Ayat mengenai penciptaan manusia bermula daripada tanah dan kemudiannya daripada air
4) Ayat mengenai penciptaan manusia bermula daripada tanah dan kemudiannya daripada air
Berkatalah rakannya kepadaNya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah Engkau kufur ingkar kepada Allah Yang menciptakan Engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu Dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
Surah al-Kahfi (18): 37
Golongan pro-Darwinisme menyatakan bahawa ayat di atas menunjukkan penciptaan bermula dengan tanah manakala air menunjukkan proses penciptaan seterusnya iaitu penciptaan melalui evolusi. Harun Yahya menyanggah tafsiran tersebut sebagai terpesong dan mengemukakan tafsiran Omer Nasuhi Bilmen;
“Adakah kamu menafikan Allah yang Maha Agung yang telah menciptakan Nabi Adam as, asal-usul bangsa kamu dan penciptaan kamu (dari tanah),
yang kemudiannya menciptakan kamu dan (membentuk kamu sebagai manusia setelah menciptakan kamu) daripada nu ṭfah dan setitis air mani, yang telah mewujudkan kamu sebagai manusia yang sempurna hasil peringkat-peringkat berlainan dalam kehidupan? Kerana menafikan kehidupan akhirat bererti menafikan Allah yang Maha Kuasa, Dia yang memberitahumu khabar bahawa ianya akan berlaku dan Dia berkuasa
menjadikannya berlaku” 220 .
219 Ibid, hlm. 118-120. 220 Ibid, hlm. 120-121.
Harun Yahya juga menjelaskan bahawa penciptaan nabi Adam as tidak berlaku menerusi peringkat-peringkat evolusi, sebaliknya menciptakan baginda terus daripada tanah yang kering sebagaimana firman-Nya;
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya. "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.
Surah al-Hijr (15): 28-29
Penciptaan manusia daripada tanah dan air pula merujuk kepada penciptaan keturunan Adam as daripada air mani sehinggalah menjadi manusia sempurna. Firman- Nya;
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak- kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak- kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh),
Surah al-Haj (22): 5