APRESIASI SAJAK SAJAK SAKSI TENGGELAMNYA MELAYU KOTA SINGA
APRESIASI SAJAK SAJAK SAKSI TENGGELAMNYA MELAYU KOTA SINGA
Nur Hafizah Binte Mohd Rashib
Pendidikan ialah satu aspek kehidupan yang sangat penting. Pendidikan akan menentukan hala tuju seseorang individu samada ke arah kegemilangan atau kecundang. Masyarakat Melayu Singapura telah menakat bersama-sama dengan pulau Singapura. Pendedahan kepada pendidikan menjadi pendorong utama yang membantu memastikan masyarakat Melayu di Singapura tidak ketinggalan di belakang. Menurut Mohamed Pitchay Gani di dalam bukunya bertajuk „Melayu Singapura dalam Kritikan‟, taraf hidup masyarakat Melayu di Singapura adalah jauh lebih baik, senang dan sempurna jika dibandingkan dengan rumpun Melayu Nusantara.
Pemerintah Singapura cukup menitikberatkan soal pendidikan. Singapura tidak mempunyai bahan alam semula jadi untuk menampung perkembangan ekonomi negaranya. Lantas, Singapura terpaksa bergantung kepada tenaga manusia yang sedia ada. Antaranya ialah memastikan rakyatnya mendapat pendidikan secukupnya supaya mereka dapat menyumbang kembali kepada pembangunan ekonomi. Encik Lee Yi Shyan, Menteri Negara Singapura bagi Perdagangan dan Perindustrian di majlis perasmian Asia Study Visit for African Policy Maker pada 19 Jun 2006, ditukil sebagai mengatakan;
“Unlike many countries endowed with natural resources of oil and minerals, Singapore recognised that a sound and robust education system was the only way we could make a living. Since independence 41 years ago, the Singapore Government has invested heavily in education, especially in basic education... We invest heavily in education. We invest in the future. In our 40-years history, Singapore‟s education system underwent three major paradigm shifts to keep pace with the changing focus of our economic policies and meet rapid industralisation needs.”
(http://stars.nhb.gov.sg/stars/public/viewDocx.jsp?stid=37149&lochref=viewHTML .jsp?pdfno=20060619996&keyword=&back=listing)
Sukar untuk dinafikan bahawasanya masyarakat Melayu/Islam menampakkan perubahan yang baik jika dibandingkan dengan keadaan 44 tahun yang lalu. Namun demikian, penakatan yang ditunjukkan masyarakat Melayu/Islam masih lembab. Buktinya,bilangan mahasiswa dan mahasiswi Melayu/Islam yang dilahirkan setiap tahun tidak seimbang dengan jumlah penduduk Melayu/Islam di Singapura iaitu sebanyak 578,240. Catatan Banci Penduduk tahun 2000 mendapati seramai 30,755 orang Cina, 1,421 India dan 895 sahaja orang Melayu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda daripada pelbagai universiti.
Pendidikan di kalangan masyarakat Melayu memuncak pada tahun 1963. Pada tahun 1963, terbinanya sebuah lagi sekolah menengah Melayu yang diberi nama Tun Sri Lanang. Masyarakat Melayu berasa gembira dengan terbinanya sekolah tersebut. Kehadiran Abdullah Munsyi telah membantu menekankan lagi kepada masyarakat Melayu tentang peri pentingnya pendidikan. Ibu bapa Melayu mulai menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Melayu untuk memastikan mereka menerima pendidikan akademik di samping mengekalkan adat, budaya dan bahasa Melayu.
Keadaan era ini ada digambarkan Suratman Markasan di dalam sajaknya bertajuk „Di Balik Bayang Tun Sri Lanang‟:
Pada bab pertama kisah bermula ternyata lahir Seri Lanang di tepi Sungai Kallang segala Melayu yang suka menatang gembira ada Melayu yang Barat tertawa mencuka tahun itu bernama 1963 menjadi guru tidak kena tempat ada yang letih ke timur ke barat
menurut gendang Tun Munsyi Kadir bersemangat (Suratman Markasan, 1996)
Pada tahun 1970, semangat masyarakat Melayu terhadap pendidikan bertambah kuat. Guru- guru Melayu mula berkumpul untuk membentuk sebuah pertubuhan yang diberi nama Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS). KGMS ditubuhkan dengan harapan dapat menyelesaikan masalah pendidikan di Singapura terutamanya yang melibatkan pelajar Melayu. Pada tahun yang sama juga KGMS mencadangkan supaya bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa perantara di sekolah-sekolah manakala bahasa Ibunda diturunkan martabatnya menjadi bahasa kedua. Tujuan usaha tersebut ialah memastikan rakyat Singapura dapat bersaing dalam lelapang setara:
tahun itu bernama 1970 pasti banyak Melayu sedar diri terbukti di sana sini terbenang semangat Seri Lanang banyak yang gigih mencari rezeki tapi sesat barat tak mendapat lamaran diberi ada banyak yang berjiwa Jebat sampai tua tak mendapat tempat dan Seri Lanang dilanda Inggeris lagi ketika itu masuklah anak-anak asing bertubi-tubi konon khabarnya meritokrasi menjadi harga diri
(Suratman Markasan, 1996)
Kemudian, The Malay Education Joint Committe mengusul selepas tertubuhnya KGMS. Jawatankuasa ini mengadakan kelas tuisyen dan mengedarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran mereka. Malangnya, ramai yang melanjutkan pelajaran ke luar negara mula lupa daratan. Mereka tidak lagi fasih berbahasa Melayu. Sebaliknya, mereka berasa bangga dan selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini ada dirakamkan Suratman Markasan di dalam sajaknya:
pada bab ketiga bermula tahun 1974 datang Sultan Husein Syah dari Nila Utama membawa semangat Melayu tak hilang di dunia dengan dukungan jawatankuasa bersama untuk menambah sarjana yang sedikit jumlah Sabtu minggu kelas dibuka guna menambah ilmu yang lumrah pada bab ketiga bermula tahun 1974 datang Sultan Husein Syah dari Nila Utama membawa semangat Melayu tak hilang di dunia dengan dukungan jawatankuasa bersama untuk menambah sarjana yang sedikit jumlah Sabtu minggu kelas dibuka guna menambah ilmu yang lumrah
Pada tahun 1978, pendidikan lebih menjurus ke arah pengajian Sains. Ini bertujuan melengkapkan para pelajar dengan ilmu-ilmu bagi menghadapi era globalisasi. Di samping itu, lagu kebangsaan Singapura yakni „Majulah Singapura‟ diperkenalkan. Bagi mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan orang Melayu sebagai masyarakat peribumi, lagu „Majulah Singapura‟ oleh Zubir Said ditulis dalam bahasa Melayu. Nukilan di bawah menjelaskan:
Bab keempat selanjutnya tahun 1978 bermula Tun Mamak Pendekar Rahman membuka tirai
semangat Sains berkobar di jiwa mengajak Melayu menjadi saintis muda guna membuka daya fikir Melayu jati yang mati kutu yang hidup tak menentu di depan sang bendera mereka bersatu
mereka bersumpah dan bernyanyi Majulah Singapura sampai abadi
(Suratman Markasan, 1996)
Pada tahun 1981, Mendaki ditubuhkan untuk membantu para pelajar Melayu yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan. Bilangan ibu bapa yang menghantar anak- anak mereka ke sekolah Melayu semakin berkurangan tatkala mereka mula menyedari pentingnya pendidikan bahasa Inggeris berbanding bahasa Ibunda untuk masa depan anak-anak. Satu demi satu sekolah Melayu mulai ditutup. Bahasa Inggeris menjadi bahasa kebanggaan dan lambang kebijaksanaan manakala bahasa Melayu dianaktirikan:
tahun itu 1981 tentu banyak berita terbetik negara Seri Lanang kian pudar di mata Mat Layu pelajar tinggal sedikit guru menjadi buntu di sana sini orang bercakap Inggeris tentu
biar dianggap punca pelajaran tinggi baik di rapat Mendaki tinggi atau di kedai kopi yang tak memerlukan degree Melayu sudah lesap Inggeris belum lengkap pada detik yang bernama 1987 Tun Seri Lanang mengikuti jejak Sang Nila Utama tak menduga tenggelam Sungai Sejarahnya. (Suratman Markasan, 1996)
Hari ini, rata-rata anak Melayu masih lemah dalam pendidikan. Jika ditinjau, tidak ramai yang berpeluang untuk memasuki menara gading. Punca utama ialah asas masyarakat Melayu yang robek. Di peringkat PSLE sahaja, ramai yang gagal terutamanya dalam subjek Matematik. Inilah masalah yang meruncing masyarakat Melayu. Usaha harus digiatkan untuk menyelesaikan masalah ini. Pendidikan adalah kunci kepada segala kejayaan, lebih-lebih lagi di negara Singapura yang mengamalkan dasar meritokrasi. Setiap orang harus memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pendidikan agar dapat berjaya dan masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam hal ini.
Bibliografi
Mohd Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. 2002. Melayu Singapura dalam Kritikan. Angkatan Sasterawan ‟50, Singapura MENDAKI. 2008. Mendaki Policy Digest 2007. Research and Policy Department Yayasan Mendaki, Wisma Mendaki, Singapura http://www.mendaki.org.sg/contentent.jsp?cont_cat_id=17&cont_id=13 http://stars.nhb.gov.sg/stars/public/viewDocx.jsp?stid=37149&lochref=viewHTML.jsp?pdfno=2006 0619996&keyword=&back=listing
Pojok...
Nek Nyah memang tak boleh tahan betul dengan idea nak buat air NEW WATER, air baru! Nek pun tak paham macam mana air tu boleh dipanggil baru kalau diputar semula? Ini lah dia. Semakin rosak orang-orang zaman sekarang. Yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Ishh.. Geram betul Nek Nyah ni, kalau boleh, hendak je Nek Nyah piat telinga dia orang tu. Tapi apa nak buat lah kan. Nak bersuara, si tua-tua tu mana nak dengarkan rintihan kita yang tak bermakna bagi mereka pun. Dia orang buat tutup telinga pulak. Biasalah, dia orang selalu cakap harus ikut keadaan, harus ikut keadaan tetapi keadaan apa yang membuatkan kita menghalalkan yang haram? Bukankah kotor air NEW WATER tu? Kalau tak salah Nek Nyah lah, air tu daripada air yang tidak suci, kalau nak ikutkan kata-kata beralas lah tapi kau tak beralas, alah... paham-paham je lah. Hehe.. Lagipun, kepala Nek Nyah jadi pening sampai dapat migraine dengar kawan-kawan Nek Nyah asyik complain tentang air jenis NEW WATER. Lagi-lagi anak Nek Nyah, dia tak suka benar dengan NEW WATER sebab dia rasa geli betul. Maklumlah, anak kerja doktor, asyik nak jaga kebersihan aje. Anak pangkat tinggi, tengoklah siapa maknyer. Cucu pulak sikit-sikit togok air tu, sikit- sikit, togok air tu. Ishh.. geram betul tapi apabila ditanya, cakap apa tu...shabe? Ah hah! Sabe water.. Jimat! Hai. Nek Nyah pun tak tahu apa nak cakap dengan dia orang. Nek Nyah pun keliru nak minum ke tak. Nak jaga kebersihan ataupun nak jimat air? Pening betul Nek Nyah dibuatnya.
Sitti Maisarah Bte Abu Bakar