ISU AGAMA DAN BUDAYA AGAMA MANGKIN VAKSIN PROGRESIVITI BANGSA

ISU AGAMA DAN BUDAYA AGAMA MANGKIN VAKSIN PROGRESIVITI BANGSA

Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

Pendahuluan

Tindakan mengetepikan perihal hak-hak istimewa yang dikhususkan untuk bangsa Melayu dan meneruskan tekad memulakan hidup baru bersama-sama dengan sebuah pulau nelayan yang serba- serbi kekurangan serta bersaing atas dasar meritokrasi merupakan satu perbuatan yang cukup berani lagi mengkagumkan. Keputusan untuk berdiri di atas kaki sendiri atau berusaha dan bukannya bergantung kepada ihsan lain menunjukkan kesungguhan masyarakat Melayu era 1965 untuk membawa keluarga mereka keluar dari ambang kemiskinan langsung memperkenalkan erti penakatan kepada anak-anak. Kelompok Melayu tersebutlah yang digelarkan Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz dalam bukunya Melayu Singapura dalam Kritikan (2002:82-83) sebagai „Melayu Baru‟ kerana mempunyai ciri-ciri keberanian, kesungguhan, progresiviti, bersemangat dan berwawasan:

“Sebaliknya, gelaran Melayu Baru ini seharusnya dianugerahkan kepada ibu bapa mereka yang telah sedar akan kepentingan menanam semangat penakatan secara spiritual dalam diri anak-anak yang kini berjaya dan cemerlang. Ibu bapa kita yang tidak terpelajar, tetapi sanggup bergolak-bergadai demi pendidikan anak-anak, adalah Melayu Baru kerana mereka adalah golongan yang tidak takut menghadapi perubahan demi penakatan.” (Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2002:82-83)

Vaksin Progresiviti

Berkat kesungguhan jelas membuahkan hasil. Pulau nelayan atau Singapura yang dahulunya sering dipandang hina dan diragui kebolehannya oleh pihak penjajah, mula menampakkan penakatan dari segi ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyatnya sehinggakan bilangan penduduknya meningkat setiap tahun. Singapura kemudian beransur-ansur membangun sejajar dengan perkembangan globalisasi langsung muncul sebagai sebuah bandar raya global yang disegani dunia dewasa ini. Masyarakat Melayu turut juga menunjukkan kemajuan dalam pelbagai bidang antaranya akademik, pekerjaan dan kesihatan walaupun masih agak lembab. Namun demikian, taraf hidup purata masyarakat Melayu di Singapura paling tinggi dalam rumpun Melayu, termasuk Malaysia (Mohamed Pitchay Gani, 2002).

Kesungguhan „Melayu Baru‟ untuk melihat negara dan anak-anak buahnya hidup senang dan sejahtera sudah dapat dilihat malah dinikmati hari ini. Ternyata, mereka bukan golongan yang mempunyai semangat hangat-hangat tahi ayam atau suka berangan-angan seperti Mat Jenin. Malangnya, „formula‟ vaksin progresiviti nenek moyang ini sudah hilang atau tercicir semasa ianya diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Akibatnya, generasi kini tidak berpeluang mendapatkan suntikan vaksin tersebut dan melawan Virus „M‟ iaitu punca kelembapan dan kemunduran di kalangan masyarakat Melayu milieu ini.

Virus ‘M’

Dalam menyingkap kehidupan alaf baharu ini, nampaknya prestasi masyarakat Melayu Singapura tetap sama dari segi masalah sosial. Keadaan ini boleh disinonimkan dengan virus „M‟ iaitu konotasi negatif dari segi tabiat dan perlakuan khususnya malas. Akibatnya, kesan domino mula mencapai lain-lain unsur negatif seperti menipu, meniru, minum (arak), merokok, menagih (dadah), menyusahkan (orang lain), dan yang seumpamanya. Kesimpulan ini diambil daripada laporan dan dapatan-dapatan yang dipaparkan di dada-dada media massa.

Kegoyahan Rumah Tangga

Jumlah kes penceraian Melayu/Islam yang didaftarkan ke Makhamah Syariah merupakan yang 27 tertinggi berbanding bangsa-bangsa lain di Singapura. Pengarah Eksekutif Pusat Khidmat Keluarga PPIS Jurong, Encik Mohammed Ali Mahmood, menganggarkan sekitar 60 peratus daripada semua kes yang diselenggara pihaknya adalah berkaitan suami yang tidak bertanggungjawab (Dewani Abbas, Farid Hamzah dan Norman Sawi dlm. akhbar Berita Minggu, 16 November 2009). Pengarah Eksekutif Pusat Kaunseling Jamiyah pula, Haji Mohamed Mustafa Marican, menganggarkan sekitar

90 peratus daripada mereka yang mengadu adalah wanita. Kebanyakan wanita ini mengadu tentang fiil suami masing-masing (Dewani Abbas, Farid Hamzah dan Norman Sawi dlm. akhbar Berita Minggu, 16 November 2009). Sikap malas, cengeng dan sentiasa menyerah pada takdir jelas ditonjolkan menerusi masalah-masalah serta peratusan-peratusan yang dikemukakan.

Remaja Bermasalah

Bilangan anak Melayu yang terjebak dalam perilaku-perilaku songsang seperti bersekedudukan, seks rambang, rempit, bohsia dan sebagainya memang cukup ramai sekali. Isu remaja bermasalah ini amat meruncing sekali hinggakan pihak media menerbitkan rancangan-racangan seperti Hanyut, Detik dan REC untuk menyedarkan masyarakat tentang wujudnya masalah-masalah sebegini. Dewasa kelak, remaja bakal mewarisi kepimpinan negera dalam semua sektor. Andainya golongan ini tidak diberikan perhatian dan tunjuk ajar yang sepatutnya, tidak mustahil segala susah payah „Melayu Baru‟ membangunkan Singapura akan musnah ataupun Singapura akan jatuh kembali ke tangan penjajah suatu hari nanti.

‘Kekal Maintain’ Suatu Petanda Baik atau Buruk?

Jika ditinjau dari aspek pelajaran pula, bilangan anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam mahupun luar negera kekal pada dua peratus dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan setelah sekian lama. Pada pandangan umum, berita ini mungkin suatu berita yang baik kerana ia menunjukkan bahawasanya masyarakat Melayu „kekal maintain‟. Sebaliknya, bangsa India yang hanya membentuk lima peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Singapura mempunyai bilangan mahasiswa yang jauh lebih ramai daripada masyarakat Melayu 28 . Malu untuk menyatakannya tetapi inilah realiti kehidupan masyarakat Melayu generasi milieu ini. Mereka mendahului hampir semua masalah sosial di Singapura antaranya isu berkaitan dadah, jenayah dan lain-lain.

28 Menurut Yearbook of Statistics Singapore, 2009, diperolehi daripada lelaman web maya, www.singstats.gov.sg Menurut General Household Survey 2005, diperolehi daripada lelaman web maya, www.singstats.gov.sg

Harapan Bangsa

Di tengah kelompok masyarakat Melayu yang bermasalah, terdapat juga golongan yang berjaya yang perlu diuar-uarkan. Golongan inilah yang harus dijadikan sebagai contoh untuk mendorong dan membimbing masyarakat Melayu.

Artikel yang diterbitkan Berita Harian pada 9 Julai 2008 melaporkan seramai sembilan guru muda Melayu memahat nama mereka dalam lambaran kecemerlangan Institut Pendidikan Nasional (NIE) dengan merangkul 11 pingat emas dan hadiah buku kerana muncul sebagai antara pelajar terbaik kursus Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Pendidikan 2008. Pencapaian itu lebih membanggakan kerana guru-guru itu cemerlang dalam bidang selain Bahasa Melayu. Golongan inilah yang diharapkan dapat membantu menyedarkan dan membimbing masyarakat Melayu yang semakin menyeleweng dibuai arus kemodenan yang menyimpang serta mengawal penularan Virus „M‟.

Satu lagi artikel yang diterbitkan Berita Harian pada 12 Julai 2008 pula melaporkan tentang tujuh orang karyawan Melayu Singapura yang sedang menyumbang kemahiran dan kepakaran untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Dubai, di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Tidak cukup dengan itu, seorang pegawai kanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Kolonel Ishak Ismail, baru menerima pentauliahan menjadi Brigedier Jeneral atau Laksamana Pertama (Hisham Hasim dlm. akhbar Berita Harian, 27 Jun 2009). Kolonel Ishak Ismail merupakan jeneral Melayu pertama SAF. Jadi, memang ada kemajuan dalam masyarakat Melayu Singapura tetapi ia belum begitu menonjol sehingga membuat kaum lain terbeliak. Ertinya, harapan untuk duduk sama rendah dan diri sama tinggi dengan kaum lain masih lagi dambaan jauh.

Melakar kembali ‘formula’ Vaksin Progresiviti

Memandangkan vaksin progresiviti tidak sempat disuntikan kepada generasi hari ini maka adalah wajar untuk masyarakat Melayu Singapura mencari atau melakarkan „formula‟ vaksin progresiviti yang baharu untuk generasi hari ini dan seterusnya. Andainya, „formula‟ bagi vaksin progresiviti lama yang hilang atau tercicir tadi ditemui kembali, belum tentu ia dapat membantu mengawal penularan Virus „M‟. Agama merupakan salah satu bahan utama yang perlu disertakan dalam „formula‟ baharu vaksin progresiviti.

Agama Islam Agama Mudah

Pada dasarnya, agamalah vaksin, penawar dan peleraian kepada segala masalah di dunia ini. Penyelasaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi masyarakat Melayu dapat ditemui di dalam Al-Quran. Hakikatnya, kedangkalan manusia yang membawa kepada kezaliman. Kejahilan menyebabkan ada yang mengatakan Islam itu agama yang susah dan banyak pantang larangnya. Ini diburukkan lagi dengan sikap masyarakat Melayu Singapura yang suka bertaklid buta. Akibat daripada sikap suka bertaklid buta inilah masyarakat Melayu Singapura hari ini tidak dapat bergerak maju setanding dengan bangsa-bangsa lain.

Kesimpulan

Dapat dirumuskan bahawasanya masyarakat Melayu Singapura ada menunjukkan penakatan selama

47 tahun mereka bersama dengan Singapura cuma masalah sosial yang dihadapi menjadi punca tersekatnya pembangunan kaumnya lantas melembabkan proses mencapai kemajuan. Sikap bertaklid buta hanya membawa kepada kemudaratan masyarakat Melayu sendiri. Seeloknya agama Islam itu 47 tahun mereka bersama dengan Singapura cuma masalah sosial yang dihadapi menjadi punca tersekatnya pembangunan kaumnya lantas melembabkan proses mencapai kemajuan. Sikap bertaklid buta hanya membawa kepada kemudaratan masyarakat Melayu sendiri. Seeloknya agama Islam itu

Bibliografi

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2001. Melayu dalam kritikan. Singapura : Angkatan Sasterawan '50 www.wikipedia.org Dewani Abbas, Farid Hamzah dan Norman Sawi. 2009, November 16. 90 % aduan daripada pihak wanita. Berita Minggu, hlm.4. www.singstats.gov.sg 2008, Julai 9. Guru Melayu / Islam Cemerlang. Berita Harian, hlm.2 2008, Julai 9. Guru Melayu / Islam Cemerlang. Berita Harian, hlm.9 2008, Julai 12. Sentuhan Melayu Bantu Bina Bangunan Tertinggi. Berita Harian, hlm.17. Muhammad Aidil Zulkifli. 2009, Jun 27. Plainly, it‟s about mindset. The Straits Times, hlm.A22.

Pojok...

Kecoh betul baru-baru ini Mak dengar tentang pengarah filem yang dikaitkan dengan Tiger Woods. OOPS! Jangan salah faham! Bukan pasal kemahirannya bermain golf tapi tahu-tahu ajelah kisah skandal Encik Woods kita tu. Mak pun tak sangka sejarah akan berulang. Terperanjat juga Mak bila baca suratkhabar beberapa hari lepas. Lebih melucukan lagi tu pasal video si artis tu yang jadi perbualan ramai. Bila tengok video tu Mak tak kering gusi ketawa. Drama habis! Betul pepatah orang Melayu “menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berserak, rambut jangan putus’. Yelah. Isteri mana kan yang tak sedih tengok suami dorang main kayu tiga? Dah tu yang si isteri pengarah filem tu nak sibuk-sibuk masuk televisyen tu kenapa pula? Kan diri sendiri merana! Sampai pengsan-pengsan! Dah itu pihak yang tak bersalah pula yang kena sorak di situ. Nanti ada ajelah si fulan nak minta maaf dengan pihak media pula. Mak rasa kalau si fulan buat filem pasal kisah skandal dia, mesti blockbuster hit! Taklah macam filem-filem dia yang lepas! Sini-sana copycat! Tulah ikutkan nafsu sangat, kan dah jadi lesu! Mak cuma harapkan rumah tangga si fulan bahagia kembali dan berkekalan.

Abdul Fattah Bin Abdul Rahim