ISU WARISAN MENGHARGAI KENDI PENINGGALAN ZAMAN
ISU WARISAN MENGHARGAI KENDI PENINGGALAN ZAMAN
Norliza Binte Sukri
http://mohdlin.blogspot.com
Kendi ini merupakan salah sebuah daripada tiga artifak yang dijumpai di Sungai Mentakab, Pahang, Malaysia. Kendi ini dipercayai peninggalan zaman logam, iaitu sekitar 2000 tahun lalu. Penemuan artifak ini mengukuhkan teori asal usul orang Melayu zaman logam. Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad menyatakan bahawa zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.
Kendi digunakan sebagai tempat menyimpan air, wangi-wangian, mereneh ubat, upacara keagamaan dan perkahwinan. Dalam konteks zaman moden, iaitu selepas kedatangan Islam, kendi dijadikan sebagai tempat menyimpan air suci, iaitu air zam-zam. Kendi boleh diperbuat daripada logam seperti gangsa, tembaga atau seramik. Keistimewaan kendi terletak pada ukiran dan bahan yang digunakan bagi melambangkan kemewahan pemiliknya. Objek seperti mengkarung, cicak, buaya, burung, kerbau, muka manusia, rebung dan buluh dijadikan imej ukiran kendi.
Kendi yang dibincangkan ini (sila lihat gambar di atas) diperbuat daripada gangsa dan mempunyai bentuk unik, iaitu imej seperti burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat. Pemegangnya merupakan imej mengkarung, iaitu sejenis binatang kecil. Ini menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam. Kelebihan yang terdapat pada artifak ini ialah bentuk haiwan Kendi yang dibincangkan ini (sila lihat gambar di atas) diperbuat daripada gangsa dan mempunyai bentuk unik, iaitu imej seperti burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat. Pemegangnya merupakan imej mengkarung, iaitu sejenis binatang kecil. Ini menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam. Kelebihan yang terdapat pada artifak ini ialah bentuk haiwan
Penggunaan gangsa sebagai bahan membuat kendi membuktikan kelebihan kendi dan nilai tinggi kerana masih kekal dalam bentuknya sejak beribu tahun hingga ke hari ini. Masyarakat pada zaman itu juga memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam memilih bahan yang baik dan tahan lama untuk dijadikan kendi. Walaupun dengan keadaan cuaca yang bertukar ganti, namun bentuk asal kendi itu masih kekal dan jelas kelihatan.
Imej burung mahawangsa, mengkarung, bahan gangsa dan kemahiran masyarakat Melayu zaman itu membuat kendi menunjukkan penyatuan yang istimewa. Pemilihan motif atau imej binatang menampakkan keadaan bahawa mereka dahulu hidup dalam keadaan yang dekat dengan alam semulajadi seperti haiwan-haiwan yang wujud pada masa itu. Keadaan ini berbeza pada zaman moden ini kerana masyarakat kini hanya melihat binatang dari jauh ataupun melalui media. Maka itu, tidak mudah untuk mengukir sesuatu tanpa dapat merasakan sendiri bentuk dan sifat-sifat yang terdapat pada haiwan tersebut.
Kendi ini juga digunakan untuk menyimpan air dan memberi perlambangan bahawa air merupakan sumber kehidupan yang penting dan amat berharga. Manusia mencipta kendi sebagai bahan yang dapat digunakan dalam kehidupan mereka. Maka itu, kendi juga digunakan untuk menyimpan wangi-wangian dan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan bagi melengkapi kepentingan bahan itu dalam kehidupan mereka. Kendi sebagai sebuah artifak Melayu memaparkan keunikan dengan nilai haiwan sebagai simbol atau imej, manusia sebagai pencipta yang mahir, dan gangsa sebagai satu bahan bermutu yang mampu kekal merentasi zaman. Di samping itu, kaedah menuangkan air daripada kendi ini juga memperlihatkan sifat manusia yang teliti dan keperibadian yang tertib. Justeru, kendi ini adalah bahan artifek yang harus dihargai kerana menjelaskan nilai-nilai tinggi dalam penyatuan tersebut. Ini dapat dijelaskan dengan lebih estetik melalui sebuah puisi berjudul „Puisi Kendi Gangsa‟:
Air itu sumber kehidupan Haiwan itu lambang kehidupan Manusia itu pengasas kehidupan
Dapat disatukan dengan kepandaian Dapat dipertahankan dengan kelebihan Dapat dipersembahkan dengan keindahan
Kendi diukir istimewa bentuknya Air diisi tinggi nilainya Dituang teliti indah peribadinya
Hargailah kendi peninggalan zaman Hargailah air sepanjang zaman Hargailah kehidupan yang mencorak zaman
Terdapat juga mesej yang disampaikan menerusi puisi ini. Setelah meneliti dan menghargai kewujudan artifek kendi, manusia sebagai pengasas kehidupan harus menghargai barangan yang ditinggalkan sejak berzaman dahulu. Kendi sebagai tempat pengisi air dibuat dengan ketelitian menunjukkan bahawa air merupakan sumber kehidupan yang harus dihargai kerana tanpa air, semua kehidupan di dunia akan mati. Manusia juga perlu menghargai kehidupan kerana ia adalah cerminan sesebuah zaman.
Kendi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Kendi sebagai salah satu bahan artifak boleh digunakan dalam bentuk lain yang dapat diselaraskan dalam kehidupan zaman ini. Pelbagai imej yang boleh digunakan seperti burung dan mempunyai pemegang. Dengan menggunakan bahan plastik atau besi yang berbentuk kendi dan mempunyai imej seperti seekor burung, ianya boleh digunakan untuk membuat telefon yang diletakkan di rumah atau di tempat kerja. Di samping menghargai corak atau bentuk kendi ini, keunikan telefon ini dapat menarik perhatian para pengguna. Telefon merupakan alat komunikasi yang berkesanan pada zaman ini. Maka itu, kreativiti masyarakat zaman logam tidak hilang dengan begitu sahaja tetapi dapat diteknologikan dengan keperluan zaman ini.
*****
Bibliografi
http://sejarah2u.blogspot.com/2009/02/penemuan-kendi-kuatkan-teori-melayu.html http://melayuonline.com/ind/news/read/6508/kendi-kuatkan-teori-melayu-dari-champa http://mohdlin.blogspot.com/2008/05/kendi-asal-usul-melayu.html