Sikap dan kesilapan golongan Muslim pro-Darwinisme

4.2.2.12 Sikap dan kesilapan golongan Muslim pro-Darwinisme

Harun Yahya membahagikan golongan Muslim yang mendokong teori evolusi Darwinisme kepada tiga golongan. Pertama, golongan materialis Muslim yang meyakini bahawa teori tersebut terbukti secara saintifik meskipun wujud banyak bukti ketidaksahan teori tersebut. Namun, mereka tetap mempertahankan teori itu dan menolak semua kritikan terhadapnya 196 . Kedua, golongan yang tidak mempunyai maklumat secukupnya mengenai teori itu. Mereka bersikap bena tak bena terhadap teori itu kerana mereka tidak menyedari bahaya dan akibat yang dibawa oleh teori itu kepada umat manusia selama ini dan hanya sekadar menutup mata sahaja atas segala kepincangannya. Ketiga, golongan yang dipengaruhi oleh faham Materialisme dan menganggap teori itu sebagai fakta saintifik dan berusaha mengharmonikannya dengan kepercayaan kepada Allah; dikenali sebagai golongan Darwinisisme Islam. Meskipun ketiga-tiga golongan terbabit berbeza daripada segi bentuk perincian dalam pendirian antara satu sama lain, namun ketiga-tiganya sepakat dalam membenarkan teori tersebut dan menyatakan bahawa ianya merupakan satu fakta sains.

Harun Yahya mengkritik teori evolusi versi tersebut kerana ianya bukanlah suatu fakta sains tetapi hanya sekadar berpura- pura ‘beradaptasi dengan agama’ kerana masih bertunjangkan faham Materialisme dan pandang alamnya berteraskan pandangan materialistik 197 . Penciptaan menerusi evolusi merupakan taktik serampang dua mata golongan faham Materialisme iaitu untuk mendapatkan sokongan daripada kepercayaan agama dan dalam masa yang sama melemahkan kritikan intelektual golongan agamawan terhadap teori itu. Menurutnya lagi, mempercayai bahawa teori itu selaras dengan al-Quran dengan mengabaikan segala amaran yang terkandung di dalam al- Quran merupakan satu kesilapan besar 198 .

H. Yahya, (2010). Why Darwinism is incompatible with the Qur'an., hlm. 8-9. Ibid. 198 Menurut Harun Yahya, golongan evolusi menggalakkan kompromi antara kepercayaan beragama dengan teori tersebut kerana melaluinya, keyakinan terhadap penciptaan alam oleh Allah akan dilemahkan dan dirosakkan. Lihat ibid, hlm. 18-19.

Harun Yahya mengkritik golongan yang meyakini bahawa Allah mencipta hidupan menggunakan mekanisme evolusi 199 . Meskipun tidak mustahil untuk Allah menggunakan evolusi dalam mencipta kehidupan jika Dia berkehendakkan, namun tiada sebarang maklumat di dalam al-Quran yang menyebutkan tentang penciptaan sebegitu. Sains sendiri, jelasnya, menunjukkan bahawa pilihan alamiah dan mutasi tidak boleh mencipta atau menghasilkan spesies baharu 200 . Beliau menegaskan bahawa Allah menciptakan segala-galanya dalam bentuk dan pada waktu yang dikehendaki-Nya tanpa memerlukan sebarang sebab atau peringkat untuk mencipta sesuatu kerana Dia mengatasi segala sebab 201 . Allah berupaya mencipta peringkat-peringkat khusus perkembangan dalam mencipta ciptaan-Nya 202 dan ianya amat mudah bagi Allah dalam menciptakan dan mematikan alam ini sebagaimana firman-Nya:

              Dia lah Yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila ia menetapkan

jadinya sesuatu perkara maka ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" lalu menjadilah ia.

Surah al- Mu’min (40): 68

Muslim yang mempercayai bahawa Allah menggunakan evolusi dalam mencipta alam menerusi pilihan alamiah, mutasi, dan peringkat-peringkat perantaraan evolusi telah melakukan satu kesilapan serius kerana tidak wujud sebarang kenyataan sains mahupun al-Quran yang menyokong kenyataan itu. Menurutnya, sesetengah manusia tidak memahami kekuasaan Allah namun menghakimi-Nya berdasarkan kemampuan mereka yang terhad 203 .

Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas mengkritik keras kenyataan yang terkandung dalam Encyclopaedia Britannica yang menyatakan bahawa Muhammad Abduh membenarkan teori Darwinisme tentang saingan dalam hidup dalam mentafsirkan ayat 249 Surah al-Baqarah. Saingan dalam hidup ditafsirkan oleh golongan Darwinisme sebagai peperangan. Namun, Fadal Hassan menegaskan bahawa saingan tersebut sebenarnya bukanlah bermaksud peperangan semata-mata tetapi mencakupi semua bentuk saingan dalam hidup manusia. Lihat F. H. Abbas, (2010). Wacana al-Quran: Membongkar dakwaan palsu orientalis terhadap al- Quran. (Z. M. Yusoff, & F. Mahmud, Terj.) Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd., hlm. 271-272.

H. Yahya, (2010). Why Darwinism is incompatible with the Qur'an., hlm. 82-83.

202 Ibid, hlm. 83. Contoh yang diberikan Harun Yahya ialah seperti peringkat perkembangan manusia yang bermula dengan persenyawaan antara sperma dengan ovum. Lihat ibid.

203 Ibid, hlm. 85.

Firman Allah SWT;            

       Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah Dengan

penghormatan Yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - Dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung Dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah ia dan tertinggi keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan.

Surah al-Zumar (39): 67

Tegasnya, Allah tidak menciptakan beruk terlebih dahulu, seterusnya berevolusi menjadi manusia tetapi Dia menciptakan manusia dengan keadaan paling sempurna 204 . Kenyataan ini selaras dengan firman Allah;

           Ia menciptakan langit dan bumi Dengan cara Yang sungguh layak dan

berhikmat, dan ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.

Surah al- Taghābun (64): 3

Allah juga telah menciptakan segala rupa dan makhluk di alam ini secara serta- merta dan sempurna tanpa memerlukan evolusi untuk menghasilkannya 205 . Firman Allah SWT;

Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagi-Nyalah nama-nama Yang sebaik- baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada banding-Nya, lagi Maha Bijaksana.

Surah al-Has ḥr (59): 24

Golongan evolusionisme Muslim telah dipengaruhi faham naturalisme sehingga mengenepikan satu fakta penting iaitu Allah Maha Berkuasa untuk menghidupkan dan

Harun Yahya menyatakan bahawa kewujudan sesetengah manusia yang mempunyai kecacatan dan ketidaksempurnaan mempunyai sebab yang tertentu iaitu sebagai peringatan kepada mereka yang melihat dan ujian bagi mereka yang mengalaminya. Lihat ibid, hlm. 87. 205 Ibid.

mematikan. Sikap berkenaan disebabkan oleh mereka berpegang kepada hukum alam tabii bersifat tetap dan tidak berubah, dan tiada sebarang fenomena yang boleh berlaku di luar batasannya 206 . Mereka mendakwa bahawa Allah telah menciptakan segala ciptaan-Nya dalam batasan pilihan alamiah yang kemudiannya berevolusi menerusi mutasi, pilihan alamiah dan variasi membentuk spesies baharu. Hakikatnya, Allah tidak terikat dengan peraturan yang diciptakan-Nya dan Dia Maha Berkuasa untuk mencipta keajaiban di luar peraturan-peraturan tersebut 207 .

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26