MESIN WAKTU (1) geometri waktu shalat

PENGISIAN

Isu Kontemporari

1. Diskriminasi Proaktif Mangkin Pembangunan Sejagat

2. Asas Pembangunan dan Kemajuan Singapura

3. Persaingan Tanpa Diskriminasi

4. Kehilangan Mahathirisme Membawa Kejatuhan Melayu

Isu Bahasa

5. Trend Progresif Bahasa Inggeris di Blog & Facebook di Kalangan Pengguna Melayu

6. Kepenghubungan Bahasa, Budaya dan Pemikiran

Isu Agama

7. Agama Mangkin Vaksin Progresiviti Bangsa

8. Iktibar dari Newater Dalam Konteks Taubah

9. Pemindahan Organ Manusia Satu Tanggapan Fundamentalisme

Pendidikan & Warisan

10. Tersekat Dalam Kecelikan Matematik

11. Strategi Perguruan Di Sebalik Permainan Catur

12. Menghargai Kendi Peninggalan Zaman

13. Seni Perhubungan Dalam Sulalatus Salatin

Apresiasi Sastera

Potret Pencetus Puisi 14. Potret Pencetus Puisi 60 Mesej Filosof- Estetika Ebeit G. Ade 15. Mesej Filosof- Estetika Ebeit G. Ade 63 Sajak Saksi Tenggelamnya Melayu Kota Singa 16. Sajak Saksi Tenggelamnya Melayu Kota Singa 66

Kritikan Sastera

Menjejaki Teori Revisionisme Dalam Cerpen „Lembu‟ Dan Sajak „Ini Nasi Yang Ku Suap‟ 70 17. Menjejaki Teori Revisionisme Dalam Cerpen ‘Lembu’ Dan Sajak ‘Ini Nasi Yang Ku Suap’ Mengulas Teori Pragmatik Dalam Cerpen „Zuriat‟ Dan „Gara-Gara Kenduri‟ 18. Mengulas Teori Pragmatik Dalam Cerpen ‘Zuriat’ Dan ‘Gara-Gara Kenduri’

74 Penerapan Teori Sastera Ekologi Dalam Sajak A.Ghani Hamid 19. Penerapan Teori Sastera Ekologi Dalam Sajak A.Ghani Hamid

Kreatif

Cerpen 20. Cerpen Omoni! Omoni!

83 Cerpen 21. Cerpen

Sebutir Permata Yang Hilang Sebutir Permata Yang Hilang 88 Cerpen 22. Cerpen

91 Sajak 23. Sajak

Mesin Waktu Mesin Waktu

50 Sajak 24. Sajak

Geisha Geisha

82 Sajak 25. Sajak

Ciptaan Tuhan Ciptaan Tuhan

Menjunjung Budimu Menjunjung Budimu 07 Blog 26. Blog

Isu pemberatan bahasa Ibunda Isu pemberatan bahasa Ibunda 95 Blog 27. Blog

95 Pojok 28. Pojok

Isu etika iklan radio Isu etika iklan radio

39 Pojok 29. Pojok

Isu Tiger Woods Isu Tiger Woods

Newater Newater

69 Mutiara kata 30. Mutiara kata 78

Sketsa Filosofika 31. Sketsa Filosofika

Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Program implikasi yang lebih penting lagi ialah Aktivis Latihan Khas (Bahasa Ibunda)

berjaya memupuk dan menghasilkan sekian banyak Institut Pendidikan Nasional Jilid X, 2010

intelektual yang berupaya membuat kajian dan ISSN NO: 0219-7022

menghasilkan bahan penulisan dalam bahasa Melayu tinggi di Singapura khususnya dalam

REDAKSI

bidang pengajian Melayu.

Editor

Aktivis kali ini memaparkan kajian-kajian Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

pragmatik dalam bidang bahasa, sastera, seni, pengajaran dan pembelajaran serta kreativiti dan

Jawatankuasa

inovasi. Fokus penerbitan kali ini ialah terhadap Nurul Fasha Binte Samsudin

penulisan yang mencetuskan korelasi ilmu dan Nur Hafizah Binte Mohd Rashib

pragmatisme. Ini dapat dilihat khususnya dalam Nurshamira Johari

bahagian apresiasi sastera, warisan dan genre Puteri Nor’ Atika Binte Raja Ismail

kreatif. Apresiasi sastera meninjau aspek aplikasi Syahirah Nabilah Binte Salleh

penghayatan lukisan dalam menghasilkan puisi. Sri Syazwani Bte Mohd Yazid

Begitu juga genre-genre cerpen dan sajak yang Norliza Binte Sukri

bersifat silang budaya dalam konteks persuratan Mainura Bte Mawi

yang lebih universal melibatkan tamadun Asia dan Nur Ilham Bin Ismail

antarabangsa. Komunikasi blog juga disisipkan dengan genre satira pojok.

AKTIVIS

Jurnal Aktivis merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Dari aspek kritikan sastera pula, keluaran kali

Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh perihal ini mengupas karya-karya Singapura dengan

pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel menerapkan beberapa teori atau pendekatan terkini yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dan kajian para

termasuk teori revisionisme, dan ekologi. Kajian penuntut Institut Pendidikan Nasional(NIE) Program Latihan

bahasa pula meninjau pragmatik bahasa di media Khas Bahasa Ibunda.

Aktivis merupakan rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi. Aktif merujuk baharu yakni blog dan facebook. Isu-isu berkaitan

kepada kegigihan dalam merealisasikan visi jurnal ini iaitu dengan rakyat Singapura khususnya tekanan dek

merevolusi pemikiran Melayu. Tirus merujuk kepada pemikiran kemasukan pendatang asing dan pembangunan

luas yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif menjadi inti pati perbincangan esei. Aspek agama visi. Visi jurnal ini iaitu merevolusikan pemikiran Melayu

juga diseragamkan dengan temuan sains agar lebih merupakan satu usaha unit bahasa Melayu untuk merubah

bermanfaatkan dari segi aplikasinya dan teladan tanggapan pelatih terhadap pengajian Melayu setempat. Pelatih

bagi kemanusiaan.

dikenalkan kepada variasi yang terdapat dalam dunia linguistik,

tatabahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Keluasan ilmu Dari sudut pendidikan, aspek warisan bangsa pengetahuan ini kemudiannya dikhususkan atau difokuskan

ditekankan dari segi penggalian khazanah dalam agar terhasilnya karya yang menggerakkan minda pembaca.

dokumen purba dan menjadikan ia sebagai sandaran Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal

melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu setempat bagi penghasilan bahan-bahan dan idea-idea baharu

dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian dalam membangun insan dan keilmuan.

tinggi dalam bentuk separa akademik. Usaha ini diharapkan Tahun ini, Aktivis membuktikan upayanya dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu

sebagai aktivis khazanah Melayu Singapura yang setempat. Tikaman keris melambangkan suntikan nafas segar

kepada aktiviti pengajian Melayu setempat. @ hakcipta Perbuyu terus menyumbang kepada pelestarian bangsa dan

negara selama sedekad.

(NIE). Mana-mana bahagian penerbitan tidak boleh digunakan

dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi Pihak penerbit mengucapkan setinggi-tinggi Perbuyu (NIE).

penghargaan kepada Angkatan Sasterawan „50 atas tajaan bagi jurnal ini dan sokongan editorial serta

profesionalisme sehingga terhasilnya jurnal ini.

KATA EDITOR

Semoga sokongan ini akan berterusan dalam usaha Aktivis masuk tahun ke 10 sejak dimulakan pada

meningkatkan kesedaran intelektual di kalangan awal alaf ini, 2001. Upaya Aktivis untuk kekal

masyarakat setempat sekaligus menambah sebagai jurnal paling lama di Singapura dari segi

khazanah bangsa dan negara. penerbitan di Singapura merupakan satu pencapaian

yang amat membanggakan. Namun demikian,

MPG

“Ruang di Singapura sangat banyak dan kita boleh memanfaatkannya. Pengajian Islam di sini boleh jadi world- class. Harapan utama saya ialah Singapura boleh menjadi pusat pengajian Islam antarabangsa yang berkualiti, berwibawa dan menarik tokoh-tokoh peringkat serantau agar dapat membangunkan masyarakat.”

Begitulah jawapan Encik Abdullah Othman, pengerusi Lembaga Pengarah Darul Andalus dan Lembaga Pengarah Cordova, apabila ditanya tentang masa depan pengajian Islam Singapura. Ternyata, Encik Abdullah seorang yang sangat optimistik dalam perancangan dan mempunyai aspirasi besar dalam cuba membina sebuah masyarakat Melayu Islam Singapura yang cerdas, membangun dan ideal. Sejak di peringkat sekolah menengah lagi, mantan pegawai pendidikan di Jabatan Pendidikan Agama MUIS ini, sering tertanya-tanya tentang makna kewujudan insan dan peranan manusia di atas muka bumi ini. Beliau selalu mahu mengenal dirinya, supaya lebih senang mengenal Tuhan, dan mengerti dengan lebih dalam lagi, apakah sebenarnya erti kehidupan ini?

Beliau meraih ijazah pertama di Universiti Kebangsaan Singapura dalam fakulti sains dan melanjutkan ijazah sarjana dalam falsafah sains Islam di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam di Kuala Lumpur. Semangat dan cinta Encik Abdullah kepada dunia ilmu terus membara. Kini beliau merupakan calon Doktor Falsafah (Ph.D) di Institut Pengajian Islam, Universiti Malaya. Impian dan harapan Encik Abdullah sememangnya besar, dan ternyata bukan sebuah impian kosong semata-mata. Beliau merupakan anggota pengarah di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri yang menawarkan khidmat diploma sepenuh masa dan ramai pelajarnya terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, sarjana dan juga Ph.D.

Darul Andalus merupakan sebuah syarikat swasta dan Encik Abdullah sedia maklum bahawa jangkaan orang ramai ialah dorongan swasta ialah duit namun dorongan utama buat beliau ialah khidmat. Oleh itu, Darul Andalus juga telah menceburi dunia penerbitan untuk peringkat sekolah hingga ke peringkat diploma. Encik Abdullah mengakui terdapat beberapa isu yang merisaukan mengenai masyarakat Melayu hari ini. Pada pendapatnya, kita harus terus berusaha dalam mengubati pokoknya. Dia menjelaskan lagi bahawa punca masalah ini ialah kerana manusia yang tidak kenal pada diri sendiri dan diselubungi kekeliruan dalam arah tuju kehidupan.

Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan agama, ternyata Encik Abdullah mempunyai pemikiran luas lagi terbuka. Menurutnya: “Mengapa orang Melayu tidak mahu belajar bahasa German? Bahasa Perancis? Orang putih sanggup belajar silat pun, hanya untuk mengetahui tentang lebih banyak perkara dengan mendalam. Orang Melayu suka menghadkan diri.” Beliau ingin memecahkan tembok itu dan oleh itu, penuntut dan kakitangan Andalus melibatkan diri dalam Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan agama, ternyata Encik Abdullah mempunyai pemikiran luas lagi terbuka. Menurutnya: “Mengapa orang Melayu tidak mahu belajar bahasa German? Bahasa Perancis? Orang putih sanggup belajar silat pun, hanya untuk mengetahui tentang lebih banyak perkara dengan mendalam. Orang Melayu suka menghadkan diri.” Beliau ingin memecahkan tembok itu dan oleh itu, penuntut dan kakitangan Andalus melibatkan diri dalam

Fahaman encik Abdullah terhadap dunia keilmuan merupakan satu yang holistik. Beliau bukan hanya berjaya membina sebuah institusi agama swasta yang berjaya bersama rakan-rakan niaganya tetapi juga mempragmatikkan ilmu agama yang sebenar iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi. Sejak tahun 2007 beliau telah memulakan program pengajian Melayu bagi para asatizah dengan mendapatkan kerjasama Angkatan Sasterawan ‟50 (Asas ‟50). Para asatizah telah melalui program Forum Penulisan Asatizah yang dikuti dengan pengajian bahasa, sastera, dan budaya Melayu/Islam. Inisiatif seumpama ini merupakan yang pertama kali diadakan di Singapura yang memberikan para asatizah satu progam holistik dan lengkap dengan ilmu-ilmu yang diperlukan agar mereka dapat berfungsi dengan lebih berkesan kerana dapat menyesuaikan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun demikian yang lebih penting lagi ialah usaha seumpama ini dapat menambah lagi jumlah pengguna dan pengamal bahasa Melayu peringkat tinggi di Singapura sekaligus melestarikan khazanah bangsa.

Iqra‟ merupakan surah pertama yang sewajarnya menjadi dukungan setiap umat Islam. Atas dasar ini juga, Encik Abdullah menyokong inisiatif Asas ‟50 mengadakan kumpulan membaca atau Reading Groups bersama para asatizah dalam usaha menggalakkan lebih banyak asatizah membaca dengan diselenggarakan oleh para pemudah cara daripada Asas ‟50. Melalui sesi seumpama ini, banyak penerbitan yang dapat dibincangkan dan dimanfaatkan dengan ulasan dan kritikan dari sudut pandangan agama dan sekular. Pemikiran proaktif Encik Abdullah menjangkau dunia sayembara. Berkat hubungan rapat dengan Asas‟50, Darul Andalus menganjurkan Sayembara Novel Temasek bermula pada tahun 2007 dan kini telah memasuki musim keduanya pada tahun 2009. Darul Andalus juga telah meneruskan usaha Asas ‟50 dalam sayembara Noktah Putih sejak tahun 2008. Darul Andalus juga mula menerbitkan buku-buku cereka Melayu selain buku-buku teks agama. Malah, kedai buku Andalus juga menjadi pembekal buku-buku terbitan Asas ‟50. Ini merupakan bukti akan tindakan menambah lagi khazanah Melayu di Singapura tanpa menghiraukan desakan komersialisme. Darul Andalus terus mara ke dalam dunia penulisan lebih serius apabila ia menjadi rakan Asas ‟50 dalam Program Penulisan Antarabangsa 2010 di bawah naungan National Arts Council Singapore. Program ini yang pertama diadakan di Singapura yang menyaksikan para peserta dilatih oleh Profesor Emeritus Dr Budi Darma dari Universiti Surabaya Indonesia. Beliau merupakan seorang ahli akademik dan penulis ternama antarabangsa. Program penulisan ini merupakan program intensif 6 bulan dalam menghasilkan novel Singapura.

Encik Abdullah merupakan seorang yang tidak pernah menolak mana-mana saranan dan usahasama yang meningkatkan ilmu bagi masyarakat sekaligus membangunkan bangsa dan agama. Sikap seumpama ini yang banyak membantu beliau memastikan para asatizah mendapat bimbingan lengkap dari segi mental, rohani dan jasmani. Beliau berjaya memecahkan pandangan stereotaip terhadap para asatizah sebaliknya memberikan satu imej progresif dan proaktif kepada mereka. Beliau sendiri adalah satu contoh yang ketara. Memimpin melalui contoh bukan sekadar merancang.Komitmen seumpama ini daripada seorang pemikir-penggerak agama dan bangsa amat bermakna sekali dan wajar diteladani. Ia membuktikan bahawa seseorang itu boleh berjaya dalam kedua-dua bidang tanpa mengenepikan kepentingan agama, dan masyarakat.

Nurul Fasha Samsudin & Puteri Nor’ Atika Raja Ismail

“Tanggungjawab sebagai seorang pendidik ini sangat berat terutamanya dalam zaman milieu ini. Sebagai seorang

pendidik, kita bukan hanya perlu memastikan anak-anak didik kita membesar menjadi manusia yang bertauliah tetapi juga bersahsiah tinggi. Sebagai seorang pendidik juga, kita harus sentiasa melengkapkan dan mempertingkatkan diri dengan pengetahuan baru agar selari dengan kehendak semasa dan dihormati anak-anak didik.

Yazid Bin Hussein atau lebih senang dipanggil sebagai Cikgu Yazid merupakan seorang pendidik yang berwibawa dan cekal dalam usaha menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan seawal tahun 1993 di Sekolah Menengah Chua Chu Kang. Cikgu Yazid juga pernah mengajar di Millennia Institut sebagai guru Bahasa Melayu dan Sastera sebelum berkhidmat sebagai pensyarah di Program Latihan Khas Bahasa Ibunda (STP), Institut Pendidikan Nasional (NIE) dari tahun 2007-2010. Sepanjang bergelar pensyarah di STP, Cikgu Yazid banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru pelatih untuk menjadi golongan pendidik yang berdedikasi dan berpengetahuan luas seperti dirinya.

Kelebihan guru yang seringkali merendah diri ini tidak sahaja terletak pada ilmu pengetahuan Bahasa dan Sastera Melayu. Beliau merupakan guru yang penuh kreativiti dan ketangkasan dalam mengajar mata pelajaran Seni Kraftangan (Art and Craft) serta menjadi jurulatih untuk sukan bola sepak, rugbi dan hoki. Beliau yang diasuh sejak kecil untuk menitiberatkan disiplin diri, pernah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memegang jawatan sebagai guru disiplin.

Cikgu Yazid tidak lokek ilmu. Beliau sentiasa menasihatkan anak-anak didiknya supaya menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman agar tergolong dalam kumpulan paling cemerlang. Sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan, Cikgu Yazid tidak pernah mengenal erti penat dalam perjalanan untuk menimba ilmu yang mampu dicakupi. Kecekalan Cikgu Yazid ini terserlah dalam usahanya untuk meraih doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Bahasa Melayu di samping tugasnya sebagai seorang pensyarah. Beliau telah memilih untuk menjadikan kumpulan cerpen hasil empat orang penulis mapan Singapura, iaitu Masuri S.N, Suratman Markasan, Mohamed Latiff Mohamed dan Isa Kamari sebagai bahan kajian untuk tesis doktor falsafahnya mengenai “Konseptual Kata Kunci”. Sebelum ini, Cikgu Yazid telah memperkenalkan dua teori untuk tujuan tesis Sarjana Mudanya iaitu, model “Qawl‟un Ma‟ruf” yang membawa maksud perkataan yang baik dan model “Psikologi Dakwah”.

Cikgu Yazid bukan seorang yang mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diraih. Sebaliknya, beliau berpegang kepada pegangan bahawasanya seseorang itu harus sentiasa mempertingkatkan diri dalam mencari ilmu yang bakal memanfaatkan diri dan bangsa. Oleh yang demikian, Cikgu Yazid berpendapat bahawasanya masa merupakan sesuatu yang amat berharga Cikgu Yazid bukan seorang yang mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diraih. Sebaliknya, beliau berpegang kepada pegangan bahawasanya seseorang itu harus sentiasa mempertingkatkan diri dalam mencari ilmu yang bakal memanfaatkan diri dan bangsa. Oleh yang demikian, Cikgu Yazid berpendapat bahawasanya masa merupakan sesuatu yang amat berharga

Cinta Cikgu Yazid terhadap bahasa, bangsa, budaya dan arena persuratan Melayu Singapura dimantapkan lagi dengan penglibatannya dalam beberapa pertubuhan setempat. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua II Angkatan Sasterawan „50 sejak tahun 2009. Sebelum ini, Cikgu Yazid merupakan Penolong Setiausaha Asas „50. Penglibatan Cikgu Yazid dalam Asas ‟50 berjaya mencetuskan beberapa program yang menarik hasil buah fikirannya. Misalnya, pertandingan „Eja Tepat‟ dan „Bina Kata‟. Dek sambutan yang memberangsangkan dari para guru, „Eja Tepat‟ telah dijadikan acara tahunan anjuran Asas ‟50.

Selain berkecimpung dalam Asas ‟50, Cikgu Yazid juga merupakan antara salah satu anggota di Balai Rakyat Bukit Batok Timur. Beliau kerap menggunakan balai rakyat tersebut untuk menganjurkan kegiatan yang berunsur bahasa dan sastera Melayu bagi para pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institut pendidikan tinggi. Minatnya dalam bidang teater juga telah menyebabkan beliau menjadi penasihat kepada kumpulan Celik, sebuah pertubuhan teater yang dikendalikan oleh para remaja Melayu. Pada tahun 2008, skrip teater Bisikan Nadim yang ditulis oleh Cikgu Yazid sendiri dan dipentaskan di panggung Victoria oleh kumpulan Celik dengan kerjasama Asas‟50. Skripnya telah diterbitkan dalam bentuk buku bertajuk Bisikan Nadim: Dari Skrip Ke Panggung Ke Naskah (2009). Kreativiti dan kebolehan Cikgu Yazid dalam penulisan skrip dengan cara teatrikal dan penuh dramatik telah mendorong kumpulan Teater Artistik Singapura untuk melantiknya menjadi penulis skrip bagi pementasan Depot Lima Dara di Arts House pada Mei 2010.

Selain menulis skrip teater, Cikgu Yazid juga banyak menghasilkan karya-karya kreatif seperti novel, cerpen dan sajak. Buku kumpulan cerpen Satu Macam Penyakit (2009) adalah antara buku yang memuatkan karya-karyanya dengan nama pena Langkah Seribu. Karya-karya Cikgu Yazid yang kebanyakannya bertemakan alam sekitar, kasih sayang, kekeluargaan dan politik acap kali juga diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Berita Minggu kerana persoalan-persoalan yang dibincangkan dalam karya-karyanya sejajar dengan isu-isu yang dihadapi masyarakat Melayu milieu ini. Memang menjadi harapan guru berjiwa nasionalistik ini untuk menyedarkan masyarakat Melayu akan cabaran-cabaran yang sedang melanda bangsannya dan membakar semangat mereka untuk bangkit dan berusaha menangani masalah yang menimpa dengan cara bijaksana serta tidak mengenal erti putus asa.

Bagi Cikgu Yazid, pendidikan dan agama adalah kunci emas yang membolehkan mana- mana bangsa keluar dari ambang masalah. Lantas, Cikgu Yazid sentiasa mempertingkatkan dirinya dengan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Pegangan hidup yang sama cuba diterapkan Cikgu Yazid di dalam diri anak-anak didiknya. Cikgu Yazid tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan yang ada pada dirinya. Beliau turut menghasilkan sebuah buku panduan bertajuk Aku Ingin Menulis (2009) yang memuatkan cara-cara menghasilkan cerpen. Penerbitan buku tersebut diharap dapat mendorong lebih ramai pelapis untuk berkecimpung dalam dunia persuratan dan memupuk minat terhadap bahasa ibunda di kalangan generasi muda.

Cikgu Yazid amat prihatin tentang masa depan bahasa Melayu di Singapura. Meskipun guru ini sedar akan berkurangannya bilangan anak-anak muda dewasa ini yang meminati dan dapat menguasai bahasa ibunda mereka dengan baik, beliau tetap bersikap optimistik. Beliau berpendapat Cikgu Yazid amat prihatin tentang masa depan bahasa Melayu di Singapura. Meskipun guru ini sedar akan berkurangannya bilangan anak-anak muda dewasa ini yang meminati dan dapat menguasai bahasa ibunda mereka dengan baik, beliau tetap bersikap optimistik. Beliau berpendapat

Cikgu Yazid boleh dianggap sebagai seorang guru Melayu yang bewawasan dan pragmatik dengan keperluan semasa. Dengan semangatnya yang kental, Cikgu Yazid telah mendorong ramai guru bahasa Melayu seperti dirinya untuk berjuang memajukan pengajian Melayu di Singapura.

Nur Hafizah Rashib & Nurshamira Johari

Menjunjung Budimu

(Untuk Sasterawan Mohamed Latiff Mohamed)

Biarpun sakit mata memandang Biarpun perit menekan jiwa Menatap dalam kemarahan

Menabur kasih dalam penulisan Atas harapan meniup semangat

Keikhlasan tidak mengenal keluh dan keringat

Biarpun perjuangan tiada putusnya Biarpun terpaksa berkorban masa Meneruskan bakti kepada duniawi

Mencorak masyarakat menegakkan jati diri Sejak dahulu, kini dan selamanya Khazanah menempah keagungan budi.

Aida Norliza 3 Mac 2010 4.30ptg

“Jangan tiru seperti saya. Tiada resipi yang tertentu bagi mencapai kejayaan.Hiduplah kehidupan kamu dengan pengertian yang sebaik termampu. Ikhlas dengan diri, itulah pembuka dan penyuluh jalan yang sejati. Jangan takut kepada kegagalan, kerana nilai seseorang itu bukan dari keseluruhan kejayaannya, tetapi melalui kebangkitannya daripada setiap kegagalan yang dihadapi.”

Muhammad Herwanto Bin Johari dilahirkan pada 14 Julai 1979. Beliau merupakan seorang belia yang banyak menyumbang kepada dunia kepimpinan melalui penglibatannya dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan program melibatkan para belia. Bahkan, beliau juga mencapai kejayaan yang wajar menjadi kebanggaan masyarakat Melayu seawal usia 13 tahun lagi. Guru pelatih dan penuntut tahun ketiga jurusan diploma dalam pengajian Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Nasional ini meraih kejayaannya yang pertama apabila beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan „PSLE‟ pada tahun 1992 dan merupakan pelajar Melayu kedua terbaik dengan meraih agregat 277.

Melalui keputusan tersebut, Herwanto layak melanjutkan pelajarannya di Institusi Raffles (RI) pada tahun 1993. Semasa pengajiannya di sana, beliau meraih Hadiah Buku Perdana Menteri atas kecemerlangan dalam peperiksaan nasional bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada tahun 1994. Sokongan dan dorongan keluarga, guru dan rakan-rakannya terus membentuk kecemerlangannya sehingga berjaya meraih Hadiah Terbaik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Lanjutan di RI pada setiap tahun. Di samping itu, beliau juga turut menjuarai sayembara penulisan esei dan berpidato setiap tahun di tempat pengajian yang sama.

Herwanto juga pernah menjadi guru sambilan di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim. Sejak itu, timbul minatnya untuk menceburi bidang perguruan dan ingin menjadikannya sebagai kerjaya. Justeru, beliau melanjutkan pelajarannya di Institusi Pendidikan Nasional. Herwanto telah menamatkan pengajian di bawah Program Latihan Khas STP/NIE pada lewat 2009 dan meraih Pelatih Terbaik Keseluruhan, Hadiah bagi Bahasa Melayu dan Hadiah bagi Sastera Melayu.

Selain menyerlah dalam bidang akademik, Herwanto juga terserlah dalam bidang kepimpinan. Beliau merupakan presiden badan pelajar NIE-NTU dan anggota eksekutif NTU Union Council selain berkhidmat sebagai Ketua Program dan Ketua Belia Asas ‟50. Jawatan pertamanya sebagai seorang pemimpin bermula ketika berada di zaman pra-sekolah lagi yang terletak di Johor Bahru, iaitu dilantik sebagai seorang ketua darjah dan ketua pengawas. Kebolehannya dalam bidang kepimpinan tidak berakhir di situ, malah dia diberikan lebih banyak jawatan sepanjang zaman persekolahannya. Antaranya, ialah beliau merupakan seorang wakil pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sastera. Di Institusi Raffles, beliau dipilih sebagai Naib President Persatuan

Budaya Melayu RI pada 1994 sebelum dilantik sebagai Presiden PBMRI pada 1995-1996. Herwanto bukan sahaja dapat menyandang jawatan kepimpinan atau perwakilan dalam zaman persekolahan, tetapi juga di peringkat nasional. Baru-baru ini beliau dilantik sebagai Social Innovation Park Champion, wakil NIE-NTU oleh pengasas dan presiden Social Innovation Park, Ms Penny Low yang juga anggota parlimen bagi GRC Ponggol.

Namun demikian bagi diri Herwanto sendiri, beliau pertama sekali menjadi pemimpin ialah kepada adik perempuannya, Herdawati Johari, setelah bapa mereka meninggal dunia sewaktu adiknya baru berusia 3 tahun. Tokoh belia ini juga merasakan bahawa bidang kepimpinan bukan sesuatu yang diceburi secara sedar atau langsung, tetapi lebih bersifat developmental dan bergantung kepada tiga unsur; ithar, iltizam dan integrasi. Ithar sebagai dasar pengorbanan bagi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.Iltizam sebagai sumbangan komitmen secara ikhlas dan bertanggungjawab. Integrasi pula sebagai penggabungan manfaat yang diraih kepada pembentukan sahsiah seseorang. Beliau membentuk tiga dasar sebagai moto PBMRI sewaktu berkhidmat sebagai Presiden pada 1995, dan beliau amat berbesar hati kerana ia masih digunakan hingga kini di RI. Setiap 'jawatan' ini sama penting bagi Herwanto kerana setiap peluang yang diberikan kepada dirinya itu dianggap sebagai pengalaman yang amat berharga selain mendedahkan dirinya kepada pelbagai ragam dan jenis manusia yang membantu meluaskan pemahamannya tentang dunia dan erti nilai budi manusia. Herwanto menganggap bahawa tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dalam bidang kepimpinan di setiap peringkat persekolahannya sehinggalah hari ini merupakan sesuatu yang agak menghairankan kerana sejak di bangku sekolah beliau tidak pernah menganggap dirinya layak sebagai ketua kerana sifat rendah diri. Beliau tidak menganggap dirinya sebagai orang yang terbaik dan tidak pernah pula mengharapkan untuk memegang jawatan itu. Namun demikian, Herwanto bersyukur kerana peluang-peluang tersebut yang menjadi pengasas terbaik bagi mengukuhkan pembentukan dirinya. Beliau amat bersyukur kerana dianugerahkan guru-guru yang dapat membimbingnya ke arena kepimpinan.

Herwanto telah meraih pencapaian dalam pebagai bidang tetapi kepuasannya ialah menjadi pelajar Melayu daripada alumni STP yang berjaya dilantik sebagai Presiden badan pelajar di NIE- NTU, yang merupakan antara institut pendidikan terulung di dunia. Melalui perlantikan ini, beliau berjaya menerbitkan antologi sajak dwibahasa berjudul Verses of Angels bagi mangsa-mangsa gempa bumi di Haiti. Beliau berasa puas dan berharap agar usaha ini membuka peluang dan ruang bagi lebih ramai lagi pelajar-pelajar Melayu untuk bergiat dalam arena kepimpinan aliran nasional. Selain itu juga, beliau turut berpuas-hati kerana program STP telah memupuk kejayaannya itu. Dengan yang demikian, beliau dapat membantu membuktikan keberkesanan nasihat dan kata-kata mutiara sang guru yang tidak pernah berpatah semangat untuk mendorong pelajar-pelajar STP supaya cemerlang. Bagi pencapaiannya untuk Verses of Angels, sokongan daripada rakan-rakan dan mereka yang tidak dikenali tetapi turut terlibat demi menabur budi untuk kemanusiaan sejagat menimbulkan kesan dan kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kepuasan daripada setiap projek, aktiviti, rancangan pengajaran, lakaran dan idea yang pelbagai hasil pemuafakatan kolektif itulah yang mendorong dirinya untuk meneruskan usaha bagi tahap seterusnya.

Jawatan sebagai presiden juga memberikannya peluang untuk mendekati belia-belia di luar agar melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang dapat menjana minda serta membentuk keperibadian setiap individu. Herwanto mempunyai matlamat untuk memupuk belia yang berjiwa pendekar, sopan tatasusila, lembut dalam bicara tetapi tajam dalam maknanya, serta mempunyai kesedaran terhadap kepentingan ilmu. Matlamatnya dalam memajukan belia terutama golongan masyarakat Melayu, ialah untuk memperkukuhkan stamina mental mereka dalam menghadapi setiap cabaran. Harapannya bahawa bakat yang ada di dalam setiap belia itu dapat diberi peluang untuk dipupuk, diasah dan dikembangkan. Stamina atau ketahanan mental masyarakat Melayu harus Jawatan sebagai presiden juga memberikannya peluang untuk mendekati belia-belia di luar agar melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang dapat menjana minda serta membentuk keperibadian setiap individu. Herwanto mempunyai matlamat untuk memupuk belia yang berjiwa pendekar, sopan tatasusila, lembut dalam bicara tetapi tajam dalam maknanya, serta mempunyai kesedaran terhadap kepentingan ilmu. Matlamatnya dalam memajukan belia terutama golongan masyarakat Melayu, ialah untuk memperkukuhkan stamina mental mereka dalam menghadapi setiap cabaran. Harapannya bahawa bakat yang ada di dalam setiap belia itu dapat diberi peluang untuk dipupuk, diasah dan dikembangkan. Stamina atau ketahanan mental masyarakat Melayu harus

Selain itu, Herwanto mempunyai matlamat agar menjadi seorang yang terus mencintai kehidupan dan lebih merindui kepulangannya. Walaupun beliau sentiasa sibuk dalam mengendalikan dan menguruskan pelbagai program bagi institusi, sekolah dan masyarakat, beliau dapat membahagikan masa sebaik-baiknya agar memastikan pelajarannya tidak diabaikan. Malah beliau terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Menurut tokoh belia aktivis ini, rahsianya ialah hanya berpegang kepada alat dan akal sahaja. Alat yang digunakan seperti iPhone untuk membantu mengemaskini jadual harian, mingguan dan bulanan. Akal untuk memastikan dirinya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sewaktu di sekolah agar memudahkan ulangkaji. Prokrastinasi atau penangguhan itu pembunuh masa.

Muhammad Herwanto Bin Johari turut menambah kekata nasihat bagi mengulas pendapatnya bahawa tiada resipi yang tertentu bagi mencapai kejayaan. Hiduplah kehidupan kamu dengan pengertian yang sebaik termampu. Ikhlas dengan diri, itulah pembuka dan penyuluh jalan yang sejati. Jangan takut kepada kegagalan, kerana nilai seseorang itu bukan daripada keseluruhan kejayaannya, tetapi melalui kebangkitannya daripada setiap kegagalan yang dihadapi.

Syahirah Nabilah & Norliza Sukri

“Kita semua dilahirkan di dalam tempat, bukan untuk memiliki tapi untuk memulakan satu perjalanan.”

Noorhaqmal Bin Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Aqmal N dilahirkan pada 8hb April 1984. Beliau merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Nasional. Bakat seni Aqmal terserlah apabila beliau dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Anugerah 2004 anjuran saluran Suria, Mediacorp. Beliau merupakan seorang pemuda yang versatil. Selain pencapaiannya dalam bidang muzik, Aqmal juga terserlah dalam bidang akademik dan kemasyarakatan.

Belia berbakat seni ini merupakan ketua IT Teacher‟s Trainee Club (TTC) bagi sesi 2009/2010. Aqmal juga melibatkan diri dalam Persatuan Karyawan Muzik Singapura (PERKAMUS) sebagai ahli sejak tahun 2007. Selain itu, beliau juga menggangotai Malay Arstistic Association (MAA) sebagai Setiausaha Keahlian sejak 2009. Aqmal menggangotai kumpulan „Festival Melayu Ada‟ yakni sebuah pertubuhan bertujuan sebagai batu loncatan untuk artis-artis muda di Singapura. Aqmal juga menggangotai Youth Working Group Committee dalam Community Leaders‟ Forum MENDAKI sejak pertengahan tahun 2009. Kumpulan ini bertujuan mengenal pasti punca masalah remaja dan mencari jalan penyelesaiannya. Pada tahun 2004, MENDAKI mula memanggil semua pakar dalam pelbagai bidang untuk membincangkan masalah masyarakat.

Aqmal juga merupakan anggota Angkatan Sasterawan ‟50 (Asas „50). Melalui penglibatannya dalam pertubuhan ini, beliau berjaya mengembangkan bakat seninya terutama sekalinya dalam bidang kesusasteraan. Ini dapat dilihat apabila Aqmal menjadi di antara tokoh muda yang menyumbang kertas kajian dalam kumpulan buku sulung terbitan sulung Asas ‟50 berjudul “Bahasa Sumber Intelektual Peribumi” melalui kajian berjudul “Bahasa, Muzik dan Media Baharu”.

Aqmal pernah mendapat Biasiswa Neo Corporation dan Biasiswa Edusave pada tahun 1997 semasa di Sekolah Menengah Kranji. Beliau juga pernah menerima sijil penghargaan atas penyertaannya dalam Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan 1999 anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Penyertaannya di dalam peraduan menulis sajak antara sekolah-sekolah Menengah Zon Barat adalah titik permulaan Aqmal berkarya.

Karya pertama Aqmal yang diterbitkan adalah sajak Marha Nurhayat (2002) terbitan majalah NURHAYAT di Politeknik Singapura. Aqmal mula menulis secara aktif sejak mengikuti Khusus Latihan Khas Bahasa Ibunda di STP/NIE pada tahun 2007 dan kini telah pun meraih sijil penuh peringkat GCE „A‟. Antara karya yang telah dihasilkannya termasuk sajak, cerpen, artikel dan esei. Karya-karya Aqmal yang telah diterbitkan ialah Awan tak larat (2007) Jurnal Aktivis jilid VII

(STP-NIE/NTU), Dikir Singapura dalam rangka exodus dan genesis (2008), Jurnal Aktivis jilid VIII (STP-NIE/NTU), Drama waktu sesudah itu mengungkap pengalaman pendokumentasian (2009), Pengaruh bahasa dalam seni kata dikir Singapura (2009) Jurnal Aktivis Jilid IX (STP-NIE/NTU), Representasi puisi dalam pelbagai media dari sudut genetik (2009) Jurnal Aktivis Jilid IX (STP- NIE/NTU) dan Menjunjung titah (2009) Berita Harian. Selain itu, Aqmal juga pernah menulis cerpen.

Cerpen Aqmal telah diterbitkan di dalam dua buku yang diselenggarakan Yazid Hussein. Cerpen berjudul Pembelot (2009) diterbitkan di dalam buku Teman Siber dan Cerpen Hitam (2009) diterbitkan dalam buku Kasih bunga merah. Menurut Aqmal, alam sekeliling merupakan sumber inspirasinya dalam menjana idea untuk menghasilkan karya-karyanya baik dalam bidang akademik mahupun muzik.

Aqmal mengasah bakatnya dengan peluang-peluang yang didapatinya melalui pertubuhan- pertubuhan setempat. Asas ‟50, misalnya, banyak memberi peluang kepada Aqmal untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang seni. Ini termasuk membuat persembahan pembukaan theatre Bisikan Nadim (2008), pelancaran buku Diari Hitam (2009) sebagai komposer kepada lagu berjudul Srikandi dan persembahan di pameran Evolusi Bahasa di Taman Warisan pada tahun 2009. Selain itu, Aqmal menyertai merupakan pelatih bagi program nasional Penyair Marhean. Aqmal juga pernah menjadi komposer soundtrack, Matahari Malam, Literature on Theatre anjuran National Arts Council.

Selain itu, Aqmal turut mengadakan persembahan anjuran Suria MediaCorp seperti Sukmairama 2004 di Negara Brunei Darussalam, Konsert Solo bersama Hazrul Nizam (2004) Salam

Lebaran (2004) dan sebagainya. Bakat Aqmal bukan sahaja sekadar menyanyi tetapi juga sebagai seorang penggubah lagu. Aqmal merupakan penulis lirik kepada lagu Talian Terputus iaitu lima lagu terbaik Projek Rentak 2008 persembahan Adnalie. Beliau juga merupakan pemenang Projek Rentak 2009 dengan lagu bertajuk Warkah Cinta Dunia anjuran Mediacorp RIA 89.7FM and Warna 94.2FM.

Di samping itu, Aqmal juga melibatkan diri dalam seni dikir barat semenjak usia 9 tahun di Sekolah Rendah Zhenghua. Beliau mula didedahkan pada dikir barat di peringkat sekolah rendah dan seterusnya di peringkat menengah dan juga politeknik. Kini beliau merupakan salah seorang ahli Kelana Purba sebagai Tukang karut dan Tok Juara dan masih giat aktif dalam bidang ini. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah dan acapkali dinobatkan sebagai Tok Juara dan Tukang Karut terbaik. Selain itu, Aqmal juga menyumbangkan tenaganya sebagai penulis seni kata bagi kumpulan Kelana Purba sejak pertengahan tahun 2004. Sejak usia 17 tahun, Aqmal menceburkan diri dalam format penulisan lirik untuk dikir barat.

Aqmal telah mengaplikasikan bakatnya dalam bidang muzik untuk kesusasteraan. Beliau menyalurkan bakat seninya untuk mengekalkan kesusasteraan Melayu di Singapura. Tahun 2007 memulakan detik pertama Aqmal melagukan suatu genre puisi iaitu sajak. Melagukan sajak agak sukar kerana berbeza dengan penulisan lirik dikir, sajak merupakan penulisan puisi yang bebas manakala lirik penulisan dikir agak terikat dengan puisi tradisional. Namun demikian, Aqmal menganggap kesukaran itu sebagai suatu cabaran dan sajak pertama yang berjaya dilagukannya ialah sajak Ibu dan Anak karya Yazid Hussein, pensyarah di Institut Pendidikan Nasional/Universiti Teknologikal Nanyang. Sejak dari itu, Aqmal mula melagukan puisi-puisi lain dari penulis-penulis mapan seperti Mohamed Latiff Mohamed, Abdul Ghani Hamid dan sebagainya. Aqmal telahpun mengeluarkan sebuah album berjudul Srikandi.

Aqmal juga merupakan sukarelawan aktif untuk badan kebajikan Jamiyah Darul Ma‟wa. Beliau menyumbangkan tenaganya demi kanak-kanak di sana. Aqmal mengambil bahagian dalam acara-acara di sana seperti acara iftar, karnival Darul Ma‟wa dan sebagainya. Aqmal pernah menjadi pengadil untuk beberapa acara. Antaranya ialah pertandingan menyanyi dan pertandingan kompang. Beliau mewakili PERKAMUS dalam acara mengadili pertandingan-pertandingan ini.

Dalam kesibukannya sebagai seorang guru pelatih, Aqmal masih mampu melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Ramai yang mengagumi sifatnya yang serba boleh. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang penuntut di Institut Pendidikan Nasional, Aqmal masih mampu menghulurkan tenaga dalam TTC, PERKAMUS, MAA, Asas ‟50 dan sebagainya. Bagi Aqmal, faktor bijak mengimbangi masa merupakan antara faktor yang amat penting untuk berjaya. Sikap disiplin juga amat penting bagi setiap individu untuk berjaya. Faktor kedua ialah usaha yang gigih. Kegigihan amat perlu dalam usaha seseorang mencapai tangga kejayaan. Di samping itu, individu juga perlu terus mencipta ruang untuk berjaya dan tidak hanya menantikan ruang. Faktor terakhir ialah kreativiti. Setiap individu harus mengembangkan kreativiti mereka agar mereka sentiasa selaras dan relevan dengan perkembangan zaman supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat dan bangsanya.

Akhir sekali, Aqmal berpegang teguh pada prinsip „ilmu menyuluh ruang; manusia membina peluang dan segalanya adalah mungkin‟ yakni setiap perkara itu tentunya boleh dilakukan asalkan ianya dilakukan dengan usaha yang gigih, ikhlas dan bersungguh-sungguh berserta ilmu.

Mainura Binte Mawi & Sri Syazwani Binte Mohd Yazid

ISU KONTEMPORARI DISKRIMINASI PROAKTIF MANGKIN PEMBANGUNAN SEJAGAT

Hairani Asri

Pengenalan

Pembangunan merupakan sebahagian daripada proses pensejagatan yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi dasar ekonomi dan politik serta memastikan kestabilan sosial dalam sesebuah negara itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pembangunan boleh ditakrifkan sebagai „proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan, dan sebagainya‟ (2007:123). Dalam erti kata lain, proses tersebut tentunya dapat memanfaatkan masyarakat kerana boleh dinikmati oleh setiap penduduk di negara tersebut.Tambahan lagi, pembangunan juga boleh dianggap sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sejagat, pembentukan sesebuah masyarakat yang lebih berkualiti, pemupukan „minda kelas pertama‟ dan seumpamanya. Ilmu dan teknologi lazimnya mendorong dalam kepesatan proses pensejagatan yang secara tidak langsung membantu dalam pembangunan negara.

Walau bagaimanapun, setiap proses yang membabitkan pembangunan mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Negara-negara yang sedang membangun seringkali berhadapan dengan pelbagai masalah seperti jurang antara penduduk miskin dan kaya yang semakin luas, rasuah, ketandusan minda, nilai moral yang semakin berkurangan dan seumpamanya. Namun demikian, pembangunan yang disasarkan untuk meraih kesan positif kepada negara dan masyarakat harus digalakkan. Hakikatnya, lebih banyak impak positif yang boleh diraih daripada proses pembangunan berbanding dengan kesan negatif.

Antara Kosmopolitanisme dan Fundamentalisme

Pembangunan menimbulkan dua fahaman iaitu kosmopolitanisme dan fundamentalisme. Kosmopolitanisme merujuk kepada fahaman yang berpegang kepada 1 kewarganegaraan sejagat,

tanpa batas kenegaraan, kebangsaan mahupun semangat perkauman yang sempit. Fundamentalisme pula merujuk kepada konsep 2 keakuran yang kuat terhadap sesuatu ajaran, terutamanya dari segi

tuntutan agama. Maka itu, timbul pula beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan tentangan kedua-dua fahaman seperti 3 liberalisme, hyper-liberalisme, fanatisme, ekstrimisme dan terrorisme.

Sebagai contoh, seorang pegawai tentera SAF yang sedang menjalani perkhidmatan negara (NS) ditangkap baru-baru ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan radikal. Pemupukan pemikiran ektremis atau radikal dipandang berat oleh pemerintah Singapura lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi yang sedang berkembang pesat. Akhbar Today, bertarikh 22 Julai 2010, melaporkan tentang 4 penekanan Kementerian Pendidikan (MOE) terhadap peri pentingnya peranan

para ibu bapa dalam meninjau kegiatan anak-anak di alam siber. Hal ini disebabkan oleh berleluasa nya lelaman-lelaman yang bersifat radikal di samping menggalakkan ekstremisme dan terrorisme.

1 Dipetik daripada lelaman DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus pada 01/08/2010.

3 Dipetik daripada lelaman http://www.malaysiakini.com/news/3439 pada 01/08/2010. 4 Dipetik daripada lelaman blog http://pitchay.blogspot.com/ pada 02/08/2010. Dipetik daripada akhbar Today, 22/07/2010, ms 4.

Acapkali, golongan fundamental menyekat perkembangan dan pendedahan masyarakat kepada peradaban zaman teknologi maklumat seperti yang sedang berlaku di China. Sebagai salah sebuah negara gergasi di Asia Tenggara, pemerintah China masih mengawal pendedahan teknologi maklumat di kalangan penduduknya kerana tidak mahu pengaruh-pengaruh kurang sihat menular. Walaupun 5 China sedang pesat membangun dari sudut ekonomi, penyekatan lelaman Facebook dengan menyediakan satu rangkaian sosial khas yang tertakluk kepada rakyat tempatan sahaja membuktikan bahawa konsep kosmopolitanisme dan fundamentalisme diberikan penekanan yang saksama. Dengan itu, jelas bahawa pemerintah China masih memelihara nilai kemanusiaan di kalangan rakyatnya supaya tidak terpengaruh dengan idea-idea liberal yang boleh merosakkan budaya dan kepercayaan masing-masing.

Pembangunan Positif: Demokrasi

Pembangunan negara secara tidak langsung memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia. Lazimnya, negara-negara yang masih belum membangun atau masih dalam proses tersebut menghadapi pelbagai masalah sosial. Malah, kemajuan yang dicapai oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Singapura dapat menanam benih-benih demokrasi supaya ia kekal membangun dan membawa impak positif kepada setiap individu. Meskipun demokrasi dan hak asasi manusia 6 lahir daripada peradaban Barat, proses pensejagatan membantu memperkenalkan kedua- duanya kepada negara-negara lain yang sedang membangun. Tambahan, ia menyumbang kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia sejagat. Misalnya, India masih belum mencapai demokrasi kerana sistem feudalisme yang masih ketara di negara tersebut. Akibatnya, timbul masalah-masalah sosial utama seperti rasuah dan pertentangan kelas antara miskin dan kaya.

Rancangan dokumentari Born Into Brothels yang dihasilkan di India pada tahun 2004 7 meninjau kehidupan kanak-kanak India di Sonagachi, Calcutta. Ibu bapa mereka rata-ratanya terdiri daripada pelacur dan terbabit dalam kegiatan dadah. Kanak-kanak tersebut diberikan sebuah kamera dan diajar untuk mendokumentasikan kehidupan seharian mereka melalui penggunaan kamera tersebut. Sepanjang dokumentari itu, masalah rasuah diketengahkan sementara diskriminasi pula berlaku apabila kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan bersekolah di sekolah-sekolah tempatan kerana latar belakang mereka. Sehingga kini, hanya seorang daripada mereka, iaitu 8 Avijit Halder yang sedang mendapatkan ijazah di salah sebuah sekolah filem terunggul di Amerika Syarikat. Dengan itu, terbukti bagaimana pembangunan dapat mengubah sebuah sistem kepimpinan supaya ia dapat memanfaatkan penduduk dan pada masa yang sama menggalakkan demokrasi, meritokrasi dan seumpamanya.

Diskriminasi Proaktif

Diskriminasi merupakan satu istilah yang sering dikaitkan dengan perbuatan negatif seperti yang didefinisikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya (2007:356). Namun demikian, dengan pensejagatan yang sedang berlaku pada abad ini, diskriminasi secara proaktif juga wujud terutama sekali dalam memberikan peluang kepada mereka yang lebih berhak mendapatkannya dengan mendiskriminasi yang lain. Sebagai contoh, Singapura mengamalkan satu sistem diskriminasi proaktif seperti menyediakan hak-hak tertentu kepada penduduk Singapura semata, yang tidak termasuk penduduk tetap di sini. Antaranya,

5 Dipetik daripada akhbar International Herald Tribune, 14/07/2010, ms 16.

7 Dipetik daripada lelaman http://www.malaysiakini.com/news/3439 pada 1/08/2010. 8 Dipetik daripada lelaman http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/8456643.stm pada 1/08/2010. Dipetik daripada lelaman http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/8456643.stm pada 1/08/2010.

9 rakyat tempatan diberikan subsidi perubatan dan pembayaran yuran sekolah berbanding dengan penduduk tetap dan warga asing.

Bukan itu sahaja, 10 Universiti Oxford di United Kingdom tidak lagi mengamalkan sistem elitisme bagi kemasukan para pelajar ke instituisi tersebut. Pada awalnya, pelajar-pelajar yang

terpilih mempunyai 11 latar belakang yang baik, iaitu yang berasal daripada keluarga berada, ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan merupakan pelajar daripada sekolah-sekolah elit. Kini, para pelajar

yang berasal daripada keluarga susah, menetap di daerah-daerah yang miskin tetapi mempunyai rekod pendidikan yang cemerlang akan dikenalpasti dan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran di sana. Ini secara tidak langsung mencerminkan sistem meritokrasi yang semakin mendapat tempat di kebanyakan instituisi pendidikan di seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa pembangunan menggalakkan meritokrasi disamping menyediakan peluang yang memanfaatkan setiap individu.

Pembangunan Budaya

Salah satu kebaikan yang dapat diperoleh daripada proses pembangunan adalah satu anjakan budaya yang juga boleh memajukan keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara. Anjakan budaya bukan sahaja melestarikan sesuatu yang sedia ada tetapi memperkenalkan budaya-budaya baharu yang lahir hasil daripada proses pensejagatan. Bahkan, budaya merangkumi pelbagai aspek seperti agama, seni, teknologi, muzik, sukan dan sebagainya. Pembangunan di Singapura telah menjadi katalis kepada budaya seni dan teknologi di sini. Dengan tertubuhnya institusi-institusi kelas dunia seperti Esplanade, Sekolah Seni Singapura (SOTA) dan Sekolah Sukan Singapura (SSS), maka timbullah peluang-peluang yang dapat memajukan negara ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan berlangsungnya Sukan Olimpik Belia (YOG) kerana budaya sukan di sini semakin berkembang dengan adanya prasarana dan infrastruktur yang mengiringi perkembangan tersebut.

Di Belanda pula, pembangunan budaya dapat dilihat dengan penghasilan terompah kayu yang moden dan masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Belanda meskipun pemakaiannya telah menjadi tradisi unik sejak zaman dahulu. Dengan pembangunan yang sedang pesat berlaku, budaya terompah kayu ini menjadi salah satu daya tarikan bagi industri pelancongan di negara tersebut, lebih-lebih lagi dengan penghasilan terompah kayu sebagai cenderamata. Ianya secara tidak langsung, membawa budaya istimewa tersebut ke satu tahap yang memberangsangkan supaya ia tidak pupus. Oleh sebab itu, pembangunan amat digalakkan kerana ia dapat memanfaatkan negara dan masyarakat dalam pelbagai aspek khususnya budaya.

Penutup