Kemasukan Teori Evolusi Darwinisme ke Dunia Islam

3.3.7 Kemasukan Teori Evolusi Darwinisme ke Dunia Islam

Reaksi sarjana Islam terhadap teori Darwinisme pada waktu itu 125 adalah lebih kurang sama dengan reaksi oleh sarjana Kristian dan boleh dikategorikan kepada tiga bentuk reaksi iaitu golongan: (1) Anti-Darwinisme, (2) Darwinisisme, dan (3)

122

J. A. Thomson, (2009). Darwin's predecessors. Dalam A. C. Seward (Ed.), Darwin and modern science: Essays in commemoration of the centenary of the birth of Charles Darwin and of the fiftieth anniversary of the publication of the origin of species (hlm. 3-17). Cambridge: Cambridge University Press.

123

F. Rahman, (2002, Summer). Implications of Darwinism. Science-Religion Dialogue, Summer 2002. Mansehra, Pakistan. Didapatkan November 1, 2011. 124 Petikan kenyataan oleh Darwin dalam autobiografinya;

“In October, 1838, that is, fifteen months after I had begun my systematic enquiry, 1 happened to read for amusement 'Malthus on Population,' and being well prepared to appreciate the struggle for existence which everywhere goes on from long-continued observation of the habits of animals and plants, it at once struck me that under these circumstances favourable variations would tend to be preserved, and unfavourable ones to be destroyed. The result of this would be the formation of new species”

Bagi keterangan lanjut, rujuk F. Darwin, (Ed.). (1887). The life and letters of Charles Darwin (Vol. I). London: John Murray., hlm. 83. Lihat juga ibid, hlm. 13-14. 125

M. Iqbal, (2009). Darwin's shadow: Context and reception in the Muslim world. Islam & Science, 7(1), 9-50. Pengkaji bersetuju dengan kenyataan Iqbal itu kerana sememangnya wujud tiga kelompok sarjana Islam dalam reaksi mereka terhadap teori tersebut. Antara kalangan cendekiawan Islam yang termasuk dalam golongan yang menerima teori itu ialah Ghulam Ahmad Pervez (1903-1985), Dr. Mahmud Muftic dan beberapa sarjana Islam lain. Golongan ini menerima dan membenarkan kenyataan Darwin dan menjelaskan peringkat-peringkat perkembangan hidupan secara evolusi berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Misalnya, Dr. Mahmud Muftic mentafsirkan Surah al-Mukminun ayat 12 hingga 14 dengan tafsiran berdasarkan teori evolusi Darwinisme sedangkan ayat-ayat tersebut secara jelas menerangkan tentang proses embriologi; perkembangan manusia daripada setitis air mani sehinggalah menjadi seorang bayi yang sempurna sifat manusianya. Golongan kedua yang bersifat moderat dalam reaksinya terhadap teori tersebut ialah seperti Hossein al-Jisr (1845-1909), dan Dr. Inayatullah Mashriqi. Golongan ini merupakan kelompok yang berusaha mengharmonikan teori evolusi dengan Islam seperti menyesuaikan tafsiran al-Quran dengan teori tersebut. Hossein al-Jisr misalnya mengulas mengenai Surah al-Anbiya' ayat 30 dan kelihatan seperti mempertahankan pandangan Darwinisme dengan menyatakan “Tiada sebarang bukti dalam al-Quran yang menjelaskan sama ada semua spesies, yang setiap satunya wujud dengan izin Allah, dicipta serentak semuanya atau secara beransur- ansur”. Dr. Inayatullah Mashriqi mempertahan teori evolusi dengan menyatakan bahawa evolusi merupakan proses fenomena tabii yang dirangka oleh Allah yang bukan hanya sekadar telah ada sejak penciptaan tetapi akan terus berlaku tanpa henti sehinggalah memenuhi tujuan penciptaan. Perbezaan Dr. Inayatullah dengan Darwin ialah keengganan Darwin menerima Tuhan sebagai suatu entiti. Golongan ketiga merupakan golongan yang menolak teori Darwinisme sepenuhnya. Mereka menolak teori evolusi Darwinisme kerana bertentangan dengan ajaran Islam khususnya bertentangan dengan kenyataan al-Quran dan al-Hadith. Tokoh-tokoh utama yang termasuk dalam golongan ini ialah seperti Harun Yahya, Wahiduddin Khan, Seyyed Hossein Nasr dan sebagainya. Lihat A. Majid, (2002). The Muslim responses to evolution. Science-Religion Dialogue, Summer 2002. Mansehra, Pakistan:

20, 2010, daripada http://www.hssrd.org/journal/summer2002/muslim-response.htm, M. Iqbal, (2000). Biological origins: Traditional and contemporary perspectives. International Conference on God, Life and Cosmos: Theistic Perspectives, (hlm. 33). Islamabad. Didapatkan Februari 3, 2012, daripada http://cis-ca.org/kalam/muzaffar.htm#_ftnref101, M. Muftic, (2001). Life, man and the Qur'an. Dalam M. Ilyas (Ed.), The Lord: The Qur'an, universe and evolution (hlm. 71-93). Kuala Lumpur: A.S. Nordeen., dan Elshakry, M. (2011). Muslim hermeneutics and Arabic views of evolution. Zygon, 46(2), 330-344.

Hazara Society

for

Science

Religion

Dialogue.

Didapatkan

Mei

Darwinisme 126 . Teori evolusi Darwinisme; bersama-sama dengan disiplin sains moden lain, diperkenalkan kepada umat Islam ketika wilayah-wilayah Islam berada pada di bawah penjajahan Barat sekitar tahun 1880-an. Umat Islam pada waktu itu mempunyai kefahaman yang lemah terhadap sains moden, tidak mempunyai makmal-makmal sains lagi, dan lebih malang tradisi penyelidikan saintifik yang dimiliki umat Islam pada era kegemilangannya hampir lenyap sama sekali. Keadaan ini menyebabkan tiada mana-mana Muslim dapat menjawab kenyataan teori tersebut secara saintifik pada awal interaksi tersebut. Darwinisme memasuki Dunia Islam melalui kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke bumi Arab 127 terutamanya melalui institusi pendidikan yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian seperti Syrian Protestant College 128 . Selanjutnya, teori ini turut disebarluaskan oleh beberapa sarjana Arab yang berfahaman sains moden seperti Shibli Shumayyil menerusi buku tulisannya, The Philosophy of Evolution and Progress 129 . Darwinisme juga berkembang melalui penerbitan-penerbitan jurnal sains berbahasa Arab sekitar tahun 1865 hingga 1929. Tiga jurnal sains paling berpengaruh ketika itu ialah al-Muqtataf (1876-1952), al-Hilal (1892-1930), dan al-Mashriq (1898-1930) 130 .

James Moore mengelompokkan reaksi sarjana Kristian terhadap teori Darwinisme kepada tiga golongan tersebut. Menurutnya, golongan Kristian Anti-Darwinisme merupakan golongan yang menentang teori evolusi Darwinisme dan berpegang kepada kenyataan bahawa setiap bentuk hidupan itu ditetapkan dengan kehendak Tuhan. Golongan Kristian Darwinisisme ialah golongan yang cuba mengharmonikan antara ajaran agama dengan teori evolusi Darwinisme sehingga menghasilkan teori evolusi non-Darwinism dengan memasukkan peranan Tuhan di dalam evolusi. Manakala golongan Kristian Darwinisme merupakan golongan yang menyokong dan menerima teori tersebut sepenuhnya. Bagi huraian selanjutnya mengenai reaksi sarjana Kristian sila lihat J. R. Moore, (1979). The post-Darwinian controversies: A study of the Protestant struggle to come to terms with Darwin in Great Britain and America 1870-1900. Cambridge: Cambridge University Press., hlm. 193-345. 127 M. Iqbal, (2009). The making of Islamic science. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust., hlm. 183 128 M. Iqbal, (2009). Darwin's shadow: Context and reception in the Muslim world. Islam & Science, 7(1), 9-50.

130 Osman Bakar. (2008). Tawhid and science. Shah Alam: Arah Pendidikan., hlm. 219 Ketiga-tiga jurnal ini ditulis oleh intelektual Kristian Arab dan penulisannya bukan lagi berasaskan kepada sains tulen dan aplikasinya tetapi lebih kepada mencabar pemikiran masyarakat Arab Muslim ketika itu. Rujuk ibid.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26