Zaman Renaissance

3.3.4 Zaman Renaissance

Zaman Renaissance merupakan zaman kebangkitan masyarakat Eropah keluar daripada Zaman Kegelapan. Zaman ini juga menandakan era perubahan pandang alam masyarakat Barat dalam melihat alam tabii ini yang selama ini dikongkong oleh doktrin Kristian kepada idea-idea yang bersifat mekanikal dan fizikal hingga timbulnya falsafah mekanikal yang menyifatkan alam semesta ini beroperasi seperti sebuah jam; alam beroperasi secara sendiri selepas dicipta oleh Tuhan. Tuhan pula disifatkan seperti pembuat jam (watchmaker). Falsafah mekanikal berkefahaman bahawa

alam ‘jam’ ini boleh diuraikan, dicerap, difahami dan digunakan 72 . Pada awalnya, kebanyakan sarjana Barat masih menyandarkan pandangan mereka dengan

kekuasaan Tuhan, sama ada sebagai Pencipta, Penyebab Utama (Divine Cause) atau sebagai Penggerak Utama (Prime Mover). Zaman ini jugalah berlakunya tiga ‘letupan’ besar dalam dunia sains sehingga mengubah pandang alam manusia

sebelum ini 73 . Teleleogi dan penjelasan telelogikal mengenai sesuatu fenomena tabii

pada zaman ini mula diberikan pertimbangan secara skeptik 74 . Saintis Barat yang dianggap sebagai pencetus revolusi sains ialah Copernicus (1473-1543). Ideanya berkenaan teori heliosentrik (matahari sebagai pusat alam) telah mencabar teori geosentrik (bumi sebagai pusat alam) gagasan Aristotle dan Ptolemy yang merupakan pegangan rasmi pihak gereja. Walau bagaimanapun,

71 Ibid, hlm. 271-272. 72 M. Iqbal, (2008). Darwin's shadow: Context and reception in the Western world. Islam & Science, 6(2), 99-152. 73 Chris Fleming dan Jane Goodall dalam mengulas perkara tersebut telah memetik kenyataan Sigmund Freud yang menyatakan

bahawa letupan pertama merupakan kenyataan bahawa bumi bukanlah pusat alam semesta sebagaimana yang diyakini sebelum itu tetapi hanyalah merupakan bahagian kecil daripada sistem kosmik yang sangat luas. Kenyataan ini dikaitkan dengan Copernicus. Letupan kedua ialah apabila kajian biologi menolak kedudukan istimewa manusia sebagaimana menurut kepercayaan agama dan menunjukkan bahawa manusia berasal daripada haiwan dan mempunyai sifat haiwan; kajian biologi yang disandarkan kepada Darwin. Letupan ketiga ialah kenyataan Sigmund Freud yang menyatakan bahawa ego itu tidak dikawal oleh manusia. Lihat C. Fleming, & J. Goodall, (2002). Dangerous Darwinism. Public Understanding of Science, 11, 259-271. 74

F. J. Soontiëns, (1991). Evolution: Teleology or chance? Journal for General Philosophy of Science / Zeitschrift für allgemeineWissenschaftstheorie, 22 (1), 133-141. Didapatkan Oktober 27, 2011, daripada http://www.jstor.org/stable/25170904.

Copernicus terselamat daripada tindakan gereja Katolik kerana beliau merupakan tokoh Katolik dan karyanya yang kontroversi, ‘De Revolutionibus Orbium

Coelestium (Revolusi Sfera Cakerawala) hanya dicetak selepas kematiannya 75 . Galileo Galilei (1564-1642) merupakan pendokong idea Copernicus yang telah membuktikan kepincangan teori geosentrik menerusi kaedah matematik dan kaedah cerapan teleskop. Disebabkan percanggahan pegangannya dengan pegangan pihak gereja Katolik, buku-buku tulisannya telah diharamkan dan Galileo dikenakan

tahanan rumah sehingga kematiannya 76 . Walau bagaimanapun, Galileo bukanlah seorang saintis yang menolak agama dan Tuhan kerana Galileo mempercayai bahawa wujud dua jenis kitab suci iaitu kitab suci tekstual (the book of scripture) dan kitab

alam (the book of nature) 77 . Kemuncak revolusi sains berlaku pada era Isaac Newton (1642-1727). Meskipun Newton tidak menolak peranan Tuhan dan agama, namun idea mekaniknya terhadap alam ini telah mengubah pandangan manusia terhadap alam

dan fungsi Tuhan 78 . Newton menyatakan bahawa alam ini sebagai sebuah jentera ciptaan Tuhan 79 . Falsafah mekanikal Newton menyatakan bahawa Tuhan merupakan

tukang pertama pembuat jentera tersebut dan penggeraknya buat pertama kali. Jentera itu kemudian beroperasi secara sendiri secara tetap tanpa sebarang campur tangan Tuhan. Konsep ini dikenali sebagai hukum alam yang sama (uniformity of

nature ) 80 . Dalam konteks ini, meskipun Newton tidak mempersoalkan tentang Tuhan sebagai Arkitek alam semesta, namun beliau telah memperkenalkan hukum semula

75 Abdul Rahman Hj. Abdullah. (2010). Wacana falsafah sains: Sejarah dan pemikiran. Pulau Pinang: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia., hlm. 68. Disebut selepas ini sebagai Abdul Rahman Hj. Abdullah (2010).

Wacana falsafah sains.

76 Galileo dihukum pada tahun 1633 kerana kenyataanya bahawa matahari pusat alam dan bumi beredar mengelilinginya; kenyataan yang bertentangan dengan pegangan gereja. Galileo dikenakan tahanan rumah oleh pihak gereja. Lihat P. Halsall,

(1999, January). The crime of Galileo: Indictment and abjuration of 1633. Didapatkan Oktober 28, 2011, daripada Modern History Sourcebook: http://www.fordham.edu/halsall/mod/1630galileo.html.

77 M. Z. Kirmani, (2006). Religion and science debate: Islamic perspective. Journal of Islamic Science, 22(1-2), 91-103. Selepas ini disebut sebagai M. Z. Kirmani, (2006). Religion and science debate: Islamic perspective.

79 Abdul Rahman Hj. Abdullah (2010). Wacana falsafah sains, hlm. 117. M. Z. Kirmani, (2006). Religion and science debate: Islamic perspective. 80 Abdul Rahman Hj. Abdullah (2010). Wacana falsafah sains, hlm. 72.

jadi (natural laws) dan menjadikannya sebagai penggerak kepada operasi alam semesta selepas diciptakan; dalam erti kata lain, hukum tabii menjadi penyebab

kedua selepas Tuhan 81 .

Konflik yang timbul tersebut telah menyebabkan wujudnya persepsi negatif kalangan saintis terhadap ajaran gereja. Kegagalan pihak gereja mentafsirkan teks- teks Bible berkaitan fenomena tabii; tafsiran yang berasaskan makna literal, menjadikan doktrin Kristian berkenaan alam bertentangan dengan penemuan- penemuan saintifik yang ditemui. Pendokong sains melihat segala yang terkandung dalam teks-teks agama (dalam konteks ini agama Kristian) adalah tidak logik dan tidak relevan sehinggakan beberapa orang ahli falsafah Barat telah mengisytiharkan sebenarnya tiada Tuhan yang wujud di alam ini seperti Friedrich Nietzsche, seorang

tokoh falsafah Jerman 82 . Auguste Comte (1798-1837), ahli falsafah Perancis abad ke-

19 menyifatkan kemunculan sains dan penyingkiran agama dan kepercayaan daripada hidup manusia menandakan masyarakat telah berevolusi dan berubah

daripada tahap primitif kepada tahap yang lebih maju 83 . Akhirnya, konflik yang berpanjangan ini telah membawa kepada lahirnya fahaman sekularisme dalam

masyarakat Barat.

Proses pensekularan berlaku dalam segenap inci sistem kehidupan masyarakat Barat meliputi sistem sosial, ekonomi, politik, dan ajaran Kristian itu sendiri. Ketika inilah berlakunya perubahan dalam kerangka sains dunia; sains yang epistemologinya berteraskan ketuhanan berubah kepada sains yang sekular dan materialistik. Hakikat kebenaran sesuatu perkara menurut sains Barat hanya

81 D. W. Swift,(2002). Evolution under the microscope., hlm. 33-34. 82 Sebagaimana yang dinukilkan oleh Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. Lihat Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia., hlm. 2. Disebut selepas ini sebagai Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1978). Islam and Secularism.

83 Auguste Comte merupakan antara tokoh terkenal dalam aliran empirisisme dan saintisme khususnya dalam falsafah positivisme. Comte terkenal dengan sistem tiga zamannya iaitu sejarah manusia bermula dengan tahap teologi, kemudiannya

tahap metafizik dan akhirnya tahap positif; manusia tidak lagi memerlukan agama dan andaian rasional tetapi mencukupi dengan pengalaman positif melalui pancaindera. Lihat ibid, hlm. 1, dan Abdul Rahman Hj. Abdullah.(2010). Wacana falsafah sains , hlm. 73.

ditentukan melalui data-data empirikal dan pencerapan pancaindera semata-mata. Sains ini; dikenali juga sebagai sains moden, telah menyingkirkan agama dan

metafizik 84 daripada sistem epistemologinya dan melahirkan pelbagai teori yang berasaskan kerangka epistemologi tersebut termasuklah teori evolusi Darwinisme. Sesetengah sarjana Barat menyatakan bahawa hanya selepas penolakan terhadap entiti bukan fizikal sebagai penyebab sesuatu fenomena tabii barulah sains fizik

berkembang maju 85 .

Dalam konteks perbincangan asal-usul kejadian hidupan di alam ini oleh Barat, khususnya dalam aspek biologi evolusi, pelbagai teori telah dikemukakan oleh beberapa saintis Barat yang akhirnya disempurnakan di tangan Charles Darwin. Justeru, teori evolusi Darwin bukanlah gagasan idea Darwin sepenuhnya tetapi merupakan suatu kompilasi kepada satu siri idea evolusi oleh tokoh-tokoh sebelumnya. Antaranya ialah Buffon, Geoffroy St. Hilaire, Erasmus Darwin dan Lamarck.

Dokumen yang terkait

PENGARUH PEMBERIAN SEDUHAN BIJI PEPAYA (Carica Papaya L) TERHADAP PENURUNAN BERAT BADAN PADA TIKUS PUTIH JANTAN (Rattus norvegicus strain wistar) YANG DIBERI DIET TINGGI LEMAK

23 199 21

KEPEKAAN ESCHERICHIA COLI UROPATOGENIK TERHADAP ANTIBIOTIK PADA PASIEN INFEKSI SALURAN KEMIH DI RSU Dr. SAIFUL ANWAR MALANG (PERIODE JANUARI-DESEMBER 2008)

2 106 1

EFEKTIFITAS BERBAGAI KONSENTRASI DEKOK DAUN KEMANGI (Ocimum basilicum L) TERHADAP PERTUMBUHAN JAMUR Colletotrichum capsici SECARA IN-VITRO

4 157 1

ANALISIS KOMPARATIF PENDAPATAN DAN EFISIENSI ANTARA BERAS POLES MEDIUM DENGAN BERAS POLES SUPER DI UD. PUTRA TEMU REJEKI (Studi Kasus di Desa Belung Kecamatan Poncokusumo Kabupaten Malang)

23 307 16

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

PENGARUH GLOBAL WAR ON TERRORISM TERHADAP KEBIJAKAN INDONESIA DALAM MEMBERANTAS TERORISME

57 269 37

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PENGARUH DIMENSI KUALITAS LAYANAN TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI CAFE MADAM WANG SECRET GARDEN MALANG

18 115 26