Darwin'i Yıkan Kafatasları (Tengkorak yang Menghancurkan Darwinisme)

4) Darwin'i Yıkan Kafatasları (Tengkorak yang Menghancurkan Darwinisme)

Buku ini sebuah karya Harun Yahya yang menerangkan mengenai hakikat penciptaan manusia yang bukan berasal dan berevolusi daripada beruk. Penyiasatan saintifik ke atas tengkorak manusia dan beruk yang dijalankan menunjukkan bahawa beruk dan manusia tidak datang daripada moyang yang sama (common ancestor), dan beruk tidak berevolusi berubah menjadi manusia, sebagaimana yang didakwa oleh teori evolusi. Ia telah diterbitkan dalam bahasa Turki buat pertama kalinya pada Januari 2008 dan turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Buku-bukunya yang lain dalam tema teori evolusi Darwinisme termasuklah;

1. Darwinizm İle İlmi Mücadelenin Önemi (Perjuangan Intelektual Menentang Darwinisme)

2. Darwinistler Neleri Düşünmezler? (Apakah yang Gagal Dipertimbangkan oleh Pendokong Darwinisme?)

3. Tarihi Bir Yalan Kabataş Devri (Zaman Batu: Satu Pembohongan Sejarah)

4. Darwin'in Anlayamadığı Kambriyen (Bukti Cambrian yang Darwin Gagal Fahami)

5. Darwin Amca Biz Hiç Değişmedik (Pakcik Darwin, Kita Tidah Pernah Berubah)

6. Darwinizm Nasıl Bir Açmaz? (Bagaimanakah Sikap Darwinisme Terhadap Sel?)

7. Darwinstlerin Bilmek İstemedikleri Gerçekler (Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui oleh Golongan Darwinisme)

8. Darwin Bu Gerçekleri Bilmiyordu (Darwin Tidak Mengetahu Fakta Ini)

9. Kuşların ve Uçuşun Kökeni (Asal-usul Burung dan Penerbangan) dan banyak lagi.

Buku-bukunya bertemakan teori evolusi Darwinisme merupakan penulisan bersifat ilmiah yang sarat dengan bukti-bukti dan penemuan-penemuan saintifik hasil kajian dan penyelidikan saintis-saintis seantero dunia yang diadun dan disesuaikan dengan kenyataan-kenyataan al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. Hasil penulisannya boleh dimuat turun secara percuma dalam bentuk fail berformat Microsoft

PDF di http://www.harunyahya.com/list/type/1/name/Books/.

Suasana persekitaran hidup Harun Yahya pada awal usianya banyak mempengaruhinya dan menjadi faktor utama kepada bermulanya usaha-usaha beliau dalam mengkaji dan mengkritik teori evolusi Darwinisme. Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang sekular namun kesedaran yang timbul menyebabkan beliau mendekati, mempelajari seterusnya mendalami pelbagai ilmu-ilmu Islam.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang diterima tidak membuatkan Harun Yahya patah semangat, sebaliknya menjadikan beliau seorang yang tabah, matang dan semakin giat menghasilkan pelbagai karya dan tulisan dalam usaha beliau melaksanakan dakwah di jalan Allah. Konspirasi-konspirasi yang dikenakan terhadap beliau tidak melemahkan beliau dan BAV, tetapi sebaliknya membuatkan lebih banyak pihak menghormati dan menyanjungi beliau atas usaha yang beliau lakukan. Disebabkan aktiviti-aktiviti tersebut jugalah menyebabkan pelbagai pihak khususnya daripada kalangan pendokong evolusionisme melakukan pelbagai serangan dan tohmahan terhadap dirinya.

Dalam hubungan BAV dengan ICR, kerjasama tersebut tidak mempunyai masalah kerana sememangnya Islam dan Kristian mempunyai persamaan dalam beberapa perkara terutamanya berkaitan penciptaan alam kerana kedua-duanya

32

merupakan agama sam 60 āwi . Dalam konteks ini, meskipun hujah-hujah Harun Yahya dan BAV mirip hujah-hujah kalangan agamawan Kristian khususnya ICR tetapi beliau tetap meletakkan asas-asas hujah beliau dengan kenyataan dan prinsip Islam melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Selain itu, beliau menggunakan kajian dan data-data saintifik saintis yang terkemuka dan ahli dalam bidang mereka khususnya saintis Eropah yang diakui dan diiktiraf oleh komuniti sains. Melalui cara ini, beliau telah menjimatkan banyak masa, tenaga dan wang untuk melakukan kajian tersebut sendiri. Selain itu, Harun Yahya dan BAV menggunakan hujah-hujah tersebut untuk membuktikan kelemahan dan kepincangan teori evolusi Darwinisme dalam kerangka sains Barat itu sendiri. Pendekatan berkenaan merupakan sesuatu yang relevan khususnya dalam menjelaskan realiti sebenar teori evolusi Darwinisme kepada masyarakat bukan Islam Barat. Penghujahan berasaskan bukti dan data saintifik serta penggunaan logik dan rasional akal memudahkan penerimaan masyarakat Barat serta membolehkan mereka menilai kritikan Harun Yahya secara rasional. Selain itu, pengkaji juga yakin beliau mempunyai barisan penasihat dari kalangan ahli sains dalam BAV yang membantunya dalam kritikan sainsnya itu seperti Dr. Oktar Babuna.

Dalam masa yang sama, dalil-dalil naqli digunakannya dalam menerangkan mengenai hakikat dan fenomena penciptaan alam. Secara tidak langsung, pendekatan ini dapat menarik minat kalangan bukan Islam dan sekular untuk mendekati dan memahami Islam. Selain itu, penghujahan secara logik dan rasional akal adalah selari dengan seruan dan anjuran Islam yang menyeru umatnya untuk berfikir mengenai

60 Antara persamaan tersebut ialah alam ini dicpta oleh Allah, semua hidupan dicipta oleh Allah dan sebagainya. Persamaan ini bukan suatu perkara yang menghairankan kerana kedua-dua agama ini merupakan agama samawi yang diturunkan oleh Allah.

Perbezaan yang timbul wujud disebabkan oleh tafsiran kalangan agamawan Kristian yang bercanggah dengan penemuan- penemuan sains seperti tafsiran paderi Kristian bahawa bumi ini berusia enam ribu tahun.

kepada kenyataan pihak Kristian 62 . Akhirnya, kajian ini telah mengenengahkan latar belakang Harun Yahya, cabaran yang diharunginya dan sumbangannya dalam usahanya mengkritik teori evolusi Darwinisme. Bab berikutnya akan memaparkan mengenai latar belakang ringkas pengasasnya, Charles Darwin dan teori evolusi Darwinisme, sejarah perkembangan ringkas, prinsip dan mekanisme teori tersebut. Di samping itu, ianya juga akan memaparkan secara ringkas interaksi umat Islam dengan teori tersebut ketika peringkat awal kemasukan teori itu ke Dunia Islam.

61 Lihat Abdul Halim Ibrahim. (2010). Protein: Tinjauan awal hujah-hujah penolakan oleh Harun Yahya terhadap teori evolusi Darwinisme. Prosiding Seminar Islam, Sains dan Teknologi: Kupasan beberapa isu semasa (hlm. 23-38). Kuala Lumpur:

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya & Yayasan Ilmuwan. 62 Muzaffar Iqbal menyifatkan pendekatan ini telah digunapakai oleh kalangan sarjana Islam yang membincangkan mengenai

teori evolusi iaitu menggunapakai bukti-bukti saintifik yang serupa akibat kedangkalan pemahaman berkaitan sains. Lihat M. Iqbal, (2010). Darwin's shadow: Evolution in an Islamic mirror. Islam & Science, 8(1).

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26