Zaman Yunani-Romawi

3.3.1 Zaman Yunani-Romawi

Zaman sains Yunani-Romawi berlangsung sekitar 600 tahun sebelum masihi hingga ke tahun 600 masihi 31 . Perbezaan ketara antara era Yunani dengan era Romawi ialah pada pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua sarjana dalam menjelaskan fenomena tabii; sarjana-sarjana Yunani menggunakan pendekatan saintifik dalam penjelasan fenomena tabii manakala sarjana-sarjana Romawi menerangkan sesuatu fenomena tabii berdasarkan keterangan mitos dan kepercayaan purba.

Terdapat beberapa teori asal-usul kehidupan signifikan yang pernah dikemukakan sarjana-sarjana Yunani dan Rom yang boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang berpegang kepada hidupan terjadi secara semula jadi dan golongan yang berpegang bahawa hidupan merupakan suatu ciptaan. Antara tokoh yang termasuk dalam golongan pertama ialah Thales (625-546 SM). Thales dianggap sebagai pelopor falsafah sains tabii dan konsep sains awal yang rasional kerana penekanannya terhadap penghuraian data empirik dan fenomena tabii rasional berbanding cendekiawan Yunani sebelumnya yang terbelenggu dengan mitos

Olympia 32 . Thales dalam konteks pembentukan kehidupan mengemukakan teori semua kehidupan muncul daripada air kerana air merupakan elemen asas dalam setiap hidupan 33 ; dikenali sebagai Teori Generasi Spontan (Spontaneous Generation Theory ). Teori ini digunapakai sehinggalah ditolak sepenuhnya oleh komuniti sains pada awal abad ke-20. Anaximander (611-547 SM) pula menyatakan kehidupan 34

31 Sains Yunani-Romawi secara umumnya dibahagikan oleh para saintis dan sejarahwan kepada empat tahap utama; tahap pra- Sakrotik (600-400 SM), tahap kedua (abad keempat sebelum masihi) iaitu pada zaman Aristotles dan Plato, tahap ketiga ialah

zaman Hellenistik 31 (300-100 SM) dan tahap keempat pada zaman Romawi (100 SM hingga 600 M). Lihat Hairudin Harun. (2004). Daripada sains Yunani kepada sains Islam: Peranan dan proses penyerapan sains asing dalam pembentukan sains Islam klasikal. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya., hlm. 39. Disebut selepas ini sebagai Hairudin Harun (2004). Daripada sains Yunani kepada sains Islam.

33 Ibid. Kenyataannya itu berdasarkan kepada pemerhatiannya iaitu makanan semua hidupan merupakan lembapan, dan kehangatan sendiri dijana daripada kelembapan dan ia hidup dengannya. Selain itu, benih (semen) bagi semua benda hidup bersifat lembap.

Thales juga menyatakan bahawa bumi terapung di atas air. Lihat W.K.C. Guthrie,.(1962). A history of greek philosophy, Vol. I. Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 55 dan 59.

34 Berbeza dengan Thales, Anaximander menyatakan bahawa unsur asas kehidupan bukanlah water atau mana-mana elemen lain tetapi suatu campuran bahan yang berbeza yang tiada sempadan; dinamakannya sebagai apeiron. Lihat W.K.C.

Guthrie,.(1962). A history of greek philosophy, hlm. 76-78.

bermula daripada laut, serta mengatakan bahawa semua haiwan darat termasuk manusia berubah daripada bentuk ikan 35 . Empedocles (493-433 SM) pula berpendapat bahawa haiwan-haiwan yang wujud kini berasal daripada kombinasi organ-organ dalaman dan luaran yang pada asalnya terdiri daripada pelbagai bahagian badan secara rawak. Haiwan-haiwan yang muncul dengan kombinasi yang tidak sesuai akan mengalami kemerosotan dan mati manakala yang sesuai terus hidup, mengalami perubahan bagi disesuaikan dengan persekitaran dan akhirnya

wujud sebagai haiwan yang diketahui sekarang 36 . Meskipun Empedocles mempercayai abiogenesis, namun idea dan ajarannya mengenai alam tabii lebih hampir dengan teori evolusi Darwinisme berbanding tokoh-tokoh Yunani sebelumnya. Empedocles telah mengenalpasti perkembangan berperingkat hidupan peringkat rendah kepada lebih tinggi dan mengajar bahawa tumbuhan muncul lebih

dahulu sebelum haiwan 37 . Idea ini disokong dan disebarluaskan oleh Lucretius (99-

55 SM) 38 , penulis sajak epik On the Nature of Things. Lucretius menyatakan bahawa dunia ini terdiri daripada material secara eksklusif, hanya gabungan atom-atom dan

merangkumi kepada persoalan roh; dunia tanpa pencipta 39 . Golongan kedua merupakan kalangan yang mempercayai bahawa semua hidupan dicipta oleh Tuhan atau kuasa agung. Aristotles (384-322 SM) merupakan sarjana Yunani pertama yang mengkaji tentang alam tabii dan biologi secara

saintifik. Aristotles telah memberikan konsep spesies 40 serta mengklasifikasikan haiwan berdasarkan morfologi dan cara hidup. Aristotles juga menempatkan hidupan

35 Anaximander menyatakan bahawa hidupan muncul hasil daripada penyejatan elemen lembap oleh matahari. Embrio manusia pula dinyatakannya sebagai bertumbesaran di dalam tubuh ikan atau makhluk seperti ikan, dan kemudiannya membentuk lelaki

dan wanita yang sempurna. Lihat W.K.C. Guthrie, (1962). A history of Greek philosophy (Vol. I). Cambridge: Cambridge University Press., hlm.102-104. Lihat juga D. M. Borchert, (Ed.). (2006). Encyclopedia of philosophy (2nd ed., Vol. 3). Thomson Gale., hlm. 486.

36 M. Pallen, (2009). The rough guide to evolution., hlm.4 37 J. A. Zahm, (2009). Evolution and dogma., hlm. 26. 38 Ibid.

40 Aristotles menyatakan “spesies sebagai hidupan tabi’i yang membiak sama jenis dengannya” (being natural kinds which D. Swift, (2002). Evolution: Under the microscope., hlm. 61. reproduce true to type ). Lihat ibid,hlm. 59.

dalam suatu hierarki (scala naturae) atau Rantaian Hidupan (Chain of Being) 41 . Aristotles berpegang teguh bahawa teleleologi merupakan kunci utama dalam mengkaji hidupan. Oleh sebab itu, Aristotles menyatakan bahawa semua kejadian dan hidupan di dunia ini digerakkan oleh Penggerak Utama (Prime Mover) atau Penyebab Utama (First Cause). Kepelbagaian struktur dalaman dan luaran haiwan dilihatnya sebagai bukti bahawa haiwan-haiwan itu dicipta bersesuaian dengan

fungsi dan peranan masing-masing 42 . Galen (129-199 M), seorang pakar perubatan Rom yang mempercayai bahawa hidupan-hidupan di dunia dicipta, bukan terjadi secara sendiri. Galen sependapat dengan Aristotles bahawa organ-organ dan anggota-anggota badan haiwan dan manusia dicipta bagi memenuhi fungsi dan peranan masing-masing. Pihak gereja memuji pandangan teleleologinya itu meskipun Galen bukan seorang penganut

Kristian 43 . Cicero (106-43 SM), seorang negarawan dan penulis Rom menyatakan bahawa semua hidupan di alam ini dicipta dan tidak terjadi secara sendirinya; sebagaimana sebuah patung dibentuk oleh pembuatnya dan tidak terjadi secara

sendiri 44 . Pliny the Elder (23-79 M) 45 pula telah menghasilkan karya bertajuk Natural History yang menjadi rujukan sehingga abad ke-12 masihi. Pliny turut berpegang bahawa alam tabii dicipta oleh tuhan 46 . Walau bagaimanapun, karyanya yang berkaitan alam tabii itu bercampur aduk dengan mitos dan idea-idea yang tidak logik. Hal ini berlaku kerana sikapnya yang mudah mempercayai dan tidak kritikal

terhadap sesuatu kenyataan 47 .

41 Aristotles meletakkan hidupan paling ringkas seperti cacing dan lalat pada kedudukan terbawah hierarki dan manusia pada puncaknya. Aristotles melihat hierarki ini pemeringkatan tahap kompleksiti dan kesempurnaan sesuatu hidupan. Lihat ibid. hlm.

59-60.

43 J. A. Zahm, (2009). Evolution and dogma., hlm. 26. Ibid. hlm. 61. 44 Ibid. 45 Pliny merupakan seorang yang sangat meminati perkara- perkara berkaitan fenomena alam tabi’i. Pliny mati ketika melalukan

pemerhatian terhadap letusan gunung berapi Vesuvius yang memusnahkan Pompeii. D. Swift, (2002). Evolution: Under the microscope 46 ., hlm. 8. Ibid, hlm.62. 47 Ibid. hlm. 7-8.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26