Kompleksiti makromolekul

4.2.2.8 Kompleksiti makromolekul

Harun Yahya menyatakan bahawa DNA yang terkandung dalam nukleus setiap seratus trilion sel dalam tubuh manusia merupakan cetakan biru (blueprint) bagi pembinaan dan perkembangan tubuh manusia 146 . Setiap nukleotida yang membentuk DNA tersebut mestilah berada dalam jujukan yang betul. Jika tidak, gen yang terhasil akan menjadi gen yang tidak berguna. Beliau menegaskan bahawa tubuh manusia mengandungi kira- kira 200 000 gen dan mustahil bagi kesemua gen ini; yang mesti dalam jujukan yang

143 Ibid, hlm. 179-180.

145 Ibid, hlm. 180. Kajian oleh Profesor Robin Huw Crompton, profesor anatomi manusia Universiti Liverpool pada tahun 1996 menunjukkan bahawa struktur perantara dalam proses evolusi kuadrupedal kepada bipedal adalah mustahil untuk berlaku. Struktur separa bipedal-

kuadrupedal akan menggunakan tenaga yang banyak dan tidak efisien. Crompton menyimpulkan bahawa sesuatu makhluk hidup hanya boleh berjalan sama ada secara bipedal ataupun kuadrupedal. Kesimpulan ini sekaligus menunjukkan bahawa proses evolusi bipedalisme bercanggah dengan perkembangan berperingkat menurut teori evolusi Darwinisme. Lihat ibid, hlm. 181. 146

Kesemua maklumat berkaitan seorang manusia adalah bersamaan dengan kira-kira sembilan ratus jilid buku yang setiap satunya mempunyai lima ratus muka surat. Namun, maklumat itu disimpan di dalam molekul-molekul DNA yang hanya bersaiz satu perseratus daripada satu milimeter panjang satu sel sahaja. Lihat ibid, hlm. 217.

betul dan tepat untuk berfungsi, terbentuk secara kebetulan. Beliau memetik pendapat Frank B. Salisbury (lahir pada tahun 1926);

“A medium protein might include about 300 amino acids. The DNA gene controlling this would have about 1,000 nucleotides in its chain. Since there are four kinds of nucleotides in a DNA chain, one consisting of 1,000 links could exist in 41,000 forms. Using a little algebra (logarithms) we can see that 41,000=10600. Ten multiplied by itself 600 times gives the figure 1 followed by 600 zeros! This number is completely beyond our comprehension.” 147

Selain itu, DNA dan protein saling memerlukan. DNA tidak dapat membentuk DNA lain tanpa bantuan protein dan protein juga tidak boleh disintesiskan tanpa kehadiran DNA. DNA terlibat dalam sintesis protein pada peringkat transkripsi sebagai templat yang ditranskripsi membentuk RNA dan seterusnya diterjemah menjadi protein. DNA memerlukan enzim untuk penggandaan pembentukannya menerusi replikasi. 148 . DNA, RNA dan protein mempunyai struktur yang sangat kompleks dari segi kimianya dan mustahil untuk terbentuk secara kebetulan dan rawak sebagaimana kenyataan oleh Dr. Leslie Orgel (1927-2007), seorang saintis evolusi, yang dipetiknya daripada Jurnal Scientific American ;

“It is extremely improbable that proteins and nucleic acids, both of which are structurally complex, arose spontaneously in the same place at the same time. Yet it also seems impossible to have one without the other. And so, at first glance, one might have to conclude that life could never, in fact, have

originated by chemical means. 149 ”

Harun Yahya juga meng kritik hipotesis ‘Dunia RNA’ 150 yang mencadangkan RNA sebagai molekul pertama yang terbentuk, diikuti dengan protein dan DNA.

Menurut hipotesis itu, berbilion-bilion tahun dahulu, RNA berupaya mereplika dirinya sendiri yang terjadi tanpa disengajakan. Molekul-molekul RNA ini kemudiannya menghasilkan protein yang diaktifkan oleh pengaruh-pengaruh luar. Berikutan

147 Ibid. Untuk bacaan lanjut, lihat F. B. Salisbury, (1971). Doubts about the modern synthetic theory of evolution. The American Biology Teacher, 33 (6), 335-338.

148

H. Yahya, (2002). Darwinism refuted., hlm. 219. 149 Dipetik oleh Harun Yahya daripada Leslie E. Orgel, "The Origin of Life on Earth," Scientific American, Vol. 271, October 1994,

p. 78. Lihat ibid,hlm. 220.

150

Hipotesis ini dikemukakan oleh Walter Gilbert (lahir 1932), seorang ahli kimia Harvard pada tahun 1986 hasil inspirasi penemuan ribozym oleh Thomas Cech (lahir 1947). Lihat ibid, hlm. 221.

wujudnya keperluan menyimpan maklumat, maka DNA terbentuk. Hipotesis ini, menurut Harun Yahya, gagal menjawab tiga isu utama iaitu; (1) kemustahilan nukleotida-nukleotida membentuk struktur RNA dengan jujukan spesifik secara kebetulan, (2) sekiranya RNA terbentuk secara kebetulan, hipotesis itu masih gagal menjelaskan sebab RNA yang hanya mengandungi rantaian nukleotida memilih untuk mereplika dirinya sendiri, kaedah dan mekanisme proses replikasi itu berlaku, dan sumber nukleotida yang digunakan dalam proses terbabit, dan (3) seandainya wujud proses replikasi kendiri RNA dalam bumi purba, dan semua asid amino yang diperlukan RNA untuk menghasilkan protein telah wujud, pembentukan satu protein berfungsi masih lagi mustahil kerana RNA hanya memiliki maklumat berkaitan struktur protein manakala asid amino merupakan bahan mentah. Tidak wujud sebarang mekanisme sintesis protein. Protein dihasilkan menerusi ribosom; satu organel sel yang sangat kompleks melibatkan pelbagai jenis enzim, dan proses sintesisnya sangat kompleks; melibatkan sekurang-kurang lima puluh komponen makromolekul. Kenyataan Darwinisme bahawa ribosom; dengan strukturnya yang sangat kompleks, juga terbentuk secara kebetulan pada waktu yang sama menjadikan hipotesis itu sebagai tidak logik dan secara jelas bertentangan dengan fakta sains 151 .

Justeru, beliau menyimpulkan bahawa berdasarkan senario protein dan DNA di atas, mustahil dan tidak mungkin kehidupan wujud secara kebetulan. Menurutnya, sekiranya ketidakbarangkalian tersebut diketepikan, pembentukan hidupan pertama secara kebetulan tetap suatu perkara mustahil. Tegasnya, seandainya hidupan pertama itu berjaya terbentuk, organisma itu hanya akan hidup buat seketika sebelum mati tanpa meninggalkan sebarang zuriat kerana ianya masih tidak mampu untuk membiak dan membentuk generasi baharu. Kehidupan yang baru bermula itu berakhir dengan kematiannya. Sistem genetik bukan hanya mengandungi DNA semata-mata tetapi pelbagai jenis komponen biologi seperti RNA (yang terdiri daripada RNA pengangkut,

151 Ibid, hlm. 222-224.

RNA ribosom, dan RNA pengutus), enzim, organel, dan mekanisme dan proses biologi sel yang sangat kompleks. Suatu organisma hanya dapat mereplikasi jika wujud secara lengkap dengan semua organelnya. Beliau kemudiannya membawa analogi sebuah kereta. Mustahil, menurutnya, bagi sesiapa untuk menyatakan bahawa semua komponen kereta tersebut bergabung secara rawak dan semula jadi membentuk sebuah kereta yang berteknologi tinggi. Sebaliknya, mereka akan menyatakan bahawa kereta merupakan ciptaan pintar yang dihasilkan oleh penciptanya. Beliau menyimpulkan bahawa makhluk hidup dan alam ini merupakan ciptaan pintar yang dicipta secara teratur dan merupakan bukti hidup yang menolak berlakunya proses kebetulan dalam pembentukan alam ini sekaligus menolak dakwaan dan kenyataan teori evolusi mengenai asal-usul kejadian kehidupan di bumi 152 .

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26