Ayat mengenai proses penciptaan manusia pertama
5) Ayat mengenai proses penciptaan manusia pertama
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;
Sur ah Şād (38): 71
Golongan evolusi telah mentafsirkan ayat innī khāliqun basḥaran min ṭīn sebagai
menunjukkan proses penciptaan yang mengambil masa yang panjang. Bagi menyokong tafsiran mereka di atas, mereka membawakan ayat berikut sebagai sokongan;
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan
dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Surah al-Sajdah (32): 7
Mereka mendakwa ayat di atas khususnya yang bergaris merujuk kepada satu proses iaitu proses evolusi. Mereka juga mentafsirkan ayat al-Quran berikut khususnya pada bahagian bergaris sebagai bukti proses evolusi dalam penciptaan manusia;
Wahai manusia! Apakah Yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? Tuhan Yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan Yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan Dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja Yang dikehendakiNya, ia menyusun kejadianmu.
Surah al-Infi ṭār (82): 6-8
Harun Yahya menjelaskan, ayat innī khāliqun basḥaran min ṭīn dalam Surah Şād ayat 71 berkenaan bermaksud ‘Sesungguhnya Aku adalah yang telah menciptakan manusia daripada tanah liat’. Tafsiran versi evolusi itu ternyata menyimpang daripada tafsir ulama-ulama tafsir. Harun Yahya mengemukakan ulasan tafsir oleh Suleyman Ates, seorang ulama Turki mengenai ayat tersebut iaitu,
“Allah telah berfirman kepada malaikat bahawa Dia akan menciptakan manusia daripada tanah yang busuk. Setelah memberikan tanah tersebut bentuk seperti manusia dan meniupkan roh-Nya sendiri ke dalamnya, Dia memerintahkan para malaikat supaya sujud di hadapannya. Mereka semua mematuhi kecuali syaitan sahaja yang tidak sujud di hadapan nenek moyang manusia dan mengatakan bahawa dia yang diciptakan daripada api lebih mulia berbanding manusia yang diciptakan daripada tanah” 221 .
Imam al-Ùabari juga mengulas tafsir ayat tersebut sebagai; “Allah mengkhabarkan kepada para malaikat, “Aku akan menciptakan
manusia daripada tanah. Apabila Aku menciptakannya, membentuknya dan meniupkan roh-
Ku ke dalamnya, kamu akan bersujud di hadapannya” 222 .
Dalam Surah al-Sajdah ayat 7, ayat wa badaa’ khalaqa al-insÉni min ÏÊn, Harun
Yahya menegaskan bahawa ayat tersebut tidak merujuk kepada proses evolusi. Beliau menukilkan tafsiran oleh Imam al- Ṭabari iaitu, “Dia memulakan penciptaan Adam daripada tanah liat”. Allah SWT sentiasa meneruskan penciptaan-Nya sebagaimana firman-Nya 223 ;
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan Bagaimana Allah mencipta
makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya Yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
Surah al- Ankabūt (29): 19
Tafsiran ayat fasawwÉka faÑaddalak dalam Surah al-Infi ṭār oleh golongan evolusionisme itu juga tidak tepat. Harun Yahya mengemukakan tafsiran oleh Abu Ali Farisi, Omer Nasuhi Bilmen dan Imam al-Ùabari. Menurut Abu Ali Farisi;
“Ungkapan ‘Dia menyeimbangkan kamu’ bermaksud “Dia membentuk kamu dalam bentuk yang paling indah, dan dengan keseimbangan ini kamu diberikan kemampuan untuk membuat pertimbangan akal, idea dan kekuasaan, dan memberikan kamu keupayaan menguasai tumbuh-tumbuhan dan makhluk hidup yang lain. Dia telah membawa kamu ke hadapan dengan memberikan kecerdasan yang jauh lebih baik berbanding makhluk-makhluk lain yang ada di dunia”. Ini adalah bersesuaian dengan maksud ayat berikut;
222 Ibid, hlm. 123. Ibid. Lihat juga A. J. Al-Tabari, (1968). Jami' al-bayan 'an ta'wil al-Quran (ed. 3rd, Jil. 22-25). Kaherah: Mustafa al-Babi al- Halabi., hlm. 185.
223 Ibid, hlm. 125.
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya.
Surah al-Hijr (15): 29
Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.
Surah al- Isrā’ (17): 70 Semua ini adalah nikmat dan kasih sa
yang dari Allah” 224 .