik bermula ketika usianya seawal 20-an. Ini jelas karena beliau telah banyak memberi sumbangan dalam Persatuan Melayu Kedah PMK. Selain aktif dalam PMK, beliau juga aktif dalam Kesatuan Pemuda Malaysia, negara bagian Kedah sementara penglibatan dalam UMNO bermula sejak ia didirikan pada tahun 1946. 66 Beliau kembali aktif dalam politik selepas meninggalkan pekerjaan sebagai Dokter di rumah sakit pemerintah dan membuka klinik sendiri. Pada awal penglibatannya itu, beliau dengan berani menyalahkan kepimpinan UMNO ke atas taraf hidup masyarakat Melayu sehingga membawa kepada peristiwa rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969. Beliau merasakan suatu dasar diskriminasi positif perkauman adalah perlu untuk mewujudakan keseimbangan ekonomi antara pelbagai kaum dan dasar ini ternyata menjadi pusat tumpuan kepimpinan beliau kemudiannya. 67 18 Hajrudin Somun, Mahathir The Secret of the Malaysian Success Selangor: Pelanduk Publications, 2003, h. 49 19 Mohamed Yusri Mohamed Yong, Mahathir Bin Mohamad, artikel diakses pada 3 April 2008 dari http:www.geocities.comtokoh_agungTokohPMMahathirbinMohammad.htm 20 Sivamurugan, Legasi Mahathir, h. 25 67 Sivamurugan, Legasi Mahathir, h. 26 Mahathir juga dikenali sebagai Young Turk 68 telah menulis surat bertanggalkan 17 Juni 1969 kepada Tunku Abdul Rahman bertujuan untuk menyatakan perasaan kekecewaa beliau serta sekelompok anggota UMNO ke atas dasar serta kegagalan Tunku memperbaiki taraf hidup masyarakat Melayu. Beliau mengkritik ide keharmonian kaum yang memberi keuntungan dan kepentingan kepada masyarakat Cina. Beliau juga kurang senang dengan kelantangan orang Cina dan kelembutan Tunku dalam soal bahasa dan bilangan orang Cina dalam jabatan pemerintah. 69 Walaupun surat tersebut adalah maklumat pribadi, namun ia telah sampai ke tangan wartawan sehingga menjadi satu dokumen terbuka. Ini menyebabkan pemimpin UMNO tidak mempunyai pilihan melainkan memecat beliau daripada anggota UMNO. Pemecatan Mahathir mungkin bertujuan untuk meyakinkan masyarakat bukan Melayu bahwa golongan ekstremis yang dirujuk pada Mahathir, akan dihukum, tetapi ia kurang meyakinkan orang Melayu sendiri mengenai keupayaan partai UMNO untuk mempertahankan hak-hak mereka. Mahathir juga mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bahasa Melayu Unversitas Malaya PBMUM sehari sebelum beliau dipecat dan satu memorundum bersama hampir 1600 tanda tangan meminta Tunku turun dari jabatannya telah diserahkan kepada Mahathir dalam perhimpunan di Auditorium Fakultas Pendidikan Universitas Malaya itu. Persoalan juga timbul yaitu apakah Mahathir akan menulis surat sedemikian rupa jika beliau berjaya mempertahankan kursi 68 “Young Turk” dirujuk kepada golongan yang menentang atau tidak sependapat dengan pemerintah, coba mendapatkan kuasa dalam partai atau sekurang-kurangnya dukungan dan biasanya dirujuk kepada pemimpin yang muda dalam partai atau suatu badan organisasi. 69 Sivamurugan, Legasi Mahathir, h. 27 Parlemen beliau. Apa yang menarik di sini adalah kekalahan dalam PEMILU 1969 itu rupanya telah membolehkan beliau menjadi wira masyarakat Melayu dan partai Melayu; sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. 70 Mahathir tidak membuat sebarang permohonan untuk menyertai semula UMNO ketika itu. Ketika berada dalam buangan inilah beliau menulis buku The Malay Dilemma yang telah diharamkan pengeluarannya di Malaysia karena didapati mengkritik Tunku Abdul Rahman dan dasar pemerintahan Malaysia walaupun ada yang beranggapan ia diharamkan karena pandangan yang terlalu ekstrem ke atas orang Melayu. 71 Selepas Tunku pensiun dan melantik Tun Razak sebagai Perdana Menteri, beberapa usaha telah dibuat untuk membawa semula Mahathir ke dalam UMNO. Desakan dan jaminan bahwa beliau bebas bergerak menyebabkan beliau bersetuju untuk kembali aktif dalam UMNO dan telah dilantik menjadi Anggota Majelis Tertinggi UMNO pada tahun 1972. Pada tahun 1974 pula, beliau kembali bertanding dalam PEMILU dan seterusnya dipilih sebagai Menteri Pendidikan. 72 Penampilan beliau yang menonjol pada waktu itu membolehkan beliau turut terpilih sebagai salah seorang Wakil Presiden UMNO dalam pemilihan pada tahun 1975. Pada waktu itu Tun Razak semakin uzur dan meninggal dunia pada tahun 1976. Tun Hussein telah memilih Mahathir sebagai Wakil Perdana Menteri yang baru setelah Tun Hussein menjadi Perdana Menteri yang ketiga. Pemilihan itu mendapat perhatian banyak 70 Ibid. 71 Ibid. 72 Ibid. pihak karena beliau dilihat sebagai tokoh kontroversial memandangkan tindakan beliau ke atas guru-guru dan pergerakan mahasiswa pada waktu yang sama beliau sudah dilabel sebagai ultra atau ekstremis oleh masyarakat bukan Melayu. Karisma kepimpinan Mahathir telah menonjol selari dengan jabatan yang dipegang apalagi Tun Hussein juga mengidap sakit jantung. Operasi yang dibuat serta keadaan beliau yang tidak stabil menyebabkan beliau membuat keputusan melepaskan jabatan sebagai Perdana Menteri dan Mahathir telah ditunjuk untuk meneruskan pemerintahan Malaysia mulai 16 Juli 1981, ketika berusia 55 tahun, yaitu Perdana Menteri yang keempat Malaysia.

C. KONDISI EKONOMI MALAYSIA PADA MASA PEMERINTAHAN MAHATHIR MOHAMAD