Pemilihan Alamiah (Natural Selection)

3.4.1 Pemilihan Alamiah (Natural Selection)

Pemilihan alamiah merupakan subjek utama yang dibincangkan oleh Darwin dalam bukunya, The Origin of Species. Pengalaman belayar dengan ekspedisi kapal HMS Beagle menjadi inspirasi kepada Darwin dalam menghuraikan pemilihan alamiah. Darwin menyatakan bahawa pemilihan alamiah beroperasi bersama-sama dengan pemilihan seksual dan pewarisan. Namun, menurut Darwin, terdapat juga perkembangan sesuatu sifat pada haiwan yang hanya terjadi melalui pemilihan alamiah. Secara ringkasnya, Darwin dalam bukunya The Origin of Species telah menggariskan beberapa prinsip utama iaitu:

1) populasi haiwan dan tumbuhan mempamerkan kepelbagaian atau variasi,

2) sesetengah variasi memberikan organisma tersebut suatu kelebihan berbanding organisma-organisma lain dalam persaingan untuk terus hidup,

3) varian yang berjaya dalam persaingan terbabit akan memindahkan ciri-ciri

dan sifat-sifat berfaedahnya itu kepada anak-anak,

4) populasi bersifat cenderung untuk menghasilkan lebih progeni berbanding

keupayaan alam untuk menampung; kadar varian yang baik yang terus hidup

Branch, (2009). Don’t call it “Darwinism”. Evolution Education Outreach, 2, 90–94. D. M. Borchert, (Ed.). (2006). Encyclopedia of philosophy (2nd ed., Vol. 3). Thomson Gale., hlm. 633.

E.C. Scott, & G.

5) sesuatu populasi akan mengalami perubahan evolusi secara berterusan yang

akan menghasilkan varieti, spesies, genus atau populasi baharu pada sebarang peringkat taksonomi.

Dalam erti kata lain, pemilihan alamiah menurut Darwin didefinisikan sebagai perbezaan kadar kematian antara dua subkelas varian suatu populasi; subkelas yang mempunyai kadar kematian yang lebih rendah adalah subkelas yang lebih berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling 133 . Selain itu, pemilihan alamiah difahami sebagai dua cara berikut iaitu; (1) proses yang menghubungkan sesuatu spesies dengan moyang yang sama (common ancestor), dan (2) penjelasan kepada perubahan ciri-ciri luaran / fizikal organisma (phenotype) sesuatu populasi yang berubah seiring dengan masa dan dirangsang oleh pemboleh ubah ekologi (ecological variables) 134 .

Teori pemilihan alamiah terdiri daripada dua prinsip utama yang mencakupi semua hidupan tanpa pengecualian iaitu: (1) kuasa penggandaan pesat dengan perkembangan secara janjang geometri, dan (2) anak-anak mempunyai sedikit perbezaan daripada induknya walaupun secara umumnya sangat hampir menyerupai induk mereka 135 . Merujuk kepada prinsip pertama, Wallace menerangkan bahawa keupayaan untuk sesuatu spesies untuk terus hidup adalah berdasarkan kemampuannya untuk mengekalkan kemandirian spesiesnya. Prinsip ini diinspirasikan daripada tulisan Malthus iaitu ‘Malthus on Population’ 136 . Bagi

134 Ibid. J. Fodor, & M. Piattelli-Palmarini, (2011). What Darwin got wrong. New York: Picador., hlm. 3.

A. R. Wallace, (1891). Darwinism. London: Macmillan., hlm. 10.

F. Darwin, (Ed.). (1887). The life and letters of Charles Darwin (Vol. I). London: John Murray., hlm. . 83. Malthus menyatakan bahawa kadar peningkatan dalam mana-mana populasi yang tidak terkawal akan melampaui kadar penghasilan makanan. Populasi akan terus tumbuh sehingga mencapai had pengeluaran makanan dan pada ketika itu akan menyebabkan kemelaratan, kebuluran dan kematian tidak dapat dielakkan lagi. Lihat A. Afzaal, (1996). Qur'an and human evolution. The Quranic Horizons, 1 (3), 29-71.

Darwin, menurut Wallace, bilangan organisma yang lahir adalah sama banyak dengan yang mati. Organisma-organisma ini, sama ada haiwan mahupun tumbuhan, mesti mengatasi pelbagai cabaran seperti pemangsa, makanan, dan sebagainya untuk kekal hidup. Hanya yang paling kuat sahaja akan terus hidup 137 . Seterusnya, prinsip kedua dihuraikan sebagai keupayaan sesuatu spesies untuk mengalami pengubahsuaian dalam ciri-ciri dan sifat-sifatnya bagi mengatasi sesuatu cabaran atau halangan. Ciri-ciri dan sifat-sifat terubahsuai yang membuatkan sesuatu spesies itu lebih kuat akan mengalami pertambahan dan pengukuhan, dan akan diwariskan kepada anak-anaknya. Proses perubahan atau evolusi spesies yang kuat ini akan membawa kepada terbentuknya spesies baharu 138 .

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26