Kemunculan Teori Evolusi Darwinisme

3.3.6 Kemunculan Teori Evolusi Darwinisme

Pelayaran Charles Darwin menaiki HMS Beagles merupakan faktor pendorong kepada kemunculan teori evolusi Darwinisme, khususnya ketika Darwin melakukan pencerapan di kepulauan Galapagos 113 . Rentetan daripada pelayaran tersebut pada tahun 1837, Darwin telah melakukan kajian lanjut dengan menggunakan catatan- catatannya sepanjang ekspedisi terbabit. Selepas melakukan penyelidikan selama lima tahun terhadap spesimen-spesimen koleksinya, Darwin telah menghasilkan suatu lakaran kesimpulan mengenai pandangannya tentang ketermutasian spesies (mutability of species) dan pada tahun 1844, lakaran tersebut dipindahkan oleh Darwin ke dalam bentuk esei setebal 200 muka surat.

Ketika hampir menyiapkan karyanya The Origin of Species pada tahun 1858, Darwin telah dikejutkan dengan artikel yang ditulis oleh Alfred Russell Wallace yang menyamai idea dan kesimpulannya mengenai asal kejadian spesies. Wallace menghantar artikel kira-kira 20 muka surat kepada Darwin bagi disampaikan kepada Sir Charles Lyell untuk dihantar dan diterbitkan oleh Linnean Society. Sir Charles

Lyell dan Dr. Hooker 114 mencadangkan agar artikel Wallace dan abstrak manuskrip Darwin diterbitkan serentak pada mesyuarat Linnean Society pada 1 Julai 1858. Pada

24 November 1859, Darwin telah menerbitkan karya utamanya, The Origin of

112 S. Freeman, & J. C. Herron, (2007). Evolutionary analysis (4th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall., hlm. 39.

113

Ketika di kepulauan Galapagos, Darwin takjub dengan taburan hidupan-hidupan yang mendiami kepulauan tersebut serta hubungannya dengan hidupan yang wujud di daratan benua Amerika Selatan. Darwin melihatnya sebagai sesuatu yang mempunyai hubung kait dengan persoalan asal-usul kewujudan kehidupan. ibid. 114 Dr. Joseph Hooker (1817-1911) merupakan seorang ahli botani yang sering melakukan ekspedisi penyelidikan. Dr. Hooker telah menerbitkan artikelnya ‘Introduction to the Australian Flora’ pada Disember 1859 yang menyokong idea evolusi dan ketermutasian spesies. Lihat ibid. hlm. xxi dan M. Pallen, (2009). The rough guide to evolution., hlm. 41.

Species di London oleh John Murray. Buku tersebut mengandungi 15 bab dan telah diterbitkan sebanyak enam edisi dengan edisi terakhir diterbitkan pada tahun 1876. Penerbitan The Origin of Species mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat ketika itu sehingga mewujudkan dua golongan iaitu golongan yang menolak dan golongan yang menerima. Antara yang tergolong dalam kelompok pertama ialah Adam Sedgwick, paderi yang melatih Darwin dalam amali geologinya. Sedgwick menyifatkan The Origin of Species sebagai sama seperti sistem yang digunakan oleh pengarang buku Vestiges yang menyerlahkan sikap penolakannya yang tidak masuk akal 115 . Sikap tersebut bertentangan dengan sikap ahli biologi-agamawan Kristian yang menyokong pandangan Darwin seperti Charles Kingsley yang telah mengirimkan surat penghargaan kepada Darwin atas penerbitan The Origin of Species 116 .

Dalam buku seterusnya iaitu The Descent of Man and Selection in Relation to Sex yang diterbitkan pada tahun 1871, Darwin secara jelas menyatakan mengenai asal kejadian manusia yang berevolusi daripada haiwan primat yang lebih rendah seperti orang utan, monyet dan kera. Darwin menggunakan beberapa bukti sebagai menguatkan kenyataannya itu seperti struktur tubuh manusia 117 , perkembangan embrionik, dan rudimen 118 . Darwin juga menjelaskan pengaruh keadaan sekeliling kepada tingkah laku manusia dan hubung kaitnya dengan makhluk lebih rendah,

115 Buku Vestiges of the Natural History of Creation (1844) merupakan buku yang yang mencabar pandangan tradisi teologi tabi’i Inggeris. Vestiges berhujah mengenai kes bagi pembangunan peraturan tabi’i yang mentadbir sejarah hidup, dan

mengembangkannya bagi menerima kualiti fizikal, mental dan moral manusia. Sedgwick menyifatkan sekiranya hujah-hujah Vestiges diterima, maka ‘agama itu satu penipuan, undang-undang manusia merupakan tidak berguna, dan lelaki dan perempuan hanyalah binatang buas yan g lebih baik’. Lihat J. Durant, (1985). Darwinism and divinity: A century of debate. Dalam J. Durant (Ed.), Darwinism and divinity. Oxford: Basil Blackwell., hlm. 15 dan 18. 116 Dalam suratnya tersebut, Kingsley menyatakan,

“I have gradually learnt to see that it is just as noble a conception of Deity, to believe that He created primal forms capable of self-development into all forms needful pro tempore and pro loco, as to believe that He required a fresh act of intervention to supply the lacunas which he himself had made. I question whether the former be not the loftier thought ”.

Lihat ibid, hlm. 18-19. 117

Darwin menyebutkan bahawa keupayaan manusia dijangkiti penyakit-penyakit seperti siflis, herpes dan lain-lain daripada makhluk lebih rendah seperti monyet menunjukkan bahawa manusia dan monyet memiliki tisu dan darah yang hampir sama. Selain itu, bagi menunjukkan bahawa manusia berevolusi daripada monyet, Darwin berhujah bahawa proses pembaikan luka pada manusia dan monyet adalah sama. Lihat C. Darwin, (1882). The descent of man and selection in relation to sex (2nd ed.). 118 London: John Murray., hlm. 6-9. Bahagian atau organ yang belum sempurna perkembangannya, terutamanya dalam peringkat embrio. Lihat Kamus Dewan

Edisi Keempat.

perbandingan keupayaan akal manusia dengan haiwan primat, dan perbincangan mengenai bangsa-bangsa manusia. Buku tersebut turut membincangkan perkara- perkara berkaitan pemilihan seksual (sexual selection) haiwan dan manusia.

Penerimaan masyarakat terhadap teori evolusi Darwinisme dipengaruhi oleh faktor-faktor bukan saintifik meliputi sosiologi, psikologi dan falsafah sebagaimana idea-idea baharu yang lain. Pertamanya ialah konsep kesinambungan (continuity) dan gradualisme yang menunjangi teori Darwinisme selari dengan pegangan masyarakat Victorian Inggeris ketika itu yang berpegang kepada konservatisme politik dan sosial. Konsep ini yang disandarkan kepada ungkapan masyhur Linnaeus 119 iaitu nature non facit saltum (alam tabii tidak melakukan perubahan besar) menepati kehendak para pemerintah Eropah ketika itu yang berharap kepada keteraturan, harmoni dan kesinambungan untuk mengekalkan keadaan masyarakat yang mula diserang dengan seruan untuk melakukan perubahan sosial yang boleh mengancam kedudukan pemerintah tersebut. Keduanya ialah pegangan masyarakat Inggeris abad kesembilan belas kemajuan tanpa batasan (inevitable of progress) yang merupakan falsafah evolusi sosial. Kedua-dua bentuk evolusi ini mempunyai persamaan khususnya keupayaan manusia untuk maju dan berkembang tanpa batasan. Cerdik pandai Inggeris ketika itu menyamakan semangat persaingan dalam pasaran ekonomi bebas sebagai pemacu kemajuan ekonomi dan sosial dengan konsep pemilihan semula jadi Darwinisme sebagai pemacu evolusi. Ketiganya ialah teori evolusi merupakan cubaan pertama membawakan kajian mengenai kehidupan di bumi dalam konsep sains sepenuhnya dengan menggunakan kaedah saintifik fizik; kaedah yang menjelaskan semua fenomena fizikal yang terjadi disebabkan oleh alam tabii.

Carl Linnaeus (1707-1778), seorang ahli botani Sweden, berhujah menyokong konsep penciptaan berdasarkan klasifikasi taksonomi haiwan dan tumbuhan. Lihat S. C. Meyer, (2009). Signature in the cell: DNA and the evidence for intelligent design. New York: HarperCollin Publishers., hlm. 145.

Kaedah tersebut telah berjaya diserap ke dalam lapangan sains fisiologi dan kimia 120 sekaligus melunturkan pandangan bahawa alam ini mengalami campur tangan Tuhan. Darwin mengaplikasikan kaedah tersebut ke dalam bidang biologi. Teori Darwin itu memberikan penjelasan semula jadi kepada reka bentuk organisma hidup 121 .

Terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan bahawa Charles Darwin tidak menghasilkan teori evolusi Darwinismenya daripada kosong sebaliknya menyerap masuk idea-idea evolusi sarjana sebelumnya ke dalam teorinya itu. Pertama, Doktrin Pewaris (Doctrine of Descent) yang menjadi prinsip utama teori tersebut telah wujud sejak zaman Aristotles lagi. Namun, Darwin telah menyesuaikan doktrin tersebut ke dalam pemikiran awam dan saintifik dan memenangi keyakinan umum menggunakan kemahiran mempromosi —kemahiran penting dalam keusahawanan. Kedua, Darwin telah menggunakan idea evolusi dalam masalah-masalah tertentu seperti evolusi manusia. Dalam konteks tersebut, Darwin telah memperkenalkan kepada umum aturan dan susunan fakta-fakta yang tidak berkait, mentafsirkan enigma struktur dan fungsi secara fizikal dan mental, dan seterusnya merangsang penyelidikan lanjut. Pendekatan dan idea evolusi manusia bukanlah idea asal Darwin tetapi telah digunakan oleh Herbert Spencer dalam bidang psikologi pada tahun 1855. Ketiga, Darwin telah memperkenalkan pengetahuan mengenai faktor-faktor proses evolusi, khususnya melalui analisisnya mengenai perkara-perkara yang berlaku dalam haiwan domestik dan tumbuhan pertanian, dan penerangannya mengenai pemilihan alamiah. Dalam masa yang sama, Alfred Russell Wallace secara berasingan turut menerangkan perkara tersebut. Keempat, Darwin telah mewujudkan rangkaian kaitan seluruh hidupan dalam alam ini. Semua hidupan ini berasal daripada moyang tunggal

Contohnya ialah kejayaan seorang saintis Jerman , Friedrich Wöhler (1800-1882), dalam menghasilkan urea buatan. Penemuannya itu telah membuka laluan kepada penghasilan bahan organik yang sebelum itu menjadi misteri di kalangan saintis. Lihat M. Denton, (1986). Evolution: A theory in crisis. Maryland: Adler & Adler Publishers., hlm. 71. 121 Ibid,hlm. 70-71.

(common ancestor). Idea ini turut telah diketengahkan oleh sarjana sebelumnya seperti Christian Conrad Sprengel, Gilbert White, dan Alexander von Humboldt 122 . Kelima, pilihan alamiah juga diadaptasinya daripada pemikiran dan tulisan Malthus mengenai populasi manusia. Dalam tulisannya, Malthus menyatakan bahawa perkembangan populasi manusia dikawal oleh penyakit, kemalangan, peperangan dan kebuluran. Darwin melihat idea kawalan itu turut mengawal populasi tumbuhan dan haiwan 123 . Perkara ini diakui sendiri oleh Darwin dalam autobiografinya 124 .

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26