ISU KONTEMPORARI ASAS PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SINGAPURA

ISU KONTEMPORARI ASAS PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SINGAPURA

Syahirah Nabilah Binte Salleh

9 0gos 1965 merupakan tarikh bersejarah buat Singapura kerana terpaksa keluar daripada Malaysia. Detik perpisahan itu adalah peristiwa yang menyedihkan bagi Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew kerana harapannya untuk bersatu dan bekerjasama di dalam Malaysia musnah. Namun demikian, detik itu juga banyak merubah Singapura sehingga menjadi sebuah negara maju, makmur dan harmonis. Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew giat berusaha membangunkan Singapura meskipun terdapat banyak masalah yang timbul ketika itu seperti masalah kekurangan sumber alam, pendidikan, pengangguran, dan perumahan. Semua masalah yang timbul ketika itu berjaya ditangani dan banyak perubahan yang dilakukan dalam menyelesaikan kesulitan yang ada. Kejayaan dan kemakmuran yang diraih Singapura berteraskan pegangan pemerintah kepada prinsip-prinsip fundamental untuk terus membangunkan dan memajukan Singapura.

Masalah yang melanda Singapura

Meskipun kini Singapura merupakan negara yang maju dari segi pembangunan dan kemajuan negara, masih juga terdapat beberapa masalah yang melanda. Masalah kegawatan ekonomi 2008 banyak memberikan kesan negatif kepada rakyat Singapura. Ramai yang telah dibuang kerja dan mengalami masalah pengangguran. Kementerian Tenaga Pekerja 12 atau MOM melaporkan bahawa terdapat 16,600 rakyat Singapura yang sedang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan. Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di akhbar tentang kesusahan yang dialami dalam mengharungi kegawatan ekonomi. Pusat Tuisyen Knowledge House 13 melaporkan bahawa ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen berkurangan sebanyak 20 peratus semenjak krisis ekonomi sedunia melanda Singapura.

Baru-baru ini pula, wabak penularan virus selsema H1NI telah menggugat banyak negara termasuk Singapura dan memburukkan lagi suasana ekonomi global yang masih rapuh dan tidak menentu. Selain itu, isu keharmonian kaum turut menjadi masalah yang harus ditangani rakyat 14 Singapura. Berita mengenai pasangan kristian

yang dipenjarakan kerana didapati bersalah menyebarkan risalah anti-Islam dan katolik telah mengingatkan Singapura agar sentiasa berwaspada dan menghormati agama dan pegangan kaum lain. Namun demkian, di sebalik masalah yang melanda, Singapura masih teguh dan bertahan kerana pemerintah yang berpegang kepada prinsip- prinsip fundamental dalam terus mengharungi masalah dan cabaran yang melanda. Pemerintah menggunakan beberapa dasar untuk menjamin kemajuan dan keharmonian negara Singapura. Pemerintah berpegang pada fundamental dasar ekonomi, pendidikan, dan demokrasi untuk kekal maju.

12 „Number of chronic jobless people doubtes to 16 600, The Straits Times Singapore, 5 July 2009, Singapore:Singapore Press Holding 13

„Parents pull back on tuition to fight hard times‟, The Straits Times Singapore, 4 January 2009, Singapore: Singapore press Holding 14

„seditious tract duo jailed eight weeks‟, The Straits Times Singapore, 11 June 2009, Singapore:Singapore Press Holding

Dasar ekonomi

Pemerintah banyak memerhatikan perkara-perkara induk dalam memastikan Singapura tidak begitu terjejas oleh masalah ekonomi yang melanda. Semasa kegawatan ekonomi melanda, pemerintah mengeluarkan belanjawan 2009 yang merangkumi rizab negara sebanyak $4.9 juta. Rizab negara itu akan digunakan untuk dua inisiatif, iaitu skim kredit pekerjaan dan inisiatif perkongsian risiko khas bagi menggalak pinjaman bank untuk membantu syarikat. Selain mengeluarkan rizab negara, pemerintah juga telah mengambil langkah-langkah untuk membantu rakyat yang sedang menganggur atau baru dibuang kerja dek krisis ekonomi. Singapore Workforce Development Agency telah memperkenalkan beberapa program untuk meningkatkan kemahiran diri seperti program SPUR, yang menyediakan pelbagai kursus bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran diri dalam pekerjaan. Rakyat Singapura boleh mendapat manfaat daripada kursus sebegini kerana setelah meningkatkan diri, mereka boleh mencari pekerjaan yang lebih baik.

Jelas di sini, bahawa pemerintah mengambil langkah-langkah atau dasar tertentu dalam membantu rakyat Singapura mengharungi krisis ekonomi. Langkah-langkah ini telah mendapat pujian daripada International Monetary Fund 15 atau Tabung Kewangan Antarabangsa yang mengatakan bahawa fundamental ekonomi Singapura telah kekal teguh dan sistem kewangannya juga masih mampu bertahan dalam kelembapan ekonomi jangka panjang. Penggunaan dasar dan berpegang kepada prinsip fundamental bukan sahaja harus dilakukan oleh pemerintah tetapi juga harus dilakukan oleh rakyat Singapura. Rakyat Singapura boleh mengamalkan dasar-dasar tertentu supaya dapat mengharungi kegawatan ekonomi Singapura dan pada masa yang sama dapat membantu membangunkan ekonomi Singapura. Sekiranya, rakyat Singapura mengambil serius prinsip fundamental, maka tidak mustahil Singapura akan terlepas daripada kelembapan ekonomi dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih mewah dan sempurna.

Dasar pendidikan

Pemerintah juga mencorak peningkatan bagi dasar pendidikan untuk membantu golongan muda supaya mereka dapat maju dan berjaya dalam pelajaran dan dapat meraih segulung ijazah. Pemerintah telah menyediakan lebih banyak tempat di universiti dengan menubuhkan satu lagi institusi universiti yang dapat menawarkan lebih banyak peluang untuk para lulusan politeknik supaya dapat meraih ijazah. Universiti keempat yang baru itu, Massachusetts 16 Institute of Technology atau MIT akan dijangka siap pada tahun 2011 dan akan menawarkan 1000 tempat setiap tahun. Universiti baru yang ditubuhkan ini membolehkan lebih ramai pelajar Singapura untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti setempat. Selain itu, pemerintah juga memberikan bantuan kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Pertubuhan seperti MDIS dan NTUC di Singapura banyak menghulurkan bantuan kepada 17 pelajar yang kurang mampu. MDIS mengeluarkan sebanyak $400,000 untuk diberikan kepada 566 pelajar yang kurang mampu supaya dapat meneruskan persekolahan mereka. Fundamental pendidikan dapat memberikan manfaat kepada Singapura kerana pendidikan ialah faktor penting dalam membangunkan ekonomi Singapura. Pendidikan ialah pelaburan terbaik untuk menjamin masa hadapan Singapura dan membina generasi seterusnya sekaligus menggalak dan menjana pertumbuhan ekonomi Singapura.

15 „IMF gives Singapore the thumbs-up‟ The Straits Times Singapore, 2 September 2009, Singapore: Singapore Press Holdings

16 „MIT named partner of new university‟, The Straits Times Singapore, 20 May 2009, Singapore: Singapore Press 17 Holding „In Brief‟, The Straits Times, Singapore, 17 May 2009, Singapore: Singapore Press Holding

Dasar meritokrasi

Dasar meritokrasi merupakan tunggak fundamental dalam pembangunan Singapura kerana dasar meritokrasi penting untuk menyatukan rakyat berbilang kaum di Singapura. Pemerintah harus mengambil dasar meritokrasi supaya rakyat Singapura mendapat hak dan layanan yang adil tidak kira kaum atau bangsa. Biasanya, kaum minoriti akan merasakan bahawa mereka tidak mendapat layanan dan hak yang adil daripada pemerintah. Perkara ini bukan sahaja terjadi di Singapura malah, di merata dunia terdapat isu kaum minoriti berasa bahawa hak mereka dipinggirkan sehingga boleh menyebabkan rusuhan seperti yang berlaku di antara kaum Sinhalese dan Tamil di Sri Lanka. Pemerintah Singapura telah cuba untuk mengambil dasar-dasar tertentu untuk bersikap adil terhadap semua bangsa. Namun demikian, adakah dasar-dasar itu berguna dan memanfaatkan masyarakat Melayu di Singapura?

Bilangan pelajar Melayu di aliran Normal Akademik dan Normal Teknikal sering melebihi kaum lain dan hal ini dikaitkan dengan masalah pemikiran mereka yang lemah dalam pelajaran. Namun demikian, menurut seorang penulis forum di akhbar The Straits Time Singapore yang berjudul „Not a mindset issue‟, mengatakan bahawa kebanyakan daripada pelajar ini datang daripada keluarga yang kurang mampu. Data 18 yang diambil daripada Department of Statistics Singapore menunjukkan bahawa bilangan penduduk masyarakat Melayu berumur 15 tahun ke atas yang bekerja dengan berkelulusan politeknik dan Universiti meningkat daripada 7 peratus pada tahun 2000 kepada

13 peratus pada tahun 2005.

Namun demikian, meskipun lebih banyak pekerjaan yang direka untuk bahagian pengurus, teknisyen, eksekutif dan profesional, bilangan masyarakat Melayu yang dapat bekerja dalam bahagian tersebut merosot daripada 23 peratus pada tahun 2000 kepada 21 peratus pada tahun 2005. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bahagian tersebut. Jelas perkara ini menunjukkan bahawa sistem meritokrasi di Singapura masih mempunyai kelemahannnya. Masalah seperti ini harus diperbaiki dan pemerintah harus memperbaiki dasar-dasar meritokrasi kerana ia adalah penting untuk menyatukan rakyat Singapura lantas dapat membangunkan Singapura. Penerapan fundamental dalam sistem meritokrasi ternyata sangat penting kerana sistem meritokrasi ialah isu sensitif yang harus ditangani.

Kesimpulan

Pemerintah berpegang kepada dasar-dasar dan fundamental untuk membangunkan Singapura. Dasar ekonomi, pendidikan dan meritokrasi ialah fundamental dalam memastikan Singapura dapat bertahan di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda. Pemerintah dan rakyat Singapura harus terus berpegang dan mengambil berat tentang dasar-dasar pembangunan Singapura supaya negara Singapura dapat kekal maju, aman dan makmur. Namun demikian, dasar meritokrasi Singapura harus diperbaiki kerana masih terdapat kelemahannya. Dasar meritokrasi amat penting kerana ia adalah isu yang amat sensitif terutama sekali bagi kaum minoriti. Justeru, penerapan fundamental amat penting dalam membangunkan Singapura.

18 „Not a mindset issue‟, The Straits Times Singapore, 4 July 2009, Singapore: Singapore Press Holding