Zaman Pertengahan / Kristian

3.3.2 Zaman Pertengahan / Kristian

Sarjana Barat moden melihat era Kristian dan dominasi gereja ini sebagai zaman kemerosotan sains. Teologi Kristian merupakan penanda aras dan neraca bagi semua bentuk pengetahuan termasuk sains pada ketika itu. Pandangan Kristian mengenai alam tabii meliputi alam ini dicipta oleh Tuhan, wujudnya alam roh atau spiritual di samping alam jasmani / fizikal dan semua hidupan dicipta dengan rupa dan bentuk sedia ada sejak awal penciptaan; sebagaimana yang diceritakan di dalam Genesis,

Bible 48 . Namun, terdapat pelbagai kenyataan dalam Kristian yang bertentangan dengan fenomena alam dan penemuan sains, menyebabkan berlakunya konflik antara institusi agama (Kristian) dan sains. Selain itu, rasionaliti sains Yunani terdahulu diketepikan pada era ini oleh teologi Kristian yang lebih bersifat kebatinan atau

mistikal 49 . Tindakan gereja menghukum pandangan sains yang bertentangan dengan gereja menjadikan keadaan semakin parah. Antara pandangan kontroversi gereja ialah bumi merupakan paksi alam, umur bumi berusia enam ribu tahun 50 , dan banyak lagi. Keadaan itu semakin buruk dengan kemunculan kelompok-kelompok era

48 Sebagai contohnya, keterangan Bible mengenai kejadian alam sebagaimana yang terdapat dalam Bible versi New International Version , fasal Genesis, bab 1, ayat 20-27:

20 And God said, “Let the water teem with living creatures, and let birds fly above the earth across the vault of 21 the sky.” So God created the great creatures of the sea and every living thing with which the water teems and that

moves about in it, according to their kinds, and every winged bird according to its kind. And God saw that it was good. 22 God blessed them and said, “Be fruitful and increase in number and fill the water in the seas, and let the birds 23 increase on the earth.” 24 And there was evening, and there was morning And God said, “Let the land produce living creatures according to their kinds: the livestock, the creatures —the fifth day.

25 that move along the ground, and the wild animals, each according to its kind.” And it was so. God made the wild animals according to their kinds, the livestock according to their kinds, and all the creatures that move along the ground according to their kinds. And God saw that it was good.

26 Then God said, “Let us make mankind in our image, in our likeness, so that they may rule over the fish in the sea and the birds in the sky, over the livestock and all the wild animals, [a] and over all the creatures that move

27 along the ground.” So God created mankind in his own image, in the image of God he created them; male and female he created them.

Genesis 1 (New International Version) . (2011). Didapatkan Februari 29, 2012 dari BibleGateway.com: http://www.biblegateway.com/passage/?search=Genesis%201&version=NIV.

49 Hairudin Harun (2004). Daripada sains Yunani kepada sains Islam, hlm. 39.

50 Usia ini dikemukakan oleh Bishop James Ussher yang menyatakan bahawa Tuhan mencipta syurga dan bumi pada 23 Oktober 4004 SM dalam Annales Veteris et Novi Testamenti (The Annals of the Old Testaments) yang diterbitkan di London.

Saintis Barat mempercayai kiraan tersebut sehinggalah pada abad kelapan belas. Lihat D. Linder, (2004). Bishop James Ussher sets

An Introduction: http://law2.umkc.edu/faculty/projects/ftrials/scopes/ussher.html.

the date for

creation. Didapatkan

dari

The

Scopes

Trial:

Reformation yang berpegang kepada pengertian tekstual Bible semata-mata seperti

Luther dan Melanchton 51 . Selain sikap gereja, kecelaruan dalam konsep ketuhanan Kristian dan teks Bible turut menyebabkan timbul pelbagai pandangan yang saling bertentangan dalam perkara-perkara fenomena alam tabii. Contohnya ialah berkenaan pencipta sebenar alam sama ada alam ini dicipta oleh Tuhan Bapa, Jesus Christ, Roh Kudus, ataupun

ketiga-tiganya sekali 52 . Dalam konteks berkaitan kewujudan haiwan-haiwan buas dan berbisa, sarjana Kristian menyatakan bahawa sifat ganas dan bisa yang dimiliki haiwan-haiwan tersebut disebabkan oleh dosa yang dilakukan Adam a.s. kerana

memakan buah terlarang di syurga 53 ; satu kenyataan pelik yang tidak dapat diterima oleh para saintis.

Namun, terdapat juga hasil-hasil kerja awal agamawan Kristian yang mengandungi idea evolusi ketika abad kelima dan ketiga belas masihi iaitu Saint Augustine dan Thomas Aquinas. Augustine mentafsirkan kisah penciptaan alam yang terkandung di dalam Bible dengan menyatakan bahawa ketika tumbuhan dan haiwan dicipta, Tuhan telah memasukkan ke dalam bumi tenaga atau potensi penting bagi membolehkan penghasilan hidupan-hidupan lain melalui proses semula jadi. Augustine juga menyatakan bahawa bumi merupakan pemberi kehidupan kerana Tuhan telah memberikan bumi kuasa untuk menjana bentuk-bentuk hidup secara

evolusi semula jadi 54 .

51 A.D. White, (2002). History of the warfare of science with theology in Christendom., hlm. 118. 52 Lihat ibid. hlm. 11. 53 Antara yang berpegang teguh dengan kenyataan tersebut ialah St. Augustine, Peter Lombard, John Wesley, Dr. Adam Clarke

dan Dr. Richard Watson. Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut bersalahan dengan rekod arkeologi yang menunjukkan kewujudan haiwan-haiwan tersebut lama sebelum kehadiran manusia di muka bumi. Lihat ibid. hlm. 21. 54

K. A. Kennedy, (1985). The dawn of evolutionary theory. Dalam L. R. Godfrey (Ed.), What Darwin began: Modern Darwinian and non-Darwinian perspectives on evolution (hlm. 3-23). Boston: Allyn & Bacon., hlm. 4.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26