Ayat mengenai penciptaan manusia daripada air (mani)

3) Ayat mengenai penciptaan manusia daripada air (mani)

                                            Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari

air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.

Surah al- Insān (76): 2

Pendokong Darwinisme mendakwa ayat di atas sebagai bukti bahawa manusia

dicipta bermula daripada air berdasarkan kalimah nu ṭfah. Mereka menjelaskan bahawa nu ṭfah merupakan cecair sepenuhnya yang menunjukkan manusia merupakan hasil daripada proses evolusi yang berasal daripada satu sel yang terbentuk di dalam air. Tafsiran sedemikian, tegas Harun Yahya, ternyata terpesong daripada tafsirannya yang sebenar. Para ulama tafsir mentafsirkan kalimah nu ṭfah berkenaan sebagai percampuran air mani lelaki dan wanita berdasarkan ulasan tafsir oleh Imam al-Ùabari yang mentafsirkan kalimah nu ṭfah amsÍaj sebagai campuran iaitu ‘Kami telah mencipta keturunan Adam as daripada campuran

air benih lelaki dan perempuan’ 215 . Beliau juga memetik tafsiran oleh Omer Nasuhi Bilmen mengenai ayat tersebut. Bilmen

menyatakan; “Kami telah ciptakan kamu daripada air (mani) lelaki dan perempuan yang

bercampur. Ya...manusia merupakan, bagi satu tempoh, nu ṭfah, dalam erti kata lain, air tulen yang jernih, dan kemudian bagi suatu tempoh lagi merupakan ʿalaq, dalam erti kata lain, segumpal darah, dan kemudiannya mudghah , dalam erti kata lain, seketul daging. Kemudian, tulang dibentuk dan dibaluti dengan daging, dan kemudiannya hidup...”.

Ibid, hlm. 115. Imam al- Ṭabari menyatakan bahawa Abdullah ibn Rawahah, Qatadah, Ibn ‘Abbas, Ikrimah, Mujahid, Al-Hasan dan Ar-Rabi` bin Anas mentafsirkan kalimah nu ṭfah amsḥaj sebagai ‘campuran air mani lelaki dan perempuan’. Lihat A. J. Al-Tabari, (1968). Jami' al-bayan 'an ta'wil al-Quran (ed. 3rd, Jil. 29-30). Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi., hlm. 203-204. Sayyid Qutb juga mentafsirkan kalimah nu ṭfah amsÍaj tersebut sebagai percantuman benih lelaki dan benih perempuan selepas persenyawaan. Ia juga ditafsirkan sebagai campuran pembawa-pembawa sifat warisan (gen) yang tersembunyi di dalam nu ṭfah tersebut. Lihat S. Qutb, (2000). Tafsir Fi Zilalil Qur'an (Jil. 17). (Y. Z. Yacob, Terj.) Kota Bharu: Pustaka Aman Press., hlm. 13. Nu ṭfah amsÍaj ditafsirkan Ibn ʿAbbas percampuran air mani lelaki dan air mani perempuan. Begitu juga tafsiran oleh Ikrimah, Mujahid, al-Hassan dan al- Rabiʾ bin Anas. Lihat Ibn Kathir. (2000). Tafsir al-Quran al-'Azim (Jil. 14). Giza: Muassasah Qurtubah., hlm. 206.

Tafsiran nu ṭfah jelas tidak mempunyai perkaitan dengan dakwaan teori mereka 216 berdasarkan ayat al-Quran yang lain iaitu;

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak- kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. Dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai.

Surah al- Ḥaj (22): 5

Ayat di atas menjelaskan peringkat-peringkat kejadian manusia. Kalimah turāb

memberikan pengertian bahan mentah yang mengandungi mineral dan unsur asas dalam tubuh manusia. Peringkat kedua pula merupakan percampuran bahan-bahan tersebut dalam air mani, yang dijelaskan al-Quran dengan kalimah nu ṭfah. Air mani tersebut mengandungi sperma yang memiliki maklumat genetik dan struktur yang diperlukan bagi mensenyawakan telur di dalam rahim ibu 217 . Beliau menegaskan bahawa teori evolusi Darwinisme sebaliknya mengandaikan wujud berjuta-juta peringkat hipotesis

H. Yahya, (2010). Why Darwinism is incompatible with the Qur'an., hlm. 116-117. 217 Menurut Harun Yahya, bahan mentah kejadian manusia merupakan tanah; pati yang dikumpulkan dalam bentuk air mani yang

membawa kepada pembentukan manusia. Lihat ibid, hlm. 118.

antara kejadian hidupan dalam air sehinggalah menjadi manusia 218 . Golongan evolusi cuba menggunakan ayat-ayat berikut sebagai bukti berlakunya proses evolusi yang bermula dengan pembentukan sel pertama di dalam air iaitu;

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Surah al- Anbiyāʾ (21): 30                                                    

                  Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka

sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah al-NËr (24): 45

Beliau menjelaskan, tafsiran sebenar māʾ (ءام) dalam ayat-ayat di atas dijelaskan

ayat-ayat al-Quran berikut sebagai air mani;                                                 

  Dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menciptakan pasangan - lelaki

dan perempuan, Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke Dalam rahim); Dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);

Surah al-Najm (53): 45-47

Bukankah ia berasal dari air mani Yang dipancarkan (ke Dalam rahim)? Surah al- Qiyāmah (75): 37

Peringkat-peringkat tersebut bermula dengan sel pertama, hidupan unisel, hidupan multisel, haiwan invertebrata, vertebrata, reptilia, mamalia, haiwan primat, dan peringkat seterusnya sehinggalah menjadi manusia. Lihat ibid.

Justeru, ternyata bahawa ayat di atas hanya menjelaskan mengenai peringkat kejadian manusia bermula daripada luar rahim ibu, dan kemudiannya berkembang di dalam rahim ibu sehinggalah menjadi manusia sempurna. Ulasan yang mengatakan bahawa penciptaan hidupan daripada air sebagai selari dengan kenyataan teori evolusi Darwinisme, tegasnya, merupakan satu kesalahan serius kerana ayat-ayat al-Quran tersebut menerangkan bahawa air merupakan unsur asas dalam setiap hidupan. Biologi moden juga menemui bahawa air merupakan unsur asas yang diperlukan dalam semua tubuh hidupan, dan di dalam sel. Tanpanya, hidupan akan mati 219 .

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26