Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Seseorang Itu Merokok

jenis iaitu filter dan non-filter. Kebanyakkan rokok non-filter adalah merupakan rokok jenis kretek manakala rokok filter boleh didapati dalam dua kemasan iaitu kretek dan rokok putih Mulyaningsih, T.R., 2009. Filter terletak pada ujung pangkal rokok yang diperbuat daripada gabus. Rokok yang mempunyai gabus diujung pangkalnya disebut rokok filter Faslah, F. et al., 2012. Menurut Faslah, F.et al. dengan penggunaan rokok filter, ini dapat menapis asap rokok yang dihisap manakala rokok non-filter tidak dapat menapis kandungan zat-zat kimia dan karsinogenik yang berbahaya yang terdapat dalam asap rokok. Rokok kretek atau lebih dikenali umum dengan panggilan ‘kretek’ merupakan rokok yang paling popular dikalangan perokok aktif di Indonesia. Rokok kretek ini mengandungi zat-zat aktif lain yang terbukti dapat membahayakan kesehatan Tirtosastro. S., dan Murdiyati. A. S., 2010. Zat-zat yang terkandung dalam rokok seperti di pengetahuan umum itu adalah tembakau, tar, nicotine dan bahan adatif lainnya. Produksi rokok di Indonesia itu terbagi atas dua jenis rokok yaitu rokok putih dan rokok kretek. Perbedaan diantara rokok kretek dan rokok putih itu adalah rokok kretek ini lebih banyak diproduksi dari negara Indonesia sendiri sedangkan rokok putih ini jenamanya diimport dari negara luar atau global branding seperti Marlboro dan Mix9 GATS, 2011. Merek rokok tempatan yang popular adalah A Mild PMI yang mana merek internasional yang popular adalah Marlboro PMI pada tahun 2011 mengikut report dari Southeast Asia Initiative on Tobacco Tax SITT dan Resource Center of the Southeast Asia Tobacco Control Alliance SEATCA yang dipublikasi pada tahun 2012.

2.1.5. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Seseorang Itu Merokok

Kebanyakkan perokok saat ini mempunyai alasan dan sebab kenapa mereka merokok diusia yang lebih dini. Oleh yang demikian, terdapat banyak faktor yang dapat mempengaruhi seseorang itu merokok diantaranya merupakan pengaruh orang tua, pengaruh teman, faktor keperibadian, pengaruh iklan dan faktor lingkungan Maharani, T.D., 2011. Universitas Sumatera Utara Orang tua sangat memainkan peranan dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang beramal soleh dan berkepribadian baik serta mereka merupakan yang paling dekat dengan kita dan banyak mempengaruh kita dalam melakukan sesuatu perkara Maharani, T.D., 2011. Orang tua yang merokok didepan anak-anak mereka sangat mempengaruhi dalam melahirkan perasaan ingin tahu dikalangan anak-anak yang masih muda ini adalah kerana mereka mempunyai dua tanggapan iaitu pertama melihat orang tuanya merokok membuatkan mereka merasakan diri lebih gagah dan dewasa dan yang kedua ialah mereka sudah terbiasa dengan asap rokok di ruangan rumah sehingga dikemudian kelak mereka gampang berubah dari perokok pasif ke perokok aktif Prasetya, L.D., 2012. Teman merupakan orang yang lebih dekat dengan kita setelah keluarga kita. Menurut Prasetya, L.D. 2012, lingkungan teman sebaya mahu pun tidak sebaya banyak memainkan peranan lebih dari 90 dalam mendorong seseorang itu untuk mula merokok. Tambahannya lagi, seseorang itu gampang merokok dan agak susah ingin berhenti jika temannya juga seorang perokok aktif dan sentiasa mendampinginya seperti dirumah kost atau sebilik dengan teman yang merokok, dikantor dengan ruangan yang bebas merokok dan ditempat makan yang boleh berkumpul bersama teman-teman. Dari pengaruh teman, faktor keperibadian juga memainkan peranan dalam seseorang itu mula merokok diusia dini. Faktor keperibadian yang banyak mempengaruhi seseorang itu merokok adalah perasaan ingin tahu atau ingin melepaskan diri dari masalah, membebaskan diri dari kebosanan dan rasa sakit fisik atau jiwa Prasetya, L.D., 2012. Perasaan ingin tahu ini selalunya dilahirkan sejak usia dini lagi terutamanya dikalangan anak-anak yang sedang membesar dimana perasaan ingin tahu tentang rokok ini selalunya meliputi bagaimana rasa rokok yang dihisap dan persepsi umum terhadap perokok. Menurut Tri Dita Maharani, T.D. 2011, merokok dapat membebaskan diri dari masalah dan kebosanan merupakan alasan utama yang sering timbul dikalangan perokok aktif yang telah sekian lama merokok. Universitas Sumatera Utara Faktor pengaruh iklan rokok juga memainkan peranan untuk seseorang itu mula merokok atau mencuba untuk merokok terutamanya apabila terdapat merek atau jenis rokok yang baru keluar dengan pelbagai edisi mahupun promosi Prasetya, L.D., 2012. Pengaruh iklan rokok ini terbagi kepada beberapa jenis iaitu melalui television media VideoVisual, Audio, Talent, Grafik dan Pacing, melalui koran dan iklan di sekitar jalan raya menggunakan pancaindera penglihatan iaitu mata dan iklan di radio menggunakan pancaindera pendengaran iaitu telinga Ginting, T., 2012. Menurut Ginting, T. 2012, iklan rokok menggunakan video atau visual yang ditayang di television mahupun di bioskop sangat memainkan peranan dalam penangkapan isi maklumat oleh minda masyarakat umum yang ingin disampaikan menerusi iklan. Ini adalah kerana iklan rokok yang dibuat dari visual atau video ini disampaikan dengan cara penglihatan dan pendengaran dan akan memberikan efek secara langsung ke atas sikap dan tindakan si perokok dibandingkan iklan rokok di radio mahupun penggunaan ‘poster’ besar-besaran di sekitar jalaan raya dan toko-toko kecil atau swalanyan. Tambahnya lagi, video atau visual grafik dan pacing yang hebat serta model yang menarik dalam iklan rokok di television juga mempengaruhi seseorang itu untuk mencuba merek rokok tersebut. Faktor lingkungan seperti anggapan orang ramai terhadap si perokok turut memainkan peranan dalam mendorong seseorang itu untuk merokok Prasetya, L.D., 2012. Anggapan orang ramai terhadap perokok itu melihatkan mereka lebih kelihatan dewasa, menunjukkan diri lebih berdikari, bersosialisasi, menyesuaikan diri dengan teman-teman perokoknya serta meningkatkan rasa percaya diri mereka. Selain itu, sikap tidak peduli dan kurang tegas pihak berkuasa dalam menegaskan penjualan rokok hanya kepada usia 18 tahun ke atas serta harga rokok yang murah menjadi faktor yang cukup mudah bagi sesiapa saja untuk mendapatkan rokok tidak kira dari sudut ekonomi mereka yang rendah mahupun tinggi atau dari sudut pendidikan mereka. Universitas Sumatera Utara

2.1.6. Efek atau Dampak Merokok Ke Atas Kesehatan Tubuh