Percanggahan teori evolusi Darwinisme dengan Hukum Kedua Termodinamik

4.2.2.10 Percanggahan teori evolusi Darwinisme dengan Hukum Kedua Termodinamik

Harun Yahya juga mengkritik teori evolusi Darwinisme daripada pertimbangan Hukum Kedua Termodinamik atau turut dikenali sebagai Hukum Entropi 180 . Hukum tersebut menyatakan, dalam keadaan normal, semua sistem yang bergerak sendiri cenderung untuk menjadi tidak teratur, berselerak dan rosak seiring dengan masa. Semua benda sama ada hidup ataupun tidak akan menjadi lusuh, usang, merosot, berpecah dan akhirnya musnah; proses yang tidak boleh dielakkan dan perlu dilalui semua benda sama ada melalui satu cara atau lebih 181 .

Darwinisme menyatakan bahawa atom-atom dan molekul-molekul yang berselerak, tidak teratur, dan tidak bernyawa secara spontan berkumpul dalam satu masa dan membentuk struktur kompleks seperti DNA, RNA dan protein yang bergabung membentuk organisma ringkas yang kemudiannya berevolusi menjadi organisma lebih kompleks. Proses evolusi itu juga berlaku secara semula jadi, sendiri dan kebetulan 182 . Harun Yahya menjelaskan bahawa kenyataan teori itu ternyata bercanggah dan bertentangan dengan Hukum Kedua Termodinamik dan diakui sendiri oleh saintis evolusionisme 183 . Namun, terdapat juga saintis evolusionisme yang tetap mempertahankan teori evolusi dengan menyatakan bahawa proses evolusi mengatasi

180 Entropi merupakan sukatan atau ukuran ketakaturan sesuatu sistem. Menurut hukum entropi, alam semesta akan menjadi lebih tidak teratur, tidak tersusun dan tidak terancang. Lihat ibid, hlm. 294.

181 Ibid. 182 Ibid, hlm. 295-296. 183 Harun Yahya memetik beberapa pengakuan saintis evolusi mengenai masalah tersebut seperti kenyataan oleh J.H. Rush;

In the complex course of its evolution, life exhibits a remarkable contrast to the tendency expressed in the Second Law of Thermodynamics. Where the Second Law expresses an irreversible progression toward increased entropy and disorder, life evolves continually higher levels of order.

Harun Yahya juga membawakan kenyataan oleh Roger Lewin; One problem biologists have faced is the apparent contradiction by evolution of the second law of thermodynamics. Systems should decay through time, giving less, not more, order.

Kenyataan George Stravpoulos juga dipetik yang mengulas mengenai kemustahilan teori evolusi itu menurut Hukum Kedua Termodinamik iaitu;

Yet, under ordinary conditions, no complex organic molecule can ever form spontaneously, but will rather disintegrate, in agreement with the second law. Indeed, the more complex it is, the more unstable it will be, and the more assured, sooner or later, its disintegration. Photosynthesis and all life processes, and even life itself, cannot yet be understood in terms of thermodynamics or any other exact science, despite the use of confused or deliberately confusing language.

Lihat ibid, hlm. 296.

Hukum Kedua Termodinamik 184 . Kenyataan tersebut jelas membuktikan bahawa teori evolusi lebih merupakan kepercayaan dogma berbanding sebagai teori sains 185 .

Selanjutnya, wujud kekeliruan yang telah ditimbulkan golongan evolusi mengenai Hukum Kedua Termodinamik dengan sistem termodinamik 186 . Golongan evolusi yakin bahawa alam semesta merupakan suatu sistem terbuka dan tidak tertakluk dengan hukum tersebut yang didakwa hanya terpakai kepada sistem tertutup sahaja 187 . Harun Yahya menjelaskan, golongan terbabit cuba untuk memutarbelitkan fakta saintifik. Hukum Kedua Termodinamik juga terpakai kepada sistem terbuka. Kenyataan pihak Darwinisme bahawa alam semesta mempunyai aliran tenaga, tidak cukup untuk menjadikan alam ini menjadi teratur. Aliran tenaga tersebut memerlukan mekanisme khas dalam mengubah sesuatu tenaga menjadi bentuk tenaga yang lain. Meskipun cahaya matahari merupakan sumber tenaga utama bagi hidupan, namun tenaga ianya perlu ditukarkan menjadi tenaga kimia melalui suatu sistem penukaran tenaga yang kompleks. Tanpa sistem tersebut, hidupan tidak dapat hidup. Kemasukan cahaya matahari dalam kuantiti yang banyak ke dalam dunia tidak mampu menjadikan dunia ini teratur dengan sendirinya dan tenaga yang wujud juga tidak berupaya membentuk protein yang kompleks sifatnya daripada asid amino ringkas secara sendiri, apatah lagi untuk menghasilkan hidupan yang sangat kompleks struktur dan sistemnya 188 .

Seterusnya, Harun Yahya menjelask an dua konsep yang berbeza iaitu ‘teratur’ (ordered ) dan ‘terancang’ (organized) yang golongan evolusi terkeliru dengannya.

184 Antara saintis evolusi yang membuat kenyataan sedemikian ialah Jeremy Rifkin iaitu; The Entropy Law says that evolution dissipates the overall available energy for life on this planet. Our concept of

evolution is the exact opposite. We believe that evolution somehow magically creates greater overall value and order on earth.

Lihat ibid, hlm. 296-297. 185 Ibid, hlm. 297.

186 Termodinamik merupakan kajian terhadap perubahan tenaga yang berlaku dalam sesuatu bahan dan dibahagikan kepada sistem terbuka dan sistem tertutup. Istilah sistem merujuk kepada bahan yang dikaji dan selain daripadanya dipanggil persekitaran. Sistem

terbuka merupakan sistem yang tenaga boleh dipindahkan antara sistem dengan persekitarannya; tenaga mengalir masuk daripada persekitaran ke dalam sistem dan tenaga mengalir keluar daripada sistem ke persekitaran. Sistem tertutup ialah sistem yang dipencilkan daripada persekitarannya; seperti cecair di dalam kelalang termos. Lihat N. A. Campbell, & J. B. Reece, (2005). Biology (7th ed.). San Francisco: Pearson Benjamin Cummings., hlm. 143. 187 Golongan evolusi berhujah bahawa alam ini merupakan sistem terbuka kerana sentiasa terdedah kepada aliran tenaga daripada cahaya matahari. Hokum entropi juga menurut mereka tidak terpakai kepada alam ini secara keseluruhannya kerana hidupan yang kompleks dan tersusun boleh terjadi daripada struktur tidak bernyawa, ringkas dan tidak tersusun. Lihat H. Yahya, (2002). Darwinism refuted ., hlm. 297. 188 Ibid, hlm. 297-298.

Mereka berusaha mengharmonikan hukum termodinamik dengan evolusi bagi membuktikan bahawa keadaan teratur boleh terbentuk dalam sistem terbuka. Dalam menjelaskan dua konsep tersebut, Harun Yahya membawakan analogi pantai laut. Pantai merupakan suatu sistem terbuka dengan ombak (aliran tenaga) yang memukul pantai akan membawa bersamanya pasir kasar dan halus dan menghasilkan suatu bentuk corak yang sekata. Daripada perspektif termodinamik, tenaga (ombak) berupaya menghasilkan sesuatu (corak di pantai) daripada tiada. Namun, ianya tidak mampu membina sebuah istana pasir (mewakili konsep terancang). Kewujudan istana pasir di pantai pastinya telah dibina oleh seseorang kerana pembinaannya melibatkan rekaan dan maklumat tertentu yang memerlukan suatu entiti bijaksana sebagai pembinanya 189 .

Jelas Harun Yahya, sistem teratur melibatkan pengulangan sesuatu bahan atau perkara dalam pola yang sekata tetapi tidak bermakna dan bererti; analoginya seperti sesuatu yang terjatuh di atas huruf ‘a’ pada mesin taip akan menghasilkan suatu siri ‘aaaaaaaaa’ yang teratur namun tidak membawa sebarang maklumat dan kompleksiti. Suatu rantaian huruf dengan maksud tertentu dan bermakna (susunan perkataan yang membentuk ayat yang bererti dan bermakna) hanya dapat dihasilkan oleh suatu entiti kebijaksanaan. Justeru, sesuatu yang terancang tidak boleh terhasil daripada proses semula jadi tanpa adanya suatu entiti kebijaksanaan yang merancang dan menghasilkannya. Hidupan dan alam ini merupakan suatu sistem yang terancang yang memerlukan kebijaksanaan, pengetahuan dan perancangan dalam menghasilkannya dan bukannya sekadar satu sistem teratur 190 .

189 Ibid, hlm. 301-302. 190 Ibid, hlm. 302-303.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26