ISU KONTEMPORARI KEHILANGAN MAHATHIRISME MEMBAWA KEJATUHAN MELAYU

ISU KONTEMPORARI KEHILANGAN MAHATHIRISME MEMBAWA KEJATUHAN MELAYU

Nurshamira Binte Johari

Pengenalan

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan ikon yang mendasari perkembangan Malaysia dalam perjalanan negara itu menuju kemajuan pesat. Mahathir dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai intelek pemikiran yang tinggi dan kritikal. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri memperlihatkannya sebagai seorang pemimpin yang cekap, pragmatis dan strategis. Namun demikian, pengundurannya dalam arena politik Malaysia telah membawa kepada beberapa kejadian yang meruntuhkan sistem pentadbiran dan keamanan negara yang semakin terancam akibat isu-isu perkauman yang sensitif.

Legitimasi Politik Mahathir

Nama-nama yang telah menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia telah membawa kepada proses kemajuan yang dialami negara tersebut. Pucuk kepimpinan Tunku Abdul Rahman telah membawa kepada kemerdekaan Malaysia. Era Tunku Abdul Rahman merupakan zaman masyarakat Melayu mencari jalan untuk keluar daripada belenggu penjajahan British, lantas mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Tun Abdul Razak membawa kepada pembangunan desa. Tun Hussein Onn menyerlahkan kewibawaan bangsa. Teras kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pula telah membawa kepada pemodenan Malaysia. Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mencapai status negara maju. Semasa bertugas sebagai Perdana Menteri, rakyat mengharapkan perubahan memandangkan beliau merupakan tokoh yang berwawasan, berjiwa rakyat serta dilihat mampu membentuk Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dan berdaya saing.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang mantan Perdana Menteri Malaysia lebih menyerlah berbanding dengan tokoh-tokoh sezaman dengannya. Beliau dianggap sebagai sebahagian dari modern intellectual culture yang meneroka alam pemikiran dan melihat sesuatu hal secara kritikal dalam usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu. Nilai intelektualnya dapat dilihat menerusi penulisan-penulisannya yang telah diterbitkan dalam akhbar The Straits Times dan The Sunday Times serta buku-buku seperti The Malay Dilemma, The Challenge, Way Forwad dan A New Deal For Asia. Kebanyakan hasil penulisannya ialah mengenai perihal sistem budaya dan nilai masyarakat Melayu 19 .

Sebagai seorang pemimpin yang sering memberikan kritikan yang membina kepada masyarakatnya, beliau pernah mengatakan bahawa budaya Melayu merupakan punca kemunduran bangsanya berbanding dengan bangsa lain. Sikap mudah menyerah kalah yang ada dalam jiwa orang Melayu dianggap sebagai faktor yang menyumbang kepada kemunduran bangsa Melayu. Selain itu, orang Melayu juga dikatakan sebagai sebuah masyarakat yang gagal menghargai masa. Lantas, beliau telah mengatakan bahawa “a community which is not conscious of time must be regarded as a very backward society”, kerana selagi seseorang itu tidak sedar akan masa yang sentiasa bergerak,

19 Sivamurugan Pandian (2005) p. 36 19 Sivamurugan Pandian (2005) p. 36

“The Chinese were moved by a desire for a better life and obviously by determinations to work for this... the Malays whose own hereditary and environmental influence had been so debilitating, could do nothing but retreat before the onslaught of the Chinese immigrants. Whatever the Malays could do, the Chinese could do better and cheaper.” (The Malay Dilemma, 1970: 25)

Dengan kenyatan ini, bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang lemah semangat, yang tidak berkemampuan untuk cemerlang atas usaha sendiri dan bangsa yang sering meminta-minta. Setelah 22 tahun menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengundurkan diri dari tugas pemimpin dan politik pada tarikh 31 Oktober 2003. Pengundurannya merupakan sebuah kehilangan besar kepada Malaysia dan bangsa Melayu. Tugasnya disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah dikritik oleh Dr. Mahathir kerana kepimpinan yang lemah.

Keamanan Yang Tergugat

Malaysia berkembang pesat di bawah pimpinan Dr. Mahathir kerana sifatnya yang berfikiran jauh dan visi yang menepati masa. Oleh yang demikian, Dr. Mahathir menjadi kebanggaan politik kerana telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan setanding dengan negara- negara maju yang lain. Pencapaian terbaiknya merupakan kejayaan mengekalkan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Namun demikian, usaha-usahanya selama ini telah musnah akibat kejadian pembakaran gereja-gereja oleh masyarakat Melayu di tengah kemelut dan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Keadaan diburukkan lagi dengan kejadian empat kepala babi yang ditemui di dua buah masjid di ibu kota Kuala Lumpur. Perbuatan mencemarkan rumah-rumah ibadat telah melibatkan 11 gereja, sebuah sekolah konven, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua buah surau 20 .

Menerusi muzakarah pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mereka memutuskan bahawa penggunaan kalimah „Allah‟ sebagai penterjemahan kepada perkataan „God‟ adalah tidak tepat dan bercanggah dengan konsep Tuhan oleh agama Islam. Namun demikian, keamanan Malaysia sudah dicemari dan membawa kesan negatif terhadap umat Islam di Malaysia. Keadaan diburukkan lagi berikutan dengan sikap para pemimpin yang mengambil ringan terhadap peristiwa pembakaran gereja.

Kepimpinan Yang Menyatukan Rakyat

Agama Islam menuntut para umatnya supaya menguruskan kehidupan ke arah sesuatu yang akan membawa kepada kebaikan dan pengamalan ibadah secara berterusan. Peranan umat Islam ialah sebagai seorang khalifah di muka bumi untuk menghidupkan kemakmuran. Amalan ibadah umat Islam adalah berteraskan amal ma‟ruf nahi mungkar. Islam merupakan agama yang merangkumi

20 “Empat Kepala Babi Di Dua Masjid” dlm Berita Harian, Khamis, 28 Januari 2010. Singapore: Singapore Press Holdings, hlm 7 20 “Empat Kepala Babi Di Dua Masjid” dlm Berita Harian, Khamis, 28 Januari 2010. Singapore: Singapore Press Holdings, hlm 7

Ramai masyarakat Melayu/Islam yang cetek pegangan ilmunya. Dalam pada itu, golongan ini mudah dipengaruhi golongan Melayu/Islam lain yang juga tidak berkelayakan dalam bidang agama, termasuklah golongan orang-orang politik. Mereka yang memasuki arena politik hanya kerana nama dan mengejar materialisme semata telah menyebabkan kemunduran negara di bawah pemerintahan mereka. Ketandusan golongan intelektual menyebabkan hilangnya minat dan usaha untuk memperbaiki ekonomi dan taraf hidup masyarakat Melayu. Antara punjangga-pujangga Melayu yang membicarakan mengenai masalah kemunduran masyarakat Melayu ialah Abdullah Munsyi dan Pendeta Za‟ba. Mereka menyalahkan masyarakat feudal, penindasan dan kaum 21 bangsawan yang gagal mentadbir negara dengan baik .

Agama Islam juga menentukan bahawa seorang yang wajar digelar sebagai seorang pemimpin harus mempunyai kewibawaan dalam aspek ilmu, akhlak dan kebijaksanaan. Oleh yang demikian, Al-Quran telah mengelarkan seorang pemimpin sebagai Ulil Amri 22 . Ulil Amri membawa maksud orang-orang yang menguruskan hal-hal politik dan pada masa yang sama, mengendalikan tugas memimpin dan memerintah. Sejarah telah menunjukkan bahawa para pemimpin yang kejam telah dibinasakan oleh Allah seperti Firaun yang memimpin dengan kekerasan dan kebendaan. Kaum Bani Israel pula telah dilaknat oleh Allah kerana berpolitik rasuah dan menilai pemimpin bukan dengan akhlak dan ilmu, tetapi dengan harta kekayaan.

Lantas, kepimpinan boleh membawa kepada kejayaan dan kegagalan, keunggulan dan kemudaratan. Kepimpinan yang berwawasan harus ada dalam sesebuah kelompok masyarakat agar mereka mampu meningkatkan diri dan meneruskan kelangsungan hidup. Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik sepanjang zaman untuk menunjukkan seorang pemimpin yang berkaliber. Michael Hart telah menyenaraikan baginda pada kedudukan takhta pertama dalam bukunya The 100 Most Influential Persons in History manakala sahabat baginda, Umar ibn Al-Khattab dinobatkan tempat ke 51 dalam senarai. George Bernard Shaw telah memberikan pengiktirafan kepada nilai kepinpinan Nabi Muhammad s.a.w.

“Saya telah mengkaji Islam dan Nabinya dengan teliti. Saya telah melakukannya sebagai seorang pelajar sastera dan pengkritik dan telah mendapat satu kesimpulan bahawa sesungguhnya Muhammad adalah manusia hebat dan penyampai serta penyumbang kebaikan kepada manusia... Saya telah mengkaji beliau – beliau adalah seorang yang menarik – dan pada pendapat saya, jauh daripada menjadi anti-Kristian, beliau pasti digelar penyelamat kemanusiaan... Saya percaya bahawa jika manusia seperti beliau diangkat sebagai penggerak kepada dunia moden, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah-masalah dengan menjurus kepada natijah keamanan 23 dan kebahagiaan yang amat diperlukan .”(Takkan Melayu Hilang Di Dunia, 2000:71)

Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh seorang pemimpin yang baik dan memberikan pengikut-pengikutnya semangat dan motivasi untuk maju dalam kehidupan sambil menegakkan keadilan dan kesaksamaan agar mampu hidup dalam harmonis. Pemimpin yang tidak layak menerima

22 Sivamurugan Pandian (2005) p. 32 23 Abdul Hadi Awang (2007) p. 38 Shaw, George Bernard, The Genuine Islam, Vol.1, No. 81936 22 Sivamurugan Pandian (2005) p. 32 23 Abdul Hadi Awang (2007) p. 38 Shaw, George Bernard, The Genuine Islam, Vol.1, No. 81936

“...Apalah gunanya menjadi Perdana Menteri jika hasil kepimpinan saya ialah bangsa saya yang lemah, tidak bertanggungjawab, tidak bersemangat, tidak sanggup bekerja dan menghadapi cabaran hidup... 25 ” (Mahathir Mohamad, 2000)

Penutup

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai ikon politik bangsa Melayu. Beliau merupakan seorang pemimpin yang kritikal, tegas dan mampu berfikiran jauh. Walaupun pemimpin akan silih berganti, kehadirannya memberikan impak yang besar dalam sejarah politik dan negara Malaysia. Oleh yang demikian, kegemilangan Malaysia dan kejayaan bangsa Melayu dalam era kepimpinannya perlu dihidupkan semula dan ianya bergantung kepada usaha dan pengubahsuaian para pemimpin yang menerajui negara tersebut pada masa ini.

25 Ismail Noor & Muhammad Azaham (2000) p. 74 Mahathir Mohamad (2000), “Perjuangan UMNO Belum Selesai”, ucapan yang disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 11 Mei 2000.