KREATIF: BLOG

KREATIF: BLOG

Hairani Asri kata... Saranan Kementerian Pendidikan Singapura untuk mengurangkan nilai permarkahan agregat

bagi bahasa Ibunda di peringkat PSLE sebenarnya secara tidak langsung membuktikan bahawa kedudukan bahasa Ibunda di sini semakin tergugat. Hakikatnya, saranan tersebut akan mendatangkan impak kepada Singapura kerana bahasa Ibunda mengandungi pelbagai nilai sejarah yang membina sesebuah bangsa itu. Bahkan, dengan mengurangkan pemberatan bagi bahasa Ibunda, generasi muda dewasa ini tidak akan menitikberatkan kepentingan bahasa Ibunda dan ia akan menjejas perkembangannya yang sedia ada di negara ini. Sekiranya hasrat ini menjadi kenyataan, ia tentunya akan menjejas keutamaan bahasa Ibunda dan fokus terhadapnya juga akan merosot terutama bagi para pelajar. Guru-guru bahasa Ibunda juga akan berasa terpinggir kerana tidak dapat memaksimumkan perkembangan bahasa Ibunda dengan sepenuhnya. Oleh yang sedemikian, dengan proses pensejagatan yang sedang berlaku pada zaman ini, jika bahasa Ibunda jarang digunakan tidak mustahil sekiranya bahasa Ibunda akan terus pupus di Singapura. Dengan itu, pihak penguasa terutamanya ibu bapa serta sekolah- sekolah memainkan peranan penting untuk menyemai dan menggalakkan penggunaan bahasa Ibunda di kalangan anak-anak muda supaya ia sentiasa diberikan perhatian yang saksama seperti bahasa Inggeris. Jika Malaysia mendaulatkan bahasa Melayu, Singapura juga mampu melakukan perkara yang sama jika masyarakat memberikan sokongan padu terhadap perkembangan bahasa Ibunda setempat.

June 7, 2010 9:34 AM

Shahidah Salim kata...

Baru-baru ini radio Ria mengudarakan sebuah iklan yang bertujuan untuk menyeru mereka yang telah pergi merantau ke luar negara untuk pulang dan beraya bersama keluarga di Singapura. Ringkasnya, iklan itu berkonsepkan mini sketsa komedi mengenai seorang bapa yang telah menipu anak-anaknya, dengan menggunakan alasan bahawa dia akan bercerai dengan ibu mereka. Bapa itu berharap agar anak-anaknya akan kembali beraya bersama. Akhirnya, anak- anaknya yang sememangnya tidak ingin ibu bapanya bercerai terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke Singapura. Sememangnya, mesej yang ingin disampaikan ialah menggalakkan mereka yang merantau sama ada atas alasan kerja ataupun menyambung pelajaran untuk kembali ke pangkuan keluarga kerana beraya tanpa anak-anak yang tersayang amat menyedihkan dan tidak meriah. Namun demikian, dengan menggunakan alasan penceraian ia merupakan sesuatu yang boleh diambil ringan dan dijadikan bahan untuk dipersendakan. Walhal, agama amat menitikberatkan isu penceraian dan ini tidak boleh dijadikan bahan untuk dipermainkan. Frasa bercerai atau penceraian tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menagih perhatian daripada orang yang tersayang kerana ia merupakan satu doa yang mungkin akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

September 7, 2010 8:03 PM

Shaheda Salim Kata...